Kata.

112 9 0
                                    

Aku bukannya TulangKata puitis mendendang puisi,
aku bukannya Malique hebat bermain bahasa,
aku bukan juga pakar dalam melontar kata dan kosa.

Aku hanya bersahaja,
menyelusuri ke dalam jiwa yang kelam,
mencari secebis petikan ilham,
bagi menyempurnakan satu rangka penulisan di tengah larut malam.

Aku berhenti seketika,
terlintas satu bayang memori,
jadi aku ekori bayangan itu,
lantas aku terserempak diriku dahulu yang kini telah aku lupakan,
betapa dalamnya minat aku terhadap penulisan sastera sejak aku dibangku sekolah.

Kini aku sudah meningkat dewasa,
ini sahaja yang dapat aku tinggalkan pada generasi muda,
semoga mereka sentiasa membuka minda,
melihat alangkah indahnya bahasa.

KelamWhere stories live. Discover now