Bab 4🚫

532 21 0
                                    

Dua bulan kemudian...

Arianna membuka mata yang terasa berat. Dia cuba menggerakkan tubuh untuk bersandar di kepala katil. Badannya terasa lemah dan sengal. Kepala dia rasa berdenyut-denyut. Dia memperhatikan sekeliling bilik itu. Suasana bilik itu sungguh asing bagi dirinya. Perkara terakhir yang dia ingat ialah pergaduhan antara dia dan Ziyan.

Air mata Arianna mengalir perlahan mengingatkan papanya. Dia berjanji yang dia akan menuntut bela atas kematian papanya. Dia mengesat air matanya. Satu benda lagi terlintas di fikirannya. "Mika..."nama itu meniti perlahan di bibirnya. Tiba-tiba seorang wanita yang agak berumur masuk ke dalam bilik. Wanita itu terkejut melihat Arianna yang sudah sedar.

"Alhamdulillah cik dah sedar! Lama saya terfikir bila cik nak bangun. Cik okay?" soal wanita itu dengan teruja. Arianna mempamerkan wajah hairan, makcik ni boleh cakap melayu?

"Maaf makcik. Boleh saya tahu saya dekat mana sekarang? Makcik siapa ye?"ujar Arianna.

"Ohh cik ada kat Malaysia sekarang, Makcik orang gaji kat sini. Cik, boleh panggil makcik, Mak Yam. Cik sekarang ada dekat rumah Edlan. Edlan yang bawa cik balik sini 2 bulan lepas"jawab Mak Yam.

"Dua bulan? Dua bulan ke saya tak sedarkan diri?" soal Arianna. Mak Yam mengangguk.

"Kebetulan cik dah sedar, cik boleh bersiap dan bersihkan diri. Pakaian Mak Yam ada letak dalam almari. Kalau ada apa-apa cik boleh panggil Mak Yam dekat bawah." ujar Mak Yam sambil tersenyum manis.

"Terima kasih Mak Yam. Nama saya Dylan Arianna. Mak Yam boleh panggil Arianna atau Ria je. Tak payah ber-cik dengan saya."

"Dylan Arianna. Sedap nama tu. Takpelah Mak Yam keluar dulu ye." Mak Yam beredar dan menutup semula pintu bilik .

Arianna perlahan-lahan bangun dari katil dan menuju ke cermin. Dia membelek luka di dada kanannya. Luka itu sudah tertutup sedikit tapi masih belum betul-betul sembuh, dia masih perlu berhati-hati.

Selepas mandi dan bersiap, Arianna turun ke tingkat bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas mandi dan bersiap, Arianna turun ke tingkat bawah. Dia memerhatikan sekeliling villa itu. Cantik! Ketika dia sedang memerhati sekeliling, di melihat Mak Yam sedang menyiapkan sarapan pagi.

"Hi Mak Yam." tegur Arianna.

"Eh Ria. Duduklah. Nak makan apa? Bihun? Roti? Ke ada nak makan benda lain, nanti Mak Yam buatkan.."

"Takpelah Mak Yam, nanti nak makan saya ambil, saya nak air kosong boleh? Dahaga. " Mak Yam menuangkan air ke dalam gelas kosong dan disuakan ke arah Arianna.

"Terima kasih. Banyaknya Mak Yam masak. Siapa lagi nak makan? Saya tengok macam takde orang je dalam ni, sunyi". Soal Arianna bila dia melihat banyak makanan yang disediakan di atas meja.

"Ouh ni Mak Yam sediakan untuk Edlan, Que and 5 Ting Tong. Diorang awal tadi dah keluar jogging , kejap lagi sampailah tu. Weekend macam ni memang diorang selalu jogging sekali." Arianna hanya mengangguk mendengar kata-kata Mak Yam.'5 Ting Tong? Risau betul dengar nama tu...' ujar Arianna di dalam hati.

5 Ting Tong merupakan orang tertinggi selepas Edlan dan Que. 5 Ting Tong terdiri daripada Joey, Naim, Noah, Veron dan Danny. Mereka semua mempunyai kelebihan masing-masing. Mereka merupakan orang terkuat Black Pawn dan orang kepercayaan Edlan. Tapi mereka tinggal berasingan. Hanya Edlan dan Que yang tinggal di villa ini.

"Kami dah balik!! Mak Yam lapar!!!!" Kedengaran suara seorang dari pintu hadapan. Arianna melihat hanya beriak biasa, mungkin sudah lali dengan suara itu.Siapalah hyper sangat pagi-pagi ni?

Kedengaran tapak kaki beberapa orang yang berjalan dari pintu depan menuju ke meja makan. Arianna berpaling. Kelihatan 7 jejaka kacak sedang berjalan ke arah mereka. 'Mungkin ini orang-orang yang dicakap oleh Mak Yam tadi'. Desis hati Arianna.

Seketika matanya bertentangan dengan sepasang mata berwarna brown. Arianna menundukkan mukanya. Terpana seketika.

7 jejaka itu mula duduk memenuhi meja. Edlan duduk di kerusi hujung meja. Disebelah kanan Arianna. "Wow! Siapa ni? New lady in the house? Eh ni kan girl yang kau bawak balik haritu Edlan? Lama gak aku terfikir, bila la bidadari aku ni nak bangun."ujar Noah teruja. Joey mengetuk kepala Noah.

"Kau ni pantang jumpa perempuan cantik, semua nak try. Dah makan" Ujar Joey. Noah hanya menggosok kepalanya perlahan. "Alaa gurau je pun..." Noah mencebikkan mulutnya.

Edlan yang tidak mengendah mereka terus mengambil bihun dan menyuapkan ke dalam mulutnya. Arianna hanya minum air tadi perlahan. Rasa awkward pula bila ada orang lain dekat sini. Keadaan hanya riuh dengan bunyi pinggan dan sudu sehinggalah Que bersuara.

" Cómo te sientes? Está bien? (How are you feeling? Dah okay?)"soal Que. Arianna hanya mengangguk.

"By the way, just speak Malay. Saya faham. " jelas Arianna.

"Oh really? Baguslah kalau macam tu. Saya ingat awak pure Spanish. Saya Que. Ni pula Edlan Iskandar. Just call him Edlan. Dia tuan rumah ni."ujar Que sambil menepuk bahu Edlan. Edlan hanya diam.

'Ouhh ni la Edlan...' detik hati Arianna.

"Dylan Arianna. Just call me Arianna or Ria."ujar Arianna perlahan. Dia kembali diam walaupun banyak benda yang dia nak tanyakan.

"Dylan Arianna. Nice name. Awak mesti confuse kan macam mana awak boleh ada kat sini? Kalau awak nak tahu, awak boleh tanya Edlan sendiri. "ujar Que seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh Arianna. Dia meneruskan suapan makanannya.

Edlan yang sudah selesai makan bangun dan beredar menuju ke bilik kerjanya. Ada hal yang perlu disiapka. Workaholic betul! Hari kerja ke cuti sama je. Arianna juga bangun dari kerusinya dan mengikuti langkah Edlan. Yang lain hanya memerhati sambil berbisik sesama sendiri. Que hanya diam.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now