Bab 2🚫

747 17 0
                                    

Arianna berjalan menuju ke biliknya dengan senyuman menghiasi wajahnya. Sungguh saat ini dia merasakan, dia lah wanita paling bahagia di atas muka bumi ini. Baru sahaja ingin merehatkan badannya , satu notifikasi masuk di dalam telefon keduanya.


Big Boss

Ryan Smith

Villa 34A, Emerald Street

0200hrs

//file attached//


Arianna mengeluh perlahan. Baru nak hilangkan penat dah kena kerja. Melihat jam menunjukkan 11 malam, dia segera bergerak ke almari untuk menukar pakaiannya, mesej tersebut dibiarkan tidak berbalas.

Lebih kurang 3 jam perjalanan, akhirnya dia tiba dia satu kawasan perumahan mewah dia kawasan bukit, suasana dia sekililingnya sunyi, hanya bunyi binatang dan serangga yang kedengaran. Memanglah dah pukul 2 pagi.

Arianna park superbike miliknya di sebalik semak lebih kurang 2km dari target lokasi. 1, 2,....6! Arianna mengira jumlah bodyguard yang berkeliaran di kawasan villa tersebut. Kat luar dah ramai, tah kat dalam lagi ramai. Setelah membuat beberapa pengiraan , Arianna mula bertindak dan berjaya menyelinap ke dalam villa tanpa dikesan.

Arianna segera menyelinap ke satu bilik yang dihuni oleh targetnya. 'Ouhh sedap betul kau tido...takpe aku bagi kau tido terus...' Arianna bermonolog di dalam hati. Dia perlahan-lahan mendekati sosok itu dan....

SLASH!

Satu tarikan dan darah membuak-buak merembes ke katil dah mukanya. Targetnya terkapai-kapai sebelum menghembuskan nafas terakhir. Setelah memastikan targetnya betul-betul tidak bernyawa lagi, Arianna segera beredar dari situ. Setelah keluar dari kawasan villa tersebut, telefonnya dicapai dan menaip sesuatu sebelum superbike bergerak membelah kepekatan malam.

Big Boss

Ryan Smith

Villa 34A, Emerald Street

0200hrs

//file attached//

Mission Accomplished


"Cik Arianna, bangun cik....Cik, bangun!!!!" Arianna terkejut mendengar jeritan PA nya.

"Apa awak jerit-jerit pagi2 buta ni Lylia, saya nak tido lah..." ujar Arianna masih dengan mamainya, hampir pukul 5 pagi tadi baru dia sampai ke rumah.

"Tuan Arman ada kat bawah..." Menegak terus badan Arianna mendengar nama itu. "Bila papa sampai ni', ujar di dalam hati. Arianna merapikan dirinya sebelum turun ke bawah. Biarlah tak mandi pun, bukannya orang tahu...lagipun dia mandi setelah selesai 'kerja'nya semalam.

"Ouh by the way, tu baju tu, macam biasa..." Lylia melirik ke arah baldi yang ditunjukkan Arianna, dia mengangguk tanda mengerti akan arahan itu.

"Morning papa.." Arianna tersengih seperti kerang busuk. "Bila papa sampai dari Malaysia?"

"Baru je tadi, Jay pergi ambil dekat airport, nak harapkan anak papa yang ambil, sampai sekarang la papa kat situ lagi...." ujar Arman sambil menghirup kopinya.

"Hehe, ngantuklah papa, salah papa la, sapa suruh bagi 'kerja' lewat-lewat. Lain kali bagi la orang lain buat...." Arman tersenyum kecil mendengar keluhan mengada dari anak tunggalnya itu.

"You know you are the best one that I have. Papa tak harap orang lain boleh siapkan..." Arianna tersenyum sipu mendengar pujian dari papanya . " Okay kalau centu , Arianna nak upah lebih, 300,000 EUR into my account, nak shopping..." Arman mengangguk tanda bersetuju.

[C] RuffianWhere stories live. Discover now