Bab 6

3.8K 117 6
                                    

Ayreen terdiam sahaja sejak terdengar kata-kata Amsyar tadi. Dia tidak mampu mencerna apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

        " Wey, sumpah aku takleh brain ah! ," Ayreen mengetuk-ngetuk dagunya.

A/n : Ayreen memang seorang diri k. Dia takda kawan macam yang korang fikirkan. Aku memang buat watak dia macam tu.

(Amsyar POV)

Aku terus berjalan menuju ke arah parkir kereta pelajar. Pengawal keselamatan cuba menghalang tetapi aku lebih pantas darinya. Pintu kereta dikunci.

Kafé La Vidá.

Di sinilah tempat aku menenangkan diri. Harum bauan kopi itu sungguh menenangkan jiwa yang kacau.

      " Kenapa aku tak dapat bagitahu pasal tu dekat dia? Apa perasaan ni sebenarnya? ," soalku sendiri.

Suka? Sayang? Allahu, apa menda ni?

         " Bila aku dekat dengan kau, automatically kau.. Ayreen, kau buat aku selesa dengan kau. Kenapa mesti Amin muncul dalam hidup aku? ," monolog hatiku.

Aku takde niat langsung nak malukan dia, tapi bila aku buat macam tu.. Yea, aku gembira. Terkadang, aku rasa bersalah jugak. ERGHH!!

( BACK TO AYREEN POV )

Sesekali aku cuba lalu di hadapan kelas Amsyar tetapi kelibatnya tidak kelihatan setelah dia keluar dari dewan tadi.

Mana kau?

          " Kau cari Am? ," seorang lelaki menegurku.

Aku memandang wajah lelaki itu. Hm, familiar..

         " Taklah, aku lalu je depan ni ," jawabku, cuba menyembunyikan kenyataan.

Lelaki itu tersenyum nipis.

         " Aku rasa tak payah kot kau cari dia, bukan ke kau dah janji dengan diri kau? Kau takkan cari dia, kau takkan peduli pasal dia lagi kan? ," kata lelaki itu mendatar.

Aku terkaku.

Macam mana dia ni boleh tahu?

          " Aku tahu sebab aku memang tahu. Dah, jangan tanya ," lelaki itu terus pergi.

Hm, ye tak ye jugak. Ayreen, kau dah tak payah cari hal dengan mamat tu lagi. Tolonglah!

Kaki dibawa menuju ke kelas. Tipu cakap kalau kau tak pernah rasa benda yang aku rasa ni.

          " Perlu ke aku maafkan dia? ," aku menyoal diriku seraya menarik kerusi untuk duduk.

           " Maafkan jelah "

           " Tak.. takk! "

           " Aku rasa dia suka aku "

Eish apa benda aku merepek ni? Pemikiran ku bercelaru sama ada maafkan ataupun pedulikan sahaja kata maaf lelaki itu.

       " Aku harap kau maafkan aku. Aku memang selesa hidup dalam kebencian, tanpa kasih sayang orang tua aku.. tapi aku tak sanggup hidup tanpa maaf dari kau. ," ayat terakhir Amsyar terngiang di pendengaranku.

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now