Bab 52

2.5K 40 3
                                    

Keesokan paginya seperti yang dijangka Kayla bersama dengan suaminya yang digilai ramai kaum wanita memasuki pintu pejabat dengan berpegangan tangan seperti pasangan yang baru berkahwin. Kayla mula merasakan bahawa setiap perjalanan hidupnya yang diatur oleh daddy dan mummy nya telah merubah kehidupan Kayla seratus peratus.

Kayla yang tidak terfikir akan berjumpa dengan lelaki sebaik Zafran yang setia menjaganya dan mengambil berat mengenai Kayla. Betapa beruntungnya tuan badan apabila mendapat seorang suami yang selalu ada ketika susah dan senang. Kayla jatuh cinta terhadap perlakuan Zafran yang semakin hari semakin manja dengan isteri nya. Meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada Zafran untuk menjaga dirinya dan untuk masa akan datang diidamkan Kayla selama ini. 

Setelah puas berangan sehingga tidak sedar bahawa dia dan Zafran telah berada di hadapan pintu pejabat nya setelah menaiki lif. 

" amboi , senyum sokmo sayang. Kenapa? bahagia sangat ke dapat 'hadiah' malam tadi?" kata Zafran spontan apabila melihat Kayla yang senyum seperti kerang busuk melihatnya.

" wah wahhhh, sedap je cakap depan orang ramai. tak malu ke hah?! malu la sikit dah kahwin awak tu. cakap dalam lif ni pulak eyyyy " omel Kayla sendiri apabila terdapat beberapa lagi pekerja di dalam lif tersebut.

" elehhhhhh , ye ye je marah semua. padahal dalam hati suka kan? tu la perempuan. susah nak baca. bila kata suka dia benci, bila benci dia suka pula , pelik la saya dengan awakni " kata Zafran sambil ralit melihat telephone nya .

Setelah pintu lif terbuka Kayla yang malas mahu melayan Zafran terus keluar dari perut lif dan tidak mengendahkan panggilan Zafran. Zafran yang kelam kabut menyimpan telefonnya di dalam poket terus keluar dan mendapatkan Kayla.

" ehhhhh ehhh jap jap, lajunyaaa jalan kak oiiiii.  nanti lunch dengan saya eh. tak masuk office dah 'lapar' tengok awak je " sambil nakal mengenyitkan matanya kepada Kayla.

" Mata sakit ke bang ? kenyit macamtu macam takde kerja nak buat" kata Kayla seraya melepaskan tangan Zafran

" alaaaa alaaa nak pegang tangan lama lamaaaa sayang " kata Zafran membuat muka comel kepada Kayla

" nantila saya fikir dulu, pergi masuk buat kerja dulu laa. datang office bukan nak makan je ey diani" omel Kayla sendiri di meja pejabatnya.

.........................................................................

seusai sahaja Zafran menyiapkan kerja nya , perut nya yang tiba-tiba berbunyi minta diisi. Zafran yang kelaparan terus mengusap perutnya yang ingin makan nasi pada makan tengahari. Tiba-tiba Zafran teringat bahawa Kayla telah berjanji dengannya untuk makan tengahari bersama. 

Lalu tanpa diundang dia terus bangun dari tempat duduknya dan menuju ke ruang tempat kerja Kayla. Dari jauh dia terpandang sesusuk tubuh dengan muka berkerut melihat fail-fail syarikat yang lama. Kayla yang ralit melihat fail di hadapan matanya tidak terkesan dengan kehadiran Zafran yang datang. Terpukau Zafran melihat muka Kayla yang serius namun disudut hatinya menyatakan terdapat manja dan ayu pada muka Kayla jika dia serius. 

Zafran yang terhenti dari lamunan terus ke meja Kayla dan mula mengacau isterinya membuat kerja. Mula mula Zafran mengacau alat tulis di atas meja Kayla namun selepas dimarahi Zafran terus tidak mengacaunya. Namun perlakuan Zafran yang melebih itu tidak dapat ditahan oleh Kayla apabila Kayla memarahi nya di meja tempat Kayla bekerja.

Kayla tahu mengapa Zafran mengacau nya . Kayla terus melihat jam di tangannya . " oh sudah pukul 12 patutla dia datang carik aku , nak makan rupanya " kata Kayla sambil tersenyum. Zafran ingat apabila dia membuat perangai dan suka mengacau Kayla , harapannya untuk keluar makan bersama tercapai. Namun sayangnya Kayla sedikit pun tidak terkesan dengan tindakan Zafran.

Lalu Zafran mencuba taktiknya yang lain. Dia terus memegang tangan isterinya itu dan menarik Kayla untuk bangun. 

" ehhhh nak pergi mana ni? kerja saya banyak tak siap ni"

" alaaaa , saya lapar teman makannn tadi dah janji kan " kata Zafran dengan nada mintak simpatinya.
" makaaannnnnn je tahu la diani haih. badan gemuk padan muka AHAAHAH" kata Kayla sambil ketawa besar.

Zafran yang tidak tahan lapar terus menarik tangan Kayla menuju ke kereta dan terus ke kedai makan berhampiran . Namun mereka tidak sedar dalam mereka bahagia, ada seseorang yang memerhatikan mereka dari jauh. Sesusuk badan yang sangat dikenali memerhatikan gelagat Kayla dengan Zafran dari jauh. Betapa panasnya hati melihat kegembiraan yang tercalit pada muka pasangan yang baru berkahwin itu. 

" kau tunggu Kayla . kau ingat dengan mudah nya aku nak lepaskan kau dan bahagia dengan laki aku?! heh memang takla . soon, he will be mine back and left u like he did to me Kayla. Stay aslong as u want with him sebab nanti he will be mine HAHAHA " 

Setelah selesai sahaja makan tengahari , Zafran dan Kayla pulang ke office dan menyambung kerja mereka masing-masing.



CINTA SI EGO - COMPLETED !! ✔Where stories live. Discover now