Bab 13

2.8K 99 3
                                    

( Story POV )

         Tasha membelek beberapa keping gambar yang diberi oleh rakannya minggu lepas. Bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum gambar itu dimasuk kembali ke dalam sampul berwarna coklat.

        " Huh, kau ingat selamanya aku akan biarkan kau bahagia? ," Tasha mengomel sendirian, tawa kecil dilepaskan.

Gadis itu menyimpan sampul tersebut ke dalam laci mejanya . Dia terus berlalu keluar meninggalkan bilik tidurnya .

~~~
7

September

Bersisa lebih tujuh minggu lagi , semua calon SPM akan menduduki peperiksaan terbesar sepanjang lima tahun bersekolah. Peperiksaan di mana ianya akan menentukan masa depan para pelajar yang mendudukinya.

Susah. Memang susah.

Tetapi itulah kenyataan pahit yang perlu diterima . Kehidupan merupakan satu pilihan . Berjaya atau gagal, semua terletak pada usaha para pelajar dan ketentuan yang ditentukan oleh Allah SWT .

Ayreen berjalan menuju ke arah perpustakaan khas sekolah. Pandai memang pandai , tapi kejayaan tak datang bergolek tanpa usaha .

         " Kad ahli ? ," pengawas perpustakaan yang bertugas itu bersuara .

Kad ahli dihulurkan .

          " Meja B6 "

Setiap pelajar yang masuk , meja mereka akan ditentukan oleh sistem sekolah kerana kedudukan mereka akan direkod .

Ayreen melabuhkan punggung , buku dibuka sebelum mencatit beberapa nota penting agar mudah diingati .

         " Hai sayang ," tegur Amin yang baru muncul.

         " Meja sama ke ? ," soal Ayreen lembut dengan senyuman manisnya.

Amin mengangguk benar.

         " Belajar je , saya tak ganggu.. Saya datang nak tengok muka sayang bucuk saya ni je ," Amin bertutur seraya menggosok lembut rambut Ayreen .

Jangan tanya aku pasal tudung lagi. Memang dari Bab 1 dia tak pakai tudung k.

          " Mengadalah awak ni ," gadis itu memukul lembut lengan teman lelakinya.

Amin memberi flying kiss setiap kali Ayreen memandangnya. Merah serupa tomato wajah gadis itu dibuatnya .

          " Awak, saya nak tanya boleh ? Tapi jangan marah tahu? ," Ayreen meminta izin.

          " Tanya banyak soalan pun takpa, sayang ," jawab Amin lembut.

          " Err- awak dengan Amsyar okay ke? Sejak kebelakangan ni saya tak nampak Amsyar.. Pelikkan? ," ujar Ayreen dengan nada penuh hairan.

Senyuman yang dari tadinya meniti di bibir Amin kian menghilang setelah mendengar soalan gadis itu.

        " Tak. Kenapa tanya? Sayang rindu Amsyar ke? Sampai hati pinggirkan saya dari hati awak ," kata Amin , wajahnya masam mencuka.

        " Mana ada, saya tanya je ," Ayreen kembali fokus dengan buku rujukannya.

Amin menghela nafas lega .

        " Sayang, nanti awak- "

( Telefon berdering ringkas )

        " What the fuck? Bodoh, liatnya nak mati! ,"

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now