DKT 11

3K 57 0
                                    


Sudah 2 minggu, Ihdina Cuma berehat di kamarnya, dia tidak mampu bangun dan melakukan lebih-lebih aktiviti. Hari-harinya juga kebanyakan di isi dengan membaca buku-buku yang tersedia ada di kamarnya. Luth terkadang saja menjenguk kamarnya tetapi Ihdina selalu pura-pura tidur. Tak mempedulikan susuk Luth yang memandangnya. Hari ini dia cuba bangun untuk melanjutkan pencarian pekerjaannya. Ya. Dari hari dia keluar dari hospital. Mereka belum pernah berbincang mengenai keadaan Ihdina. Yang Luth Cuma arahkan ialah berehat dan jangan melakukan apa-apa kerja rumah langsung.

Laptop di depan matanya di tatap. Dua Email dari alamat email yang sama di tatap. Dia diterima masuk sebagai pelajar chambering di Uthman Aishah.co , masih tidak jauh dari kampungnya. Cuma setahun saja kemudian dia akan diterima menjadi seorang peguam. Masalahnya, bagaimana dia nak cakap dengan Luth, bosnya. Opss.. silap. Suaminya. Sekarang saja dia sudah merasa kekok. Dia bertekad untuk pulangkan semula duit yang Luth telah berikan kepadanya kerana kegagalan memberinya anak. Tapi bagaimana cara nak memahamkan Luth.

--------------------------------------

Ihdina tekad, by hook or by crook dia harus berbicara dengan Luth. Pintu bilik Luth diketuk perlahan. Luth yang sedang berbaring memejam mata bersedia untuk tidur membuka matanya. Malas dia hendak bangun melangkah.

" Masuk," arah Luth.

Perlahan pintu di buka. Ihdina melihat Luth berbaring di atas katil. Luth pula Cuma memandang gerak geri Ihdina.

"Maaf tuan, saya menganggu malam-malam.."

Dalam hati Luth tersenyum. Sudah lama benar rasanya tak melihat depan-depan wajah manis Ihdina, tak mendengar suara merdu Ihdina, tak memegang tangan Ihdina. Urghhhh!! Berbentak Luth dalam hati. Ihdina Ihdina Ihdina. Kacau bilau perasaannya kerana Ihdina.

" Dina.. saya dah nak tidur..."

" baik tuan.. maaf.. kita jumpa esok pagi je lah..."

" Dina..."

"Ye.."

" Sini.."

Luth menepuk-nepuk tilamnya. Ihdina berdiri tegak tak beranjak. Dia keliru. Apa yang Luth cuba buat. Melihat Ihdina diam saja, Luth berdehem sekali lagi.

" Dina... ke sini..."

Ihdina akhirnya melangkahkan kaki merapat kepada Luth. Dia duduk di katil dan berdepan dengan Luth. Luth perlahan menarik tubuh Ihdina supaya baring di sisinya. Ihdina terkejut tetapi dia diam sahaja, tak berani nak menolak tak berani nak bersuara. Dia kini berbaring di sisi Luth, Luth memeluknya dari belakang.

" temankan saya ye...."

Ihdina Cuma diam. Tak tahu akan apa yang sedang dia lakukan. Tangan Luth yang melingkar di perutnya dia tepuk tepuk seperti bayi yang sedang tidur. Luth pula sudah menimbang tara mahu lakukan sesuatu dengan Ihdina. Tapi dia yakin. Ihdina pasti lebih menjauhkan diri daripadanya. Biarlah semuanya mengikut Flow. Dia mahu memastikan dulu tentang apa yang berlaku dengan dirinya sendiri. Adakah dah jatuh cinta pada gadis ini dan kenapa? Adakah Cuma simpati kasihan? Adakah... ahh terlalu banyak persoalan.

---------

"Tuan... bangun.. Solat subuh..."

Ihdina menggerak-gerakkan badan Luth. Jadi kejang tubuhnya dipeluk Luth semalaman. Sampai kini pun tubuhnya masih dikunci dalam dakapan Luth. Mengadanya dia hingga terpaksa menggerakkan Luth padahal boleh sahaja dia bangun sendiri.

Luth perlahan membuka matanya. Aduhh.. Ada yang memberontak. Perlahan dia melepaskan tangannya dari Tubuh Ihdina.

"Hurm.. baiklah..."

Terpaksa dia mengutuk diri sendiri apabila masuk ke dalam tandas, berlama-lama dia menyejukkan diri yang sedang panas akibat memeluk Ihdina semalaman. Ihdina pula sudah jauh berlalu ke bawah.

Usai bersiap-siap dia turun ke bawah dan bersedia untuk bersarapan. Kelihatan Ihdina turut membantu mbok menyediakan sarapan. Dan entah kenapa, kedua-dua merpati sejoli itu Cuma tersengih-sengih, senyum sampai ke telinga. Mbok yang melihat itu menjeling-jeling mereka berdua sebelum meminta diri.

"Hurm.. apa yang awak nak cakapkan semalam..."

Terus blushing pipi Ihdina. Semalam yang mana satu? >.<

"Oh.. maaf tuan kalau semalam tu saya menganggu... tapi rasanya dah patut saya tanyakan perihal saya pada tuan.."

"Okay... apa dia.."

"Bila tuan nak saya keluar dari sini ye.. yelah...Mbok dan nanny dah ada gantikan saya.... Saya pula.. rasanya.. semenjak keguguran hari tu... saya tak tahu saya mampu lagi atau tidak nak mengandung lagi.. doctor pun kata paling kurang saya perlukan masa setahun dua untuk mula sekali lagi rawatan.. jadi tu jangka masa yang lama lagi...saya Cuma menanti saja.. apa-apa pun keputusan... saya bersedia.."

Luth mengerutkan kening. Bingung,

"Dina.. kenapa awak nak keluar dari rumah ni pulak? Tak cukup ke duit yang saya bagi awak? Saya akan terus bagi pada awak... walupun awak tak kerja sekalipun.."

Ihdina pula mengerut kening.

" Bukan tuan.. maksud saya.. tugas saya sebagai orang gaji dalam rumah ni ada mbok dan nanny.. dan kenapa pula tuan nak beri saya duit kalau saya tak bekerja langsung...?"

'orang gaji'

"Dina kenapa cakap macam tu? Awak nak saya tambah duit awak lagi ke?"

" Tak tuan tak.,." Cepat-cepat Ihdina menggeleng. Tentulah tidak.

" Habis awak nak tinggalkan saya? Nak kita berpisah macam tu?" Suara Luth sedikit meninggi. Ada 1001 rasa di hatinya kini. Yang paling utama dia tak nak mendengar langsung kata-kata perpisahan! Lagi Ihdina kebingungan. Luth pula terus bangkit dari duduknya dan naik ke tingkat atas. Ihdina berdiri dalam diam tak mengerti. Kenapa nak Tanya macam tu pada orang gaji?

Bukankah sudah dijelaskan dari dulu bahawa Ihdina cuma orang gaji saja dalam rumah ini. Luth, please jangan rumitkan keadaan.

Dia Kiriman TuhanDonde viven las historias. Descúbrelo ahora