Chapter 4 : Tour I

10.5K 288 33
                                    

Gavin menghela nafas lega apabila pintu bilik air tertutup rapat. Berada bersama Bella, memang menyesakkan dada. Bukan sesak sebab menyampah, tapi sebaliknya!

Tapi, memang tak boleh percaya langsung yang dirinya begitu mudah merasa teruja saat bersama gadis itu! Dalam bahasa mudahnya, dia ter - turned on!

Sumpah! Sepanjang hidupnya, tak semudah ini dia terasa... terasa... alah faham-fahamlah sendiri!

Walaupun ramai yang cuba menggodanya, tak kira pelbagai cara ; pakai baju seksi habis, cuba sentuh dia tapi well of course dia tak kasi, bagi lirikan yang dia tak faham and banyak lagi.

Dia secara jujur tak pernah ada flings atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. Ahem, dia virgin lagi okey. Bangga pula rasa. And~ yang paling special, bibirnya yang nipis ni, tak pernah lagi cium orang!

Nampak tak betapa sucinya dirinya, ahem walaupun dia kadang-kadang baca benda tak boleh blah lepas waktu kerja dan......... bayangkan wajah Bella.

Ah!!! Malu gileee!

💌💌💌

Bella menggaru pipinya yang tidak gatal apabila sudah hampir setengah jam Gavin di dalam bilik air.

Buat apa mamat ni lama-lama?

Dia mengeluh, sepanjang setengah jam itu banyak yang difikirnya. Tentang apa yang dikatakan oleh Lily, tentang surat Gavin, tentang stalker-nya and banyak lagilah!

Surat... hmm. Dia letak mana ah? Seingatnya, tak pula dia buang dalam tong sampah, cuma dia letak tempat yang memorinya sudah tak ingat.

Surat... Surat tu diberi oleh Minor. Rakan Gavin. Bukan, Junior Gavin masa sekolah menengah. Minor memang selalu dengan Gavin. Siap panggil hyung lagi!

Masa Minor kasi tu, dia tersengih-sengih. Tak pula macam orang nak mengugut. Atau, perlu ke dia straight tanya Gavin je? Senang. Tapi...

Well... No harm in trying.

And kalau dia salah, dia nak minta maaf secara betul. Kalau dia salah... maknanya, dia takutkan Gavin for nothing. Tapi bagaimana pula dengan apa yang dia nampak?

Hmm. Takde orang yang boleh jelaskan semua ini, kecuali Gavin. Lelaki itu sendiri.

Ah! Headache! Buat perkakas kamera pun tak sepening ini. Dia perlukan penjelasan jika tak nak kepala dia meletup. And jika tak nak dirinya dibelenggu sesuatu yang tidak pernah pun berlaku.

Bathrobe di hanger-nya ditarik dan terus dipakainya. Tak nak menyusahkan Gavin lagi. Mana tahu, lelaki itu masuk bilik air lagi sekali bila nampak dia seksi habis. Tak naklah macam tu. Macam berputar.

Jadi, dengan berat hati dia mengambil keputusan untuk mmenutup dirinya yang terdedah. Entah kenapa, di sudut hatinya dia ingin mempamerkan tubuhnya ke Gavin.

...

Penat menunggu Gavin, dia mengambil keputusan untuk turun ke dapur. Rumahnya dua tingkat.

Oh! Sekarang baru dia perasan, boleh je dia menyorok dalam bilik air semasa stalker itu masuk. Hmm. Mungkin kelenjarnya tidak berfungsi waktu itu.

Tok! tok!

"Gavin?" Memang dia nak turun ke dapur, tapi tak nak lah pula dia risaukan lelaki itu.

"Ye..Ye!" Kalut bunyinya.

"It's okay, take your time. Saya nak cakap yang saya nak ke dapur je." Ketawa halus terbit dari bibirnya bila terdengar suara kalut lelaki itu.

Mr Police Officer, I Love You! ✔ {Under Editing}Où les histoires vivent. Découvrez maintenant