Bab 17🚫

431 12 0
                                    

"Nak pakai baju apa ni?". Arianna merenung baju-baju yang tergantung di hadapannya. Dia keliru baju mana yang hendak dipakai untuk ke pejabat. Sekarang dah pukul 7.00 pagi. Pukul 8.00 Edlan dah nak bergerak.

"Ha! Baju ni sesuai." Dia mencapai satu baju dan meletakkannya di atas katil sebelum terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Arianna menuruni tangga dan melihat Edlan sudah berada di ruang tamu sambil menghadap iPad di tangannya.

"Jom. Saya dah siap. "Edlan mendongakkan melihat Arianna .

"Okay. Jom." Edlan terus menarik tangan Arianna menuju ke garaj. Dalam 30 minit, Arianna dan Edlan akhirnya sampai di bangunan Amaethyst Corporations. Boleh tahan tinggi bangunan itu..

"Jom" ujar Edlan. Arianna hanya menuruti langkah Edlan. Beberapa orang staff memandang Arianna dan Edlan dan berbisik sesama sendiri. Mungkin hairan nampak boss mereka dengan seorang perempuan."Kau tunggu sini dulu. Aku ada meeting."

"Dah tu apa motif awak bawak saya kalau awak ada meeting? Mesti lama nak kena tunggu. Bosanlah..."

"I will make it fast. Kalau bosan baca je majalah tu." Arianna merenung beberapa majalah yang berada di atas meja di hadapannya. 'Majalah bussiness nak buat apa?!' protesnya dalam hati. Edlan menuju keluar dari pejabatnya. Senyuman sinis terukir di bibir Arianna. Explore time!!

Arianna bangun menuju ke rak-rak fail Edlan yang mengandungi fail syarikat. Banyak betul. Selepas membelek rak-rak tersebut, dia menuju ke meja Edlan pula. Boleh tahan kemas juga. Ada komputer, rak-rak kecil dan beberapa buah fail. Kemudian dia terpandang satu laci meja yang berkunci.

"Kenapa Edlan nak kunci?" Soal Arianna sendiri. Maybe dalam tu ada fail rahsia kot. Aku cuba mengendah hal tersebut tetapi naluri aku kuat mengatakan yang aku perlu buka laci tu. Dia mengambil pin kecil di rambutnya dan mengumpil kunci tu. Setakat kunci macam tu, kacang je..

Click!

Kunci tu terbuka. Arianna menarik laci tu perlahan-lahan. Dalam tu hanya ada beberapa buah fail kertas dan satu frame gambar yang tertangkup.

Arianna mengambil gambar itu dan dialihkan. Gambar Edlan dengan seorang perempuan. Dalam gambar nampak diorang macam mesra sangat. Hati Arianna jadi tertanya-tanya."Siapa kau?".

Mendengar derapan kaki menuju ke bilik itu, Arianna segera menyimpan semula frame tadi dan duduk semula di sofa. Pintu pejabat dibuka. Muncul Rina yang merupakan PA Edlan. Dia menunduk ke arah Arianna sebelum menuju ke rak fail Edlan. Satu fail dicapai. Ni mesti Edlan suruh ambil ni.

"Cik Arianna nak minum tak? Saya boleh suruh tea lady buatkan."soal Rina. Aik! Mana dia tahu nama aku?

"Nope. Its okay." Rina hanya mengangguk sebelum berlalu keluar dari pejabat itu.

Fikiran Arianna masih berfikir mengenai perempuan dalam gambar tu tapi dia nak tanya siapa? Edlan? Memang sah la dia takkan cerita. Rina? Tu pun lebih kurang jugak. Hah! Que. Arianna tersenyum sendiri.


|Time Skip|

"Amboi, main game sampai tak tengok kiri kanan." Arianna mendongakkan kepalanya untuk mencari suara tu. Kelihatan Edlan sedang berdiri memandang dia .

"Dah, jom."

"Pergi mana?"

"Ikut je." Arianna segera berdiri mengikuti Edlan. Kelihatan para pekerja Amethyst Corps sudah berkumpul di hadapan pejabat Edlan.

"Okay semua, harini saya ada announcement nak buat sikit."ujar Edlan. Semua mata memberikan tumpuan kepada Edlan. Arianna pun tertanya-tanya apa benda yang Edlan nak cakap ni.

