Bab 14

2.7K 103 6
                                    

" Kau ingat selama ni aku ikhlas kawan dengan kau? "

" Kesiannya, nama dah cantik tapi kurang kasih sayang "

" Bapak kau tu pernah kahwin dengan janda anak dua! "

" Bapak kau jual abang aku semata-mata demi bisnes! "

" Amin, tolong saya! "

PAKKK!

Satu tamparan membawa 1001 makna.

" Pilih kawan berpada-pada. Pilih kawan yang salah membawa kesan buruk dengan diri sendiri "

Mata terasa berat untuk dibuka. Memori lama mula berputar di dalam minda. Semua anggota badan cuba digerakkan tetapi.. gagal. Hanya jari sahaja dapat bermain peranannya.

Jari jemari mula bergerak.

" Doktor!! Nurse!! "

Suara seseorang terlebih dahulu menyapa pendengaranku. Sekali lagi, aku cuba membuka mata perlahan. Berat, sumpah ianya buat kepalaku rasa pening yang teramat.

" Periksa nadi dia ," suara seseorang seperti sedang mengarah untuk memerika nadiku.

Tanganku terasa seperti digenggam. Akhirnya mataku dapat dibuka sedikit. Tidak sepenuhnya tetapi aku sudah mula dapat melihat dunia kembali.

Cahaya putih terpancar. Silau!

" Alhamdulillah, dia stabil. Buat masa ni, jangan tekankan dia untuk ingat apa-apa. Biar dia rehat, kalau ada apa-apa boleh tekan butang ni. "

Aku hanya mendengar sahaja perbualan di antara manusia yang ada dihadapanku tika ini.

" Amsyar? Kau dah sedar? ," seseorang menyapaku.

Aku cuba bangun dari pembaringan. Lelaki itu membantu pergerakanku. Dah berapa lama agaknya aku terbaring di sini? Penat.

" Kau siapa? ," soalku dingin kepada lelaki itu.

Dia tersenyum nipis.

" Aku dah agak kau akan lupa aku. Aku Riz, selama kau terlantar dekat sini.. aku jaga kau ," kata lelaki yang bernama Riz .

Aku terdiam.

" Kau ingat selama ni aku ikhlas kawan dengan kau? "

Aku memandang Riz dari bawah sehingga wajahnya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Riz.

" Maybe ingatan kau terimbas beberapa peristiwa, asal kau tahu yang aku ni bukan Danish yang jahanam tu ," jawab Riz seolah dapat membaca pemikiranku.

Aku mengangguk kecil.

" Aku bersyukur sangat, kau akhirnya sembuh ," ujar Riz , nadanya ceria.

( Riz POV )

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now