Bab 14

2.8K 67 2
                                    

Kayla Imani turun dari kereta yang dipandu ayahnya tadi. Setelah ayah Kayla memakir kereta , Kayla turun dan mengikuti daddy dan mummy nya ke bilik yang ingin dilawati.

Kayla yang perasan terdapat mata mata memandangnya terus sahaja beliau pandang ke depan dan berjalan rapat dengan daddy dan mummynya.

Setelah sampai pada tingkat yang ingin ditujui , pintu bilik itu dibuka . Kayla nampak bermacam macam wayar yang berwarna berselirat di sekitar tubuh seorang lelaki yang tidak sedarkan diri manakala sebelahnya terdapat seorang perempuan yang menangis teresak esak sambil memegang tangan lelaki itu untuk memujuk supaya lelaki itu bangun . tetapi malangnya tiada respon yang diberikan kepada pemilik suara itu.

Perlahan lahan Kayla datang bersama mummynya dan menyalami wanita yang sedikit sebanyak menyerupai muka mummynya itu.

Wanita yang dikenali sebagai Puan Syarifah Nur Syakira itu terus menarik Kayla dalam pelukannya dan tanpa ragu ragu Kayla mengusap belakang badan wanita tersebut dan memberi kata kata semangat.

Walaupun Kayla tidak mengenali perempuan tua itu namun hatinya turut simpati dan sedih melihat keadaan suaminya.

Selepas Kayla dikucup dan dipeluk , mummynya pula memeluk sesusuk tubuh itu dan memberikan kata semangat sambil memberikan senyuman sebagai ketabahan buat perempuan itu.

Manakala daddy Kayla pula hanya diam sambil mengurut tangan sahabatnya itu , dalam diam Kayla tahu daddynya itu cuba untuk menjadikan hatinya kuat walaupun kawan karibnya dalam keadaan koma.

Puan Syarifah menceritakan segalanya kepada kami bagaimana suaminya jatuh dan tidak sedarkan diri di dalam bilik air , mummy yang berada di sebelah tidak melepaskan erat tangan Puan Syarifah malah menyetuh lembut tangan perempuan itu untuk menyalurkan kekuatan.

Tiba tiba......

××××××××××××××××

CINTA SI EGO - COMPLETED !! ✔Where stories live. Discover now