"This is Miss Dylan Arianna. My future wife. We are getting married at the end of this month. Semua dijemput hadir ke majlis perkahwinan nanti." Arianna terkejut . Semua orang bertepuk tangan tanda gembira dengan berita itu.

"Tahniah Cik Arianna."ujar para pekerja Edlan. Arianna hanya mampu tersenyum.

"Kenapa tak bincang dulu dengan saya? " soal Arianna kepada Edlan yang sedang menikmati steak di hadapannya.

"Kenapa? Tak suka?"

"Awak tak rasa macam cepat sangat ke?"

"Benda yang baik kenapa lambatkan?"

"Ishh, saya serius ni!"

"Kau nampak aku main-main ke? Ke kau yang berat hati sebenarnya?"

"Kenapa pula?"soal Arianna kehairanan.

"Sebab kau masih sayangkan Mika. " jawab Edlan. Arianna terdiam. Ya, sejujurnya dia masih berbelah bahagi. Adakah keputusan yang dia ambil ni betul?

"Aw-awak..."

"Jangan kahwin dengan aku sebab terpaksa ataupun terhutang budi. Kalau kau taknak, jujur dengan aku. " Edlan terus bangun dari kerusi dan meninggalkan Arianna yang masih diam di situ.

'Apa yang kau dah buat ni, Arianna?' marah dia pada diri sendiri.?

Arianna duduk termenung di pinggir katil selepas keluar dari bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arianna duduk termenung di pinggir katil selepas keluar dari bilik air. Sejak dari dalam kereta tadi Edlan tak bercakap dengan dia. Ye lah, salah dia juga. Edlan ikhlas nak kahwin dengan dia tetapi dia seolah-olah memainkan perasaan Edlan.

"Tak boleh jadi ni!" Arianna terus berdiri menuju ke bilik study Edlan dengan rambut yang masih basah, 'Ah, lantaklah...japgi la aku keringkan.'

Knock! Knock!

"Masuk"

Arianna masuk perlahan-lahan dan lihat Edlan sedang ada di meja kerja sambil menaip sesuatu di laptopnya. Penuh fail di atas mejanya...

"Awak."panggil Arianna sambil duduk di hadapan Edlan. Edlan tidak menghiraukan Arianna dan meneruskan kerjanya. 'ohh, buat tak tahu eh....'.Arianna mengangkat kerusi tersebut dan duduk di sebelah Edlan.

"Awak."panggil Arianna lagi. Diam.

"Baby...."panggil Arianna sekali lagi. Jari Edlan yang sedang menaip itu terhenti seketika tetapi dia masih tidak memandangkan Arianna . Bau harum perfume dan rambut Arianna yang masih basah ni memang menggoda habis. Arianna tersenyum kecil. Yes, menjadi! Edlan sambung melakukan kerjanya.

" Baby, awak marahkan saya ke ?" ujar Arianna dengan suara yang manja. Kalau orang dengar ni memang tak percaya ni Dylan Arianna. Nak pujuk punya pasal! Edlan masih buat tak tahu. Arianna mulai geram. Dia terus tutup laptop Edlan dan pusingkan kerusi Edlan supaya menghadanya. Edlan terkejut dengan tindakan Arianna.

"Awak masih marahkan saya ke?"soal Arianna sekali lagi. Edlan hanya diam sambil memandang mukanya.

"Okay fine kalau awak taknak cakap dengan saya. Itu hak awak. Tapi dengar apa yang saya nak cakap ni. Saya mengaku tak semudah tu saya boleh lupakan orang yang saya pernah sayang. Tapi, Mika sudah menjadi kisah silam saya. Dan sekarang awak adalah lelaki yang akan menjadi masa hadapan saya." ujar Arianna memandang tepat ke mata Edlan. Berharap lelaki itu dapat merasakan keikhlasan dalam setiap tutur katanya.

Melihat Edlan hanya diam, Arianna bangun dari kerusi untuk keluar dari bilik itu sebelum tiba-tiba tangan dia ditarik dan menyebabkan dia terduduk di atas peha Edlan. Tubuh Arianna kaku.

"Tell me now, how can I resist falling in love more with you?"soal Edlan perlahan sambil merenung ke arah mata Arianna.

"Am I forgiven now?" soal Arianna.

"Yes but with one condition. From now on, call me Baby."

[C] RuffianWhere stories live. Discover now