Bab 41

3K 92 3
                                    

               Amsyar bergegas menuju ke hospital setelah menerima panggilan daripada Liya. Hampir luluh jantungnya apabila mendengar khabar yang disampaikan oleh gadis yang merangkap adik angkatnya itu.

Flashback..

Zahra mengajak Liya untuk melawat ibu saudara Zahra yang dimasukkan ke dalam wad petang semalam. Dengar khabar, beliau terkena sawan mengejut sehinggakan anak lelaki beliau membawanya ke hospital.

         " Kau masuk dulu ar, aku nak ke tandas jap ea ," kata Liya sebelum dia melangkah ke arah laluan tandas.

Zahra mengangguk sahaja.

Liya menunaikan hajatnya kemudian keluar dari tandas tersebut. Niatnya mahu terus berjumpa dengan Zahra tetapi lain pula yang jadinya apabila dia ternampak kelibat Danish. Lelaki itu menaiki lif menuju ke bilik VIP.

Danish sempat menoleh kiri dan kanannya sebelum dia masuk ke dalam.

Entah apa yang dibuatnya, tetapi dia hanya mengambil masa lebih kurang lima minit sahaja berada di dalam wad tersebut. Jururawat akan menunduk hormat kepadanya seolah tahu dia itu berpangkat di negara lain.

Saat lelaki itu keluar dari bilik VIP, Liya segera bersembunyi di sebalik dinding berbekalkan beg sandangnya menutupi wajah.

            " Apa pulak lelaki tu buat dekat sini? ," Liya menggumam perlahan.

Melihat pemergian Danish, dia terus masuk ke dalam bilik tersebut. Ada dua orang jururawat yang menjaga kaunter bersebelahan dengan pintu masuk bilik itu. Yang peliknya, kenapa jururawat yang bertugas masa tu tak tanya dan tