Bab 26

2.9K 125 11
                                    

HARI PERNIKAHAN

Cepat sahaja masa berlalu, hari yang dinantikan sudah berkunjung tiba. Seperti yang diminta oleh pihak lelaki, mereka akan mengadakan sesi akad nikah di masjid .

Ayreen masih lagi berada di rumah bersama beberapa ahli saudara yang lain. Semuanya diuruskan oleh Makcik Sal .

" Semua dah siap ," ujar mak andam yang menghias wajah Ayreen.

Ayreen POV

Aku menilik wajahku di cermin. Tudung bawal kelabu yang tersarung elok di kepala disentuh beberapa kali.

Tak sangka hari yang aku cuba hindarkan telahpun tiba.

" Ya Allah! Cantiknya kak Reen!! ," jerit Zahra yang baru sahaja tiba.

Aku hanya tersenyum manis ke arahnya. Liya tidak kelihatan, baru tadi aku dengar dia bergaduh dengan seseorang.

Mungkin itu Iz.

" Reen? Dah siap ke? Kita nak bertolak dah ni, pengantin lelaki dah sampai sana ," makcik Sal pula muncul.

" Dah, ibu. "

" Ya Allah , permudahkanlah segalanya. Haraplah laki aku bukan orang tua yang tiada gigi takpun muka alien ," Ayreen menadah tangan berdoa kemudian makcik Sal menepuk lembut lengannya mendengar doa tersebut .

Mereka ketawa bersama seketika.

Sampai sahaja di masjid, semua tetamu yang dijemput telahpun tiba di sana. Pengantin lelaki membelakangiku, sukar untuk melihat wajahnya.

Aunty yang menyarungkan cincin pertunangan untukku dua minggu lalu menarik tanganku agar duduk di atas kusyen yang tersedia untuk pengantin perempuan.

" Semua dah ada? Boleh kita mulakan? ," soal Tok Kadi itu.

Dia membacakan beberapa perkara penting termasuk tanggungjawab ketika berumahtangga . Sesudah pihak lelaki menurunkan tandatangan, Tok kadi terus membacakan ayat yang harus dilafazkan oleh pengantin lelaki.

" Saya baca, kamu ulang semula. Faham? ," kata Tok kadi itu lalu menghulurkan tangan.

" Tengku Amsyar Iskandar bin Tengku Azfar Amirudin . Aku nikahkan dikau dengan Ayreen Imani binti Mansur dengan mas kahwinnya RM1200 dibayar tunai "

" Aku terima nikah Ayreen Imani binti Mansur dengan mas kahwin RM1200 dibayar tunai ," ucap Amsyar dengan yakin.

" Sah? "

" Sah "

" Sah "

" Alhamdulillah ," mereka memanjat syukur kepada Yang Esa atas kelancaran sesi akad nikah tersebut.

Selesai membaca doa, kini sesi pembatalan wuduk . Ayreen masih termenung dibelenggu dilemma. Dia masih memikirkan apa yang mengganggunya sejak kebelakangan ini termasuklah lamunan di mall ketika itu.

" Reen, salamlah suami kamu tu. Amboi malu-malu kucing pulak ," suara Makcik Sal tiba-tiba menyapa gegendangnya.

Dia terus menghulurkan tangan. Cincin bertatahkan berlian kini tersarung elok di jari manisnya. Dia menyalam tangan lelaki yang bergelar suaminya itu sebelum lelaki itu juga tunduk mencium dahinya.

Amsyar mengucup dahi isterinya penuh syahdu.

Seketika air mata mula mengalir di pipi Ayreen. Tak percaya dia sudahpun bergelar isteri orang.

" Angkatlah muka ," ujar Amsyar sebelum dia mengangkat dagu Ayreen agar memandangnya.

Serta merta Ayreen kaku apabila memandang wajah lelaki dihadapannya. Nak senyum ke nak marah?

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now