Bahagia.

23 2 0
                                    

Bahagia dalam erti kata lain adalah manis dalam gula,
setiap ciptaanNya di atas bumi yang berputar ini akan kecapi bahagia,
lambat atau cepat?
itu soal pencipta,
Dia yang menghembuskan roh dan dia juga yang menamatkan hikayat setiap isi dunia.

Dalam kita mengecapi bahagia pasti ada yang tersakiti,
dalam kesakitan itu kita bertemu kekuatan,
dalam kekuatan itu kita berkenalan dengan kesabaran,
itu lumrah dunia yang zalim ini,
tiada yang dapat merubah takdir kecuali pilihan kita,
Dia memberi penamat cerita, tetapi kita memilih jalan cerita.

Aku telah menjumpai pelbagai jalan dalam liku hidup,
tetapi jalan itu berakhir pada paksi yang sama,
sketsa manusia di atas pentas dunia memang banyak cerita,
kita manusia banyak baik buruk,
apa sahaja ujian kita terima,
disitu lahirlah seorang manusia yang mampu kecapi bahagia.

Berserah padaNya nescaya akan ditunjukkan kemanisan gula dalam kehidupan.

KelamWhere stories live. Discover now