Sakit.

26 2 6
                                    

Hey kamu,
Ya kamu yang sedang mendengar suaraku yang bebas di ruang infiniti.

Maafkan aku...
kerana telah acapkali aku menyakitimu.
Bahagia yang ku janji tidak lagi bisa aku tepati.
Hadirku hanyalah menyakitkan jasad dan rohanimu.

Aku Mencintai kamu...
akan tetapi akibat kekhilafanku
aku terus dan terus menyakitimu.
Udara yang ku hembus, bumi yang ku pijak kini tidak lagi kurasa.
Daya tarikan gravitinya tidak lagi dapat menarik diriku.

Aku amat membenci diriku kerana aku telah membuat air matamu jatuh membasahi pipi.

Maafkan aku...
Kerana aku telah menyakitimu dan berulang kali menyakiti dirimu.

Tuhanku...
Ampunilah diriku,
Jika mampu kau memberi peluang padaku,
ingin aku menggapai bintang di cakerawala.
Jika bisa waktu itu diputar keluar dari paksi,
pastinya aku butuh mencari diriku.

Malamku kini berteman sepi,
hanya keluhan dan tangisan yang kudengari.
Sujudku kini menjadi teman karibku
ketika bumi melelapkan mata buat penghuninya.

Maafkan aku...
kerana mencintaiku hanyalah menyakitkan dirimu.

KelamWhere stories live. Discover now