Lupa.

16 6 5
                                    

Lupakan aku,
Lupakanlah seperti mana dunia mendengar namaku,
Aku bukan satu jiwa yang menjadi sang pencetus paradigma,
Segala ikrar mungkin sekadar satu propaganda si penakluk dunia,

Lupakan aku,
Pergilah kehujung bumi sekalipun,
Bebaskan dirimu, lari dari tawanan diktator kotak hati,
Lepaskanlah tanganmu, pergi jauh dari kantor monokrom tak berpekerjaku,

Mungkin akan terisi ruang ragamu nanti,
Biar aku di sini merefleksi diri,
Kau berhak gembira dan ketawa,
Kerana akadku ialah kau bahagia,

Lemas dalam aliran depresi,
Aku rela membuang talian hayatku,
Aku hanya mampu merindui,

Sayang, terbanglah,
Terbanglah dikau pulang ke samsaramu.

KelamWhere stories live. Discover now