Tenang.

24 1 0
                                    

Kau sentiasa hadir di setiap malamku,
Malam yang berteman sendu,
Malam gelap tak berpurnama,
Malam sunyi bagai cengkerik diset ke mod senyap.

Kau hadir, hadir membakar pelita hatiku,
Menerangi setiap pelosok dunia kelabuku,
Bau gasolin kuat bercampur haruman parfum,
Biar aku pening, asal aku selesa.

Kau rebahkan kepalaku ke atas ribaanmu,
Menepuk-nepuk sisi abdomenku sambil menggenggam telapak tangan bekuku,
Menenangkan rusuh hatiku yang haru-biru,
Hingga terpejam Ai'nunku menanti panggilan bang solat Fajr.

Cerpen nestapaku kini bertambah edisi,
Biar jelek membacanya, ia tetap menjadi sebuah fiksi,
Prosa yang aku tulis satu per satu aku susun,
Hingga menjadi satu titah buat rakyat negara monokromku.

Trimas, kerana pelukan kata-kata kau menyelamatkan aku sekali lagi.

Semoga kau kekal menjadi Amaterasu yang menjaga sinar mentari sanubariku hingga akhir usia aku dan engkau.

KelamUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum