DKT 14

4.1K 54 3
                                    

Pregnancy Test itu di pegang lagi. 3 kesemuanya menunjuk kepada keputusan yang positif.

Dan entah kenapa kali ini, Ihdina merasakan sangat sayu dan terharu,janin ini terbuah dari rasa cintanya kepada Luth. Ihdina duduk di tandas berdiam diri. Perlahan air matanya mengalir. Anak ini bakal lahir hasil dari rasa cintanya kepada sang suami yang tidak mencintainya kembali, dan apabila lahir akan di ambil. Anak ini.. hasil daripada rasa sayangnya... meski cuma satu malam... 

Ihdina menangis di dalam kamar mandi. Dia memegang perutnya. Sukar sekarang.. Dalam hatinya berkira-kira mahu berbincang dengan Luth. Harapannya bukan untuk Luth terima dia sebagai isteri, tetapi untuk terus membiarkan dia berada di rumah ini. Untuk bersama dengan anak kandungnya.

Ihdina memegang tombol kamar Luth erat.  Dia tekad untuk berbincang dengan Luth. Jam sudah jam 10.00 malam sepatutnya lelaki itu sudah tidur. Apabila dia membuka saja pintu bilik itu, ternyata ada sesuatu yang menjadi kejutan sangat besar. Luth, teganya kau melukai sekeping hati Ihdina.

Sarah watsen memeluk pinggang Luth dan bibir mereka bersentuhan, Sarah yang sudah separuh bogel cepat-cepat mengangkat gaunnya.

" Kenapa tak ketuk pintu dulu, Luth orang gaji you so rude,"

Luth pula tergamam melihat Ihdina.

Ihdina yang menyaksikan itu segera menutup balik pintu itu tanpa kata. Hatinya membeku buat seketika. Cepat-cepat dia turun ke bawah dan tanpa dia sedari Luth mengejarnya dari belakang. Luth pantas menggapai tangan Ihdina. Tapi tanpa sengaja Ihdina menariknya kuat. Luth mengejar sampai ke depan pintu kamar Ihdina.

"Dina!"

"Tuan, mulai hari ni.. cukuplah kita sekadar menyempurnakan tugasan saya.. ayuh berbuat baik demi anak dalam kandungan saya.."

Ihdina menutup pintu biliknya meninggalkan Luth yang terpinga-pinga. 

Dia marah.

Kecewa.

Sayu.

Mungkin kerana dia melakukan hubungan badan dengan Luth kerana cinta. Ye. Dia akui. Dia jatuh cinta pada Luth Ariffin. Dia yang langsung tidak sepadan dengan Luth. Dia lupa. Tiada hak darinya keatas Luth. Suaminya.

Luth yang berdiri di luar pintu menolak rambutnya ke belakang. Ihdina hamil? Dia diam, tidak tahu mahu gembira atau sedih atau...

Sarah watsen pun satu, tergedik-gedik menggoda keimanannya. Tapi kenapa Ihdina jadi seperti ini. Luth tidak mengerti.

Semenjak kejadian Ihdina melihat bibir sarah dan Luth bercantuman. Semenjak itulah perang dinginnya di mulai. Dia langsung tidak menemui Luth dan kebanyakan hari dia Cuma diam di biliknya. Untuk mengelakkan stress, dia banyak-banyak membaca Al Quran. Mengharap bayangan Luth cepat-cepat pergi dari dirinya.

" Luth.. whats wrong with you bro?"

Tanya Reza. Sahabatnya itu sudah hampir sebulan kemuraman.

" Aku keliru lah Reza..."

" Apa lagi yang kau nak kelirukan..?

" Aku keliru.. aku sayang dengan Ihdina sebab dia isteri aku atau sebab dia surrogate aku..."

"Wow... Bro.. ayat kau.."

" Tapi... aku tak tahu kenapa dia marah sangat tengok sarah cium aku haritu.."

" ish, tak habis-habis pasal betina sundal tu lagi... Kena cerai dengan David baru nak melutut dekat kau... betul punya sundal perempuan tu.. biar aku yang ajar dia nanti..."

" Aku tak peduli pun pasal dia bro... dia yang datang cari aku balik... aku dah tak ada hati langsung dekat dia.. Aku dah jatuh cinta dengan Ihdina.."

" kau ni bro bodohlah.. dah tahu Tanya lagi... kenapa perempuan tu nak marah kalau suami dia kena cium dengan betina lain... sebab dia sayang suami dia la.."

Luth mengacak acak rambutnya. Perlakuan Ihdina semakin lama semakin dingin dengannya.

Ihdina!

Dia Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now