Bab 35🚫

439 9 0
                                    

Edlan membuka matanya perlahan-lahan. Silau cahaya matahari dari celahan dinding menyucuk matanya. Dia memerhati sekeliling. Tempat itu sungguh asing baginya. Lantai dan dinding pondok itu dibuat dari buluh-buluh.

"Ayah, lelaki tu dah sedar.." jerit seorang gadis kecil. Seketika datang seorang lelaki masuk ke pondok tu dan menghampiri Edlan.

"Encik macam mana? " soal lelaki itu memandang Edlan. Terpancar kerisauan di wajahnya.

"Air...." Lelaki memberikan segelas air kepada Edlan. Air itu diminum dengan rakus.

"Saya dekat mana ni? Kau siapa? " soal Edlan.

"Encik sekarang kat kampung Tok , kampung orang asli. Tok, Tokmba, penghulu di sini. Lama encik tak sedarkan diri. Encik tak ingat apa-apa?"

Edlan menggeleng kepalanya. Dia cuba mengingat apa yang berlaku tapi tiada satu pun yang terlintas di fikirannya. "Argh!" Edlan memegang kepalanya yang berbalut itu. Berdenyut-denyut dirasakan.

"Takpa, encik jangan paksa diri. Encik berehat dulu. Luka di badan encik pun masih belum baik sepenuhnya. Apa-apa boleh cari Tok atau isteri Tok." ujar Tokmba sambil menunjukkan ke arah seorang wanita yang tersenyum di tepi Tokmba itu.

Edlan memperhatikan keadaan sekeliling kampung itu. Walaupun kampung itu tak semoden seperti di bandar, tapi mereka kelihatan sangat harmoni. Orang kampung itu juga sangat peramah. Tapi masih ada juga yang masih tidak boleh menerima keberadaan dia situ kerana dia 'orang asing'.

"Encik." panggil Tokmba. Edlan berpaling ke arah suara itu. Dia tersenyum sambil menghampiri Tokmba.

"Encik perlukan apa-apa ke?"

"Tak, saya saja jalan-jalan. Ambil angin." ujar Edlan sambil duduk di sebelah Tokmba. "Tokmba, saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanya lah"

"Macam mana saya boleh sampai sini dulu? "

"Pagi tu, sebelum matahri terbit, anak buah Tok ada keluar untuk mencari hasil hutan Kemudian, mereka ternampak kamu terbaring di tepi jalan, tak sedarkan diri dan dipenuhi darah. Bila mereka periksa, nadi kamu masih ada. Mereka bawa kamu balik ke sini dan isteri Tok rawat kamu."

"Dari cara pakaian kamu masa tu. Tok tahu kamu bukan orang sini. Tok nak tolong kamu balik pun kamu tak ingat apa-apa...Tok lagi la tak tahu apa HAHAHAHHA" ujar Tokmba sambil bergurau.

"Saya cuba nak ingat tapi takde apa-apa. Bahkan nama saya sendiri pun sayang tak ingat."

"Takpa, tak perlu paksa diri. Kamu akan ingat bila masanya nanti. Buat masa sekarang, duduk la disini dahulu. Anggap saja kami seperti keluarga kamu." Tokmba menepuk bahu Edlan perlahan

"Terima kasih, Tok." Tokmba mengangguk sambil tersenyum.


|Time Skip|

7 bulan berlalu begitu sahaja. Edlan akhirnya sudah membiasakan diri dengan kampung itu. Dia cuba sebaik boleh untuk berguna di kampung itu. Jika ada sesiapa yang perlukan pertolongan, pasti dia akan segera membantu.

"Anang, mari tolong Tok angkat barang ni." jerit Tokmba. Anang. Nama samaran diberi Tokmba kepada Edlan. Edlan berlari ke arah Tokmba dan mengangkat kotak yang ditunjuk Tokmba.

"Nak letak mana ni?"

"Letak je atas kerusi tu." arah Tokmba. "Anang macam mana harini? Ada ingat apa-apa?"

"Macam tu lah,Tok.." ujar Edlan. "Tapikan Tok, setiap kali saya tidur, saya selalu mimpikan wajah seorang wanita. Tapi saya tak ingat siapa dia." Edlan meraup rambutnya yang sedikit panjang itu sebelum diikat gaya man bun.

"Banyakkan bersabar. Lambat laun Anang mesti akan ingat jugak.."

"Takpelah Tok, saya pergi sambung angkat barang."

Sedang Edlan sibuk mengangkat barang, ada beberapa orang anak kecil berlari-lari di tepi pondok itu. Tidak semena-mena salah seorang dari mereka terlanggar Edlan. Edlan yang hilang keseimbangan itu terlentang ke belakang.

Segala memori menerpa ke ingatannya seperti air terjun yang turun dengan mencurah-curah. Edlan bangun terduduk.

"Anang? Anang okay?" suara Tokmba menerpa telinganya.

"Saya dah ingat..." ujar Edlan. Tokmba tersenyum gembira.

"Baguslah kalau macam tu.."

"Tok, saya kena balik sekarang jugak" bidas Edlan mengenggam tangan Tokmba. 'Sayang, tunggu Abang..' desis hati Edlan.

' desis hati Edlan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mak Yam, lapar..." jerit Arianna sambil berlari anak turun ke bawah. Bau sarapan yang dibuat Mak Yam membuatkan dia terliur dari tadi.

"Hey! Bertuah punya budak. Jangan lari, Ria tu dah sarat!" marah Mak Yam. Arianna hanya tersengih sambil meengambil tempat duduk. Perut boyotnya itu diusap perlahan.

"Cepat Mak Yam, lapar ni..." gesa Arianna melihat Mak Yam mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan. Haish tak menyabar betul mak bunting ni...

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam..meh Mika, sarapan sekali.." ajak Mak Yam melihat Mika yang baru masuk ke dalam rumah itu. Mika hanya tersenyum.

"Amboi, makan sampai tak panggung kepala" Tegur Mika kepada Arianna.

"Diam lah.." Arianna meneruskan suapannya. Kacau ja orang nak makan..

"Ni kenapa tak siap lagi?" soal Mika kemudian menghirup air teh yang disua Mak Yam.

"Nak pergi mana?" Mika menepuk dahinya. Sah minah ni lupa!

"Awak ada appointment doktor kan harini?"

"A ah la...saya terlupa , kejap saya pergi siap.." Arianna menghabiskan suapan mee gorengnya sebelum laju naik ke atas.

"Haish, pelan-pelan sikit. Ganas betul, tak macam orang mengandung.." marah Mak Yam lagi. Mika ketawa kecil, dah biasa dengan perangai Arianna tu.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now