DKT 20

3.4K 38 5
                                    

Dia Kiriman Tuhan Volume 2- END

Waktu pantas berlalu meninggalkan luka yang mendalam pada diri Ihdina dan Luth. Tak terasa seperti beberapa saat yang lalu Ihdina melahirkan Athif, bayi lelaki yang keluar cuma dengan berat 2.5kg. Tak terasa juga sudah hampir 4 tahun Ihdina jauh dari dua lelaki yang sangat di cintainya.

Setelah selesai 1 tahun usia Athif, Ihdina menyerahkan anak yang dicintai sepenuhnya kepada Luth. Ihdina yang bekerja jauh di bumi orang membawa hati dan diri yang terluka.

"Hai din.. lets go back, its 5 already.."

Tegur Amaya, gadis itu tersenyum melihatnya. Ihdina manis bertudung. Wajahnya keliatan memerah apabila cuaca sejuk di Negara bersalji ini menerpa ke liang kulitnya. Ihdina bukannya bosan tinggal di sini tapi... Ada yang tidak kena di setiap langkahnya. Dia mengalami Depresi yang teruk setelah berpisah dengan mereka berdua. Ada sebabnya.. kenapa Ihdina tidak boleh dekat dengan mereka. 

-----------------------------------

Luth berada jauh di Malaysia mengenangkan setiap saat kebersamaannya dengan seorang gadis yang dicintainya. Ihdina, nama yang tidak pernah lekang di bibir. Ihdina yang mengguncang perasaan Luth sehingga menjadi tidak keruan. Everything is Ihdina untill now. 4 tahun berlalu. 

Luth menolak skrin telefon bimbitnya. Wajah Athif menghiasi skrinnya. Ada sebab kenapa gambar anaknya menjadi foto depan telefonnya. Wajah anak itu saling tidak tumpah dari  ibunya. Terlalu mirip.  Anaknya sudah pintar mengira, tidak sia-sia membayar guru khas untuk mengajar Athif, lagipun Athif anak yang pintar. Baru saja dia membelek-belek gambar Athif, timbul pula notifikasi panggilan daripada Sarah.

Cepat-cepat dia slide supaya deringan telefonnya cepat mati. Dia menolak hampir 20 panggilan Sarah hari ini sahaja. Meskipun Sarah kini menjadi isterinya yang sah, dia tidak kuasa mahu melayan panggilan dari wanita itu.

--------------------------------------


Dua orang saling cinta, 

Saling sayang, 

Saling memahami kehendak masing-masing,

tetapi keduanya ego untuk mengakui keadaan, 

Dan kedua-duanya takut untuk menyakiti perasaan masing-masing.

Ihdina dan Luth, both unmatured!

Dia Kiriman TuhanDonde viven las historias. Descúbrelo ahora