Bab 58

2.7K 28 9
                                    

Kayla yang tidak sedarkan diri terus pengsan di tempat kejadian manakala Sarah terus melarikan diri dengan membawa keretanya dengan had yang laju kerana ketakutan.

Zafran terus menelefon Kayla beribu kali. Skrin telefon ditekan dengan kuat akibat tidak dapat menghubungi Kayla, Zafran terus turun dan meneguk segelas air kosong memandangkan dirinya haus dan tidak dapat berfikir dengan jelas. Apabila Zafran yang sedang minum air di dapur mendapat satu pangilan daripada polis mengenai keadaan isterinya yang berada di wad ICU. 

Cawan yang dipegang terus terlepas daripada tangannya dan terus meluru keluar rumah dan menghidupkan enjin kereta nya. Zafran tidak henti-henti berzikir di dalam hatinya agar Tuhan menjaga isteri nya dan kandungan bayinya di dalam perut Kayla. Zafran tidak habis habis menyalahkan dirinya kerana tidak pernah mempertahankan rumahtangga nya apabila Sarah cuba untuk memecahbelahkan dia dengan Kayla.

" Abang mintak maaf Kayla sebab takde sebelah Kayla, abang mintak maaf sebab takselalu faham isi hati isteri abang. Abang selalu pentingkan diri abang sendiri dan takpernah fikir pasal Kayla. Abang bodoh sangat sebab sia sia kan bidadari yang Tuhan bagi dekat abang sayang." Kata Zafran sambil menyeka airmatanya dengan sebelah tangan. Sungguh dia sedih dan tidak akan pernah memaafkan dirinya jika terjadi sesuatu kepada isteri dan anak nya.

Sampai sahaja di hospital...

" excuse me, boleh saya tau isteri saya di wad mana sekarang"
" selamat sejahtera encik, boleh saya tau siapa nama isteri encik?"
"kayla imani"
"ok sekejap ya, baiklah puan kayla imani di dalam wad ICU , saya harap encik bersabar dan tunggu di luar dahulu ya sebab doktor sedang membuat pembedahan."
"ok baiklah, terima kasih"

Zafran duduk dan mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menghubungi keluarga kayla serta ibunda nya untuk memaklumkan mengenai berita tersebut.

Mereka amat terkejut dan terus bergegas ke hospital yang ditelah diberitahu.

Zafran menekup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Dia amat kesal dengan apa yang jadi pada malamni dan berusaha untuk mencari pelakunya yang membuatkan isterinya sehingga jadi begini.

Setelah 3 jam berlalu... doktor keluar daripada wad ICU

Zafran yang nampak terus bangun tanpa disuruh dan menerpa ke arah doktor yang merawat isterinya.

" macammana keadaan isteri saya? semua ok kan doc?"
" boleh saya tau adakah awak suaminya ?"
"ye saya suaminya kenapa doc?"
" keadaan pesakit sangat teruk di bahagian kepala kerana bucu penghadang pada jalan terhentak pada kepala mangsa dan mengalami pendarahan beku.Alhamdulillah darah beku pada otak telah selamat kami keluarkan tapi saya mintak maaf saya tidak dapat selamatkan kandungan pesakit kerana hentakan yang amat kuat akibat daripada kemalangan tersebut. Saya harap encik bawak bersabar ya"

Zafran yang mendengar terus terduduk di atas lantai di tengah tengah laluan dan sekali lagi dia menyalahahkan dirinya atas segala yang terjadi. Ibunda nya terus memeluk Zafran dan memberikan kekuatan kepada anaknda nya itu. 

Zafran terus meluru dihadapan ayah dan ibu Kayla dan memegang tangan kedua ayah dan ibu mertuanya.

" Ayah mama, Zaf mintak maaf zaf tak mampu nak jaga Kayla, tak mampu nak jaga kandungan dalam badan Kayla. Ni semua salah Zaf mama ayah, kalau dari awal Zaf taklayan si Sarah tu dari awal takkan jadi semua ni ayah mama. Zaf mintak maaf sangat sebab takpernah sempurna, takpernah jadi menantu yang terbaik untuk jaga anak ayah dan mama." Kata Zaf sambil menangis teresak esak dan sedu.

"Zaf , jangan cakap macamtu. Awak yang paling terbaik yang pernah jaga Kayla. Sekarang ni bukannya masa untuk tunding salah siapa. Kita doakan Kayla sembuh dan pulih seperti biasa ya?. Ayah dan mama bersyukur sangat sangat Kayla dengan Zafran bersatu. Ayah dan mama takpernah letakkan semua kesalahan ni atas diri zaf tau? Kita manusia tak semua nya sempurna tapi untuk menjadi sempurna itu yang memerlukan sokongan orang yang tersayang" Kata Ayah Kayla sambil menepuk bahu Zafran memberikan kata kata semangat.

Sebulan kemudian....

" sayang , breakfast dah siap jom turun makan! Kalau taklarat saya naik atas hahahaha dukung awak turun!" Jerit Zafran memanggil Kayla di atas

" abang , saya taknak makan . Saya pening la taknak taknak nak muntah" jerit manja Kayla dari atas

"Aik pening? Tadi elokn je gelak kuat kuat tiba tiba pening" bisik zafran seorang diri di dapur. Dia terus menapak menaiki tangga ke tingkat atas dan meluru masuk ke dalam bilik.

" abang , kayla rasa tak sedap badan la rasa mual nak muntah lepastu sakit pinggang semuaaaaa la" kata Kayla dengan nada yang manja sambil memegang tangan Zafran

" oh abang tau kenapa . Jomm ikut abang " sambil menarik Kayla turun dari katil dan menyuruh nya bersiap.

Sampai sahaja di klinik dokter mengesahkan Kayla mengandung tiga minggu . Meskipun Kayla mempunyai pengalaman pahit dan meragut anak kandungnya sendiri namun dia sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas bersama suami tercinta

" alhamdulillah saya mengandung la abang hahaha " jerit Kayla bahagia terus memeluk Zafran
" alhamdulillah sayang , allah makbulkan doa kita kan? Terima kasih sayang sebab tahan dengan perangai abang ni terima kasih sebab selalu ada susah jatuh bangun abang" sambil mengucup manja tangan Kayla
" insyaallah kita jaga anugerah yang Allah dah bagi dekat kita ni ok? Kita jaga sama sama" Kata Kayla seraya meletakkan tangan Zafran di perut nya yang masih kempis dek kerana baru 3 minggu.

Sarah pula telah ditangkap oleh polis apabila terdapat saksi di tempat kejadia mengatakan situasi yang sebenar pada malam tersebut. Setelah Zafran dan Kayla mendapat tahu mengenai berita itu, Zafran dan Kayla bersyukur kerana Allah masih hadirkan ujian buat mereka walaupun mereka kehilangan anak kandung mereka yang pertama.

Kayla percaya ini semua adalah ketentuanNya . Jika tidak diberi ujian sebegini dia dan suaminya tidak pernah belajar daripada kesilapan yang lalu.

" Bila mana kita terima ujian dan menerima nya dengan hati yang terbuka nescaya Allah itu akan sentiasa menyusun jalan hidup kita dengan sempurna dan sesungguhnya tiada sebaik perancangan sebaik perancanganNya"

TAMAT 💛





CINTA SI EGO - COMPLETED !! ✔Where stories live. Discover now