Pintu.

21 2 0
                                    

Kau ketuk pintu nistaku,
Jemputlah masuk, jemput masuk ke dalam,

Duduklah, aku hanya mampu sajikan kau secawan nescafe nipis,
Borak dengan aku, beritahu apa yang mengganggu fikiranmu,
Lepaskan aku, lepaskan ke dalam ruang melankoliamu,
Biar kau tenang, setenang kolam renang belakang rumahku.

Episod tragisku bertambah siri menjadi sadis,
Lepaskan aku, lepaskan aku dari genggaman perit deritaku,
Cukuplah, aku letih dengan sandiwara silamku,

Tutuplah pintu, aku perlu masa.

Aku harap kau faham,
Aku harap kau mengerti,
Tiada awan yang mendung jika tiada air yang tertampung,
Tiada malam yang terang jika tiada bulan mengambang.

Dengarkan aku,
Jeritan jiwa sepiku,
Selami diriku
Kimpal segala kebocoran senduku.

Kau si penghapus duka,
Kau seperti lagu yang bermain di Walkman ku,
Kau seperti permata yang ingin aku simpan,
Kaulah pemandangan yang teramat indah.

Ketuk, Ketuklah pintu laraku,
Jangan kau berjanji selepas kau menjejak kaki,
Kerana aku takut,
Takut kelak kau berangkat pergi.

Ketuk, Ketuklah pintu dukaku,
Tinggallah di kamar sewaanmu,
Buat ia tempat beradu,
Tinggallah selama mana kau mahu.

Tutup, Tutuplah pintu bisaku,
Ubatilah keracunan cintaku,
Rawatlah fobia kronikku,
Sembuhkan depresiku.

Maaf jika mengundang aku merupakan satu kesalahan,
Maaf jika banyak kesusahan yang aku timpakan,

Terima kasih, kerana menjadi simbolik kekuatanku setiap hari.

KelamWhere stories live. Discover now