Bab 55

2.5K 45 4
                                    


 Selesai sahaja melawat ibunda dan ayahnda Zafran, mereka pulang ke rumah masing masing kerana Kayla letih dan Zafran penat seharian bekerja . 

Turun sahaja dari kereta Kayla terus masuk ke dalam rumah , manakala Zafran pula mengunci pintu pagar rumah dan memastikan keadaan rumahnya selamat dan dalam keadaan baik. Masuk sahaja ke dalam rumah, Zafran ,mengunci pintu hadapan dan menarik tirai langsir menutup tingkap.

Selesai memastikan keadaan rumah Zafran naik ke tingkat atas untuk melihat Kayla. Pintu kayu yang diwarnai warna coklat gelap itu dibuka oleh Zafran dengan penuh berhati-hati agar tidak mahu menganggu orang di dalam. 

Sayu hatinya melihat Kayla baring di atas katil keletihan dengan tidak menukar pakaian yang dipakai dari siang hari. 

" penat betulni sampai tak tukar pakaian dari pagi " kata Zafran sambil mengusap umbun-umbun Kayla dan menghadiahkan ciuman penuh kasih sayang antara suami kepada isteri.

Tidak sampai hati mahu mengejutkan lantas Zafran bangun dari katil dan mengeluarkan barang yang terdapat dalam poketnya ke atas meja solek bersebelahan dengan Kayla. Beg dompet , kunci kereta serta telefon bimbitnya diletakkan di atas meja solek.

Selesai meletakkan barang dia atas, Zafran terus mengapai towel yang tergantung dan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya .

tiba-tiba tidak sampai 10 minit telefon bimbit Zafran berbunyi tidak henti menandakan ada seseorang menelefonnya .

Kayla yang mudah terjaga dengan bunyian terus bangun dan mengapai telefon bimbit Zafran di atas meja solek.

" haishh siapa yang call tengah malam ni, tak reti tidur ke ha" omel Kayla sambil mengapai telefon bimbit Zafran dan melihat penama yang menghubungi suaminya itu namun tidak keluar nama malahan hanya ada nombor yang tidak dikenali . Kayla yang dalam keadaan mamai terus bangun dan membetulkan tempat duduknya terus  meletakkan telefon di telinga .

' hello siapa ni ? '
" .........."

' hello ?? siapa ni ?'
"..........."
' hello ? dah call tu jawab la. dah la call malam buta lepastu taknak cakap pulak aih manusia' omel Kayla sendirian di atas katil.

Lepas meletakkan telefon bimbit Zafran , Kayla mengusap rambutnya dan niat di hati ingin terus tidur . 

Baru hendak lelap tiba tiba whatsapp berbunyi . Kayla yang baru hendak tidur terjaga terus bangun dan mengambil telefon suaminya itu. Dia membuka telefon itu , wallpaper yang terpampang adalah gambar dia bersama Zafran sewaktu hari perkahwinan mereka. 

Senyum sengih Kayla melihat gambarnya. Tidak mahu berlama dia terus membuka aplikasi whatsapp suaminya itu. Terdapat nombor yang tidak dikenali menghantar whatsapp kepada Zafran .

" hai sayang, tengah buat apa tu ? I call u tadi dapi dengar suara perempuan so i diam and tutup je. u dah bagitau ke isteri u pasal kita ? bila kita nak kahwin ni lama i tunggu u " 

kelu lidah tidak terkata dek Kayla. Telefon bimbit yang dipegangnya juga terhempas ke lantai. tidak tahu dia hendak berpaut kepada siapa apabila mendapati ayat yang ditulis itu daripada seorang perempuan yang tidak dikenali.

Zafran yang terdengar sesuatu benda terjatuh lantas memakai towel dan keluar dari bilik air.

Sepasang mata memandang Zafran dengan nada kecewa dan sedih serta marah. Kayla tanpa membuang masa dia membuang telefon Zafran ke tepi dan terus bangun dan berlari turun tangga . Zafran yang cuak melihat isterinya keadaan begitu terus keluar dari bilik air dan memakai baju serta seluar yang tersedia di dalam almari. Zafran mengambil telefon yang tercampak tadi untuk melihat isinya tetapi telefon itu mati dan screennya gelap sahaja.

Tanpa membuang masa sepasang kaki itu turun ke tingkat bawah dan mengetuk pintu bilik bawah .

knock knock...

" sayang ? are u okay in there ?"

' berambus , aku taknak dengar nama kau , aku taknak kenal kau '

" sayang ? kenapa ni ? awak kenapa ? jangan buat saya risau Kayla. Awak keluar sekarang ya kita bincang elok-elok"

' aku kata pergi, pergi la apa yang kau susah sangat nak dengar ni ?' kata Kayla sambil menarik bantal untuk menutup mukanya yang merah akibat menangis teresak.





CINTA SI EGO - COMPLETED !! ✔Where stories live. Discover now