( Ayreen POV )
Di rumah..
Aku mengeluh perlahan. Teringat kembali apa yang berlaku di sekolah tadi. Ya Allah, kesiannya Amin! Sumpah aku risau tentang keadaannya. Dengan darah yang berlumuran, macam mana kalau dia sakit?
( flashback.. )
Ayreen berjalan mencari kelibat Syed Al-Amin yang tidak kelihatan daripada tadi. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
Satu, sebab dia rasa macam dia jadikan Amin tu orang suruhannya.
Dua, dia tak bagi lagi duit untuk beli makanan tadi!
" ARGHHH..!! "
Jeritan itu membuatkan Ayreen tersentak. Dengan segera dia mengikuti arah di mana datangnya suara tersebut.
Belakang koperasi?
" Kau tak puas hati lagi ke? Dengan apa yang kau buat selama ni? "
Langkah Ayreen terhenti. Dia kenal suara tu!
( Amsyar POV )
Aku hanya memandang ke arah seorang lelaki yang sedang dibelasa oleh Riz dan Danish. Ya, korang tahu siapa dia.
Syed Al-Amin.
" Kau tak puas hati lagi ke? Dengan apa yang kau buat selama ni dekat aku? ," soal Amin. Kedengaran dia mengerang kesakitan sesekali.
Aku tersenyum sinis mendengar pertanyaannya.
" Kau tanya aku? Eh jap, kau tanya aku ke? ," kataku sambil mengangkatkan tangan kanan agar Riz dan Danish menghentikan perbuatan mereka.
YOU ARE READING
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...