Epilog

6.3K 114 4
                                    

Dua tahun kemudian..

" Ash.. hati-hati! ," tegur Ayreen.

" Sayang, kenapa marah-marah ni? Nak ke baby dalam perut tu ikut perangai umi dia ni? ," Amsyar menyapa Ayreen dari belakang.

Dia memusingkan tubuh Ayreen agar menghadap ke arahnya. Perut Ayreen diusap lembut. Mata Amsyar memerhati anak sulung mereka yang berusia satu tahun lebih itu.

" Ash, tak reti duduk diam ," adu Ayreen manja.

" Dia jatuh bukannya menangis pun, tak tahu ke Ash tu kuat macam babah dia ni? ," ujar Amsyar, cuba menenangkan kemarahan Ayreen.

Wanita itu tersenyum.

" Jom, kita ke depan ya? Kejap lagi ada ramai yang nak datang ," ajak Amsyar lembut.

Sebelum sempat Ash berlari, Amsyar mendukungnya terlebih dahulu. Haihlah baru nak membesar dah nakal macam ni, macam manalah dah besar karang.

" Assalamualaikum! ," terdengar suara seseorang melaungkan salam di luar rumah.

Ayreen mendekati pintu rumah mereka.

" Waalaikummusalam.. Liya? Kenapa datang tak bagitahu dulu? Akak tak masak apa lagi ," kata Ayreen teruja.

" Takpa, Reen. Budak ni tak sabar sangat nak jumpa Ash tu haa ," jawab Riz sambil menarik lengan Liya daripada berlari ke arah Ash yang berada dalam dukungan Amsyar.

" Kenapa tarik-tarik ni? ," marah Liya, bibirnya muncung ke depan.

Riz segera meleraikan pegangannya tadi. Kalau dia tak duduk atas kerusi roda tu boleh je dia nak kejar Liya supaya tak menerpa ke arah Ash.

" Masuklah bodoh. Tolak kerusi aku ni haa ," kata Riz kepada Aliff dan Hazri yang tercongok di hadapan pintu.

Kedua lelaki itu tersengih seperti kerang busuk.

" Abang, sayang buatkan air sekejap ya? ," kata Ayreen sebelum dia bergegas ke dapur.

" Abang bantu awak "

Amsyar membontoti isterinya ke dapur, Ash diserahkan kepada Liya.

" Eh kenapa tak duduk depan je? Saya boleh buat sendirilah ," ujar Ayreen lembut.

Amsyar mengenggam lembut kedua belah tangan isterinya. Mata bertentangan mata, dia mengucup dahi Ayreen penuh syahdu.

" Salah ke abang nak tolong isteri abang ni? Manalah tau esok lusa tak dapat nak buat macam ni lagi dah.. ," jawab Amsyar.

" Apa cakap macam tu? Tak nak kawanlah ," kata Ayreen seakan merajuk.

"Gurau jelaa. Hey, sweetie.. Janganlah macam ni. Hm, abang nak ucapkan terima kasih sebab sudi setia dengan abang sampai sekarang. Walaupun macam-macam dugaan yang datang tapi rasa sayang abang dekat awak sedikitpun tak berubah.. Abang sayangkan awak kerana Allah. Terima kasih kerana sudi terima baik buruk abang dan sudi lahirkan zuriat abang. Sayang, would you stay with me forever.. sampai akhir hayat abang? ," ucap Amsyar, sekali lagi dia memeluk isterinya langsung mengucup dahi wanita itu.

" I will, abang.. Everything is perfect. But only when I am with you. Sekarang kita bawa minuman ni ke depan. Nak bagi upah pun mana boleh sekarang, kan? ," jawab Ayreen.

SUASANA rumah menjadi riuh rendah dengan kehadiran Ash.

Tengku Lina, Ibu, Maklong dan Paklong telahpun selamat sampai di tanah suci Mekah beberapa hari yang lalu. Tasha macam biasalah tak mahu berenggang dengan ibunya dan lupa pula nak bagitahu.. Maklong dan Tasha telahpun meminta maaf atas semua kesalahan dan kekasarannya terhadap Ayreen pada masa lalu setelah Paklong menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku walaupun terselit kesalahan Amsyar dan Ayreen yang tersendirinya.

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now