Bab 19🚫

460 15 0
                                    

Tiba-tiba tekak Arianna berasa dahaga. Dia menyimpan file kerjanya di laptop sebelum turun ke bawah. Minum milo malam-malam ni pun sedap jugak...

Arianna menuruni tangga dan melihat lampu di ruang tamu masih terbuka. 'Siapa yang tak tidur lagi? Dah pukul 12 lebih dah..'desis hatinya. Kaki melangkah ke ruang tamu. Kelihatan Que sedang buat kerja . Atas meja penuh dengan fail-file dan kertas kerja. Termasuklah laptop dan secawan air.

"Que, kenapa tak tidur lagi?"

"Eh, Ria....saya tak boleh tidur,alang-alang tu siapkan terus kerja yang berlambak ni... Awak kenapa tak tidur lagi?"

"Saya pun buat kerja kat atas tadi, ni turun nak buat air...Hmm, Que, saya nak tanya awak satu benda boleh?"

"Apa dia? Macam serius je bunyinya..."

"Siapa Emily?" Que terkejut. Dia memandang Arianna dengan wajah yang tak dapat digambarkan.

"Mana awak tahu pasal Emily?"

"Haritu masa saya pergi office, saya terjumpa satu gambar dalam laci meja Edlan. Gambar Edlan dengan seorang perempuan. Belakang gambar tu tertulis nama Emily & Edlan. Siapa dia?"

"It is better if you ask Edlan himself."

"Que, awak lebih kenal Edlan daripada saya. Awak tahu yang dia memang takkan ceritakan pada saya. Dengan awak je saya boleh minta tolong....please....". Que menarik nafas sebelum mengeluh panjang....

"Boleh dikatakan Emily sebenarnya cinta pertama Edlan. Edlan pernah selamatkan Emily daripada hutang Along . Masa kitaorang first jumpa Emily tu, dia dah nyawa-nyawa ikan.. Emily tak macam awak. Masa tu, Emily just an innocence girl that know nothing about this dangerous world. Jadi Eldan ajar Emily banyak benda. Starting from that, they fall in love with each other. Everything was so perfect. Edlan seems so happy. " Que berhenti seketika.

"Until one day, kitaorang dapat tahu Emily membocorkan rahsia Edlan kepada James. Amethyst Corps hampir bankrup. Emily rupanya diupah James. Edlan rasa dikhianati. Tapi dengan rasa cinta di hati, Edlan tak sanggup bunuh Emily. Tanpa mendengar penjelasan Emily, Edlan terus halau dia. Lepas tu, kitaorang dah tak dengar apa berita pasal Emily."

"Dalam dua minggu lepas kejadian tu, baru kitaorang dapat tahu yang semua tu hanyalah tipu helah James. Orang lain yang bocorkan rahsia tapi Emily yang dituduh. Edlan cuba cari Emily balik untuk tebus kesalahan dia, tapi tak jumpa, sampailah sekarang. Dia hilang macam tu je..." cerita Que dengan panjang lebar.

"Jadi maksudnya, diorang berpisah sebab tipu helah orang lain dan Edlan salah faham?" soal Arianna. Que hanya mengangguk.

"Maknanya, kalau suatu hari Emily datang semula, its a big possibility that Edlan will accept her back, right?" Que terkedu dengan soalan itu. Tak pernah pula dia terfikir sampai tahap macam tu...

"He won't. He loves you." Que cuba menyakinkan Arianna..

"Trust me. He will. You don't know how strong first love can be. Just like me and Mika. Honestly, I'm telling you, I still trying to forget him. It is not that easy to forget your first love."

"So when that happens, you just gonna let him go?" soal Que balik.

"Of course not. I will not go anywhere unless he chooses her. "Ujar Arianna..

Arianna memandang mukanya yang sedang disolek oleh mak andam di cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arianna memandang mukanya yang sedang disolek oleh mak andam di cermin. Muka dia kelihatan sangat berbeza. Dia masih tak percaya yang harini adalah hari perkahwinan antara dia dengan Edlan. Bertunang dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain. Sampai sekarang dia masih tak tahu di mana keberadaan Mika sekarang walaupun ramai cakap yang Mika mungkin dah mati.Tapi entahlah...

"Okay, dah siap. Sekarang you pergi tukar baju."ujar mak andam kepada Arianna. Arianna segera masuk ke dalam fitting room yang sudah disiapkan dengan baju pengantin. Semasa menukar baju, dia mendengar suara Kak Raiya masuk ke dalam bilik. Setelah 15 minit berada di dalam fitting room, dia melangkah keluar dari situ.

"Oh my god, cantikknya Arianna!!!"jerit Raiya teruja. Arianna pula yang segan.

"Arianna ni memang dah cantik , so kalau pakai apa pun tetap cantik."ujar mak yam pula yang baru masuk.

"Ish mak yam ni, saja nak sakat Ria tau."ujar Arianna malu.

"Okay, sit here. I nak pasang veil." Mak andam berlalu ke almari dan mengeluarkan satu veil labuh. Veil tersebut dipakaikan ke rambut yang sudah didandan rapi. Kemudian diletakkan satu crown di atas kepala Arianna.

"Kalau dah cantik macam ni memang Edlan tak lepas la dari tengok Arianna je." usik Mak yam lagi.

"Thanks mak yam. Kehadiran mak yam buat Ria rasa macam ibu Ria ada sekali dekat sini. "

"Takpelah, Lagipun kamu dengan Edlan memang mak yam dah anggap macam anak sendiri."ujar mak yam.

Que dan 5 Ting Tong memandang Edlan yang sedang bersiap. "Aku tak sangka yang kau akan kahwin harini , Edlan. Rasa macam baru semalam je aku kenal dengan korang, sekarang masing-masing dah nak kahwin. Danny tu tunggu masa je.."ujar Naim tiba-tiba.

"Ek eleh, yang kau nak emo sangat ni kenapa?" ujar Veron sambil mengetuk kepala Naim. Naim menggosok kepalanya perlahan.

"Ala...nak touching pun tak boleh?" ujar Naim. Yang lain sudah ketawa melihat telatah Naim. Edlan menghampiri Que yang sedang duduk si sofa.

"Kau kenapa ? Okay tak ni?" Soal Edlan. Dari tadi dia perasan Que diam je.

"Aku okay. Aku cuma rasa tak sedap hati"jawab Que.

"Sebab?"

"Entahlah... mainan perasaan aku je kot. Be the way, aku minta maaf sangat-sangat."

"Kenapa pulak?"

"Aku dah cerita dekat Arianna pasal Emily sebab aku rasa dia berhak tahu." jelas Que.

"Aku tahu."

"Apa pun aku ucapkan tahniah atas perkahwinan kau. Aku harap kau jaga dia elok-elok dan berikan kebahagiaan kepada dia. Dia dah banyak terluka."

"Amboi, caring betul kau dekat dia...Macam ada apa-apa je ni." Ujar Edlan bergurau. Dia percayakan Que. Kalau hanya ada seorang insan sahaja yang dia boleh percaya dalam dunia ni, orang itu adalah Que.


|Time Skip|

"Dah jom semua dah tunggu dekat bawah. "Ujar Raiya. Arianna menarik nafas panjang sebelum berdiri.

Semua mata memandang ke arah Arianna yang berjalan masuk ke dalam dewan. Edlan sudah menunggu di hadapan pelamin bersama tok kadi. Arianna tak boleh menyembunyikan senyuman di bibirku melihat Edlan yang segak berbaju melayu. Handsome seyyyy....

Mata Arianna dah naik pening dengan flash camera. Setelah sampai, dia duduk di atas pelamin bersama Raiya dan Mak Yam di sebelah kiri dan kanan.

"Boleh saya mulakan?"soal tok kadi setelah semua borang di tandatangan. Semua mengangguk.

"Edlan Iskandar bin Kamarul Razi, aku nikahkan dikau dengan Dylan Arianna binti Arman Jailani, berwali hakim kepada aku dengan mas kahwin satu ribu ringggit tunai...."ujar tok kadi.

"Aku terima nikahnya Dylan Arianna binti Arman Jailani dengan mas kahwin satu ribu ringggit tunai..."sahut Edlan.

"Sah?"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz, Arianna sah menjadi milik Edlan. Air mata kegembiraan mengalir perlahan di pipinya. Kalau papa masih ada, dialah insan yang paling gembira. Dia rindukan papanya di saat bahagia ini.

Edlan menghampiri Arianna. Cincin dicapai dari kotak dan disarungkan ke jari manis. Dahi Arianna dikucup dengan penuh syahdu. Inilah saat yang paling gembira buat Arianna dan juga buat Edlan. Orang ramai sudah bertepuk kegembiraan.

Semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi dalam kegembiraan itu,tanpa mereka sedar ada yang memerhati dengan linangan air mata .

[C] RuffianWhere stories live. Discover now