Chapter 5 : Tour II

9.5K 269 23
                                    

"Dua pintu hitam ni bilik for guests. Saya pun tak tahu kenapa saya buat bilik untuk tetamu walaupun, takde orang yang datang. Kecuali Lily dan awak." Terang Bella apabila mereka sampai ke penghujung tingkat itu.

Gavin menyembunyikan sengihannya yang bahagia. Bahagia kerana takda lelaki lain yang pernah datang ke rumah Bella kecuali dia. DIA!

"Oo, siapa Lily?" Tanya Gavin. Bibirnya diketap supaya tidak ketara yang dia ingin tersengih lebar.

"Kawan saya. Awak tak ingat? Saya dan dia selalu lepak bersama kat sekolah."

"Ooh. Budak tu."

Bella menampar lengan Gavin secara perlahan. Dahinya dikerutkan.

"Budak tu sama umur dengan saya tau. Maknanya saya ni budak juga ke?" Bella mengembungkan pipinya. Apa? Dia dan kawannya tu immature sangat ke?

"Mm, tak. Kau bukan budak. Kau wanita dewasa. Aku pun lelaki dewasa."

"Habis ke-!"

Terkedu Bella apabila Gavin menghadiahkan pipinya dengan ciuman sesaat. Darah mula menyerbu mukanya yang putih bersih.

"Apa awak ni?" Niatnya ingin marah Gavin, tapi keluarnya suara perlahan.

"Saja. Aku nak tunjukkan yang kau bukan budak." Dalam Bella tidak sedar, Gavin menggigit bibirnya sendiri kerana lelaki itu sendiri tidak menyedari tindakannya.

"Yelah, yelah! Next!" Bella cuba berjalan melintasi Gavin. Tapi Gavin mencapai tangannya.

"Are you mad at me? Hmm?" Perlahan Gavin bertanya.

Bella memusing badannya. Satu hal saja yang berlingkar di kepalanya saat ini. Dan untuk menenangkan hatinya yang agak terbakar ini, dia ingin meluah apa yang difikirnya.

"Awak.. sentuh orang lain macam ni juga ke?"

Dahi Gavin berkerut. Tak menyangka soalan itu yang akan menjawab pertanyaannya.

"Tak. Aku takde masa nak sentuh orang lain atau cium orang lain." Straight Gavin menjawab.

"Ooh..." Panjang Ooh Bella apabila Gavin menjawab pertanyaannya dengan nada yang serius. Dia pun tak faham kenapa dia tanya soalan yang tak masuk akal. Makin merah mukanya. Malu kerana hanya dia sahaja yang Gavin sentuh.

"Umm, jomlah tingkat bawah." Bella menarik tangan Gavin yang masih berada di genggamannya. Tak mahu memalukan diri sendiri lagi. Memandangkan dia berjalan di hadapan Gavin, bibirnya mengukirkan senyuman. Puas dengan jawapan yang diberikan.

Tangga di tengah-tengah tingkat dua dituju. Gavin menyelaraskan kedudukan kaki mereka dan bersama mereka menuruni tangga. Arah sebelah kanan dulu yang mereka tuju.

"Living room." Pendek Bella berkata.

Di ruang tamu itu terdapat sebuah TV besar yang tersangkut elok di dinding. Tiga buah sofa yang mengelilingi meja kecil. Dan ruang yang agak luas di depan Tv, dilitupi dengan carpet. Jarak sofa dan Tv agak jauh.

"Mmm," Hanya itu yang keluar dari mulut Gavin. Menandakan dia ingin melihat tempat lain pula.

Mereka berjalan bertentangan arah ruang tamu menuju ke sebuah pintu yang bertentangan dengan pintu utama. Mini library.

"Kau dah baca semua buku ni ke?" Curious, Gavin bertanya sambil melilaukan mata. Kagum dengan koleksi buku yang banyak.

"Mmhm." Bangga dia sekejap.

"Tapi yang penting, there's another room from here." Bella mengangkat-ngangkat alis matanya yang terukir cantik. Satu senyuman nakal muncul.

Mr Police Officer, I Love You! ✔ {Under Editing}Where stories live. Discover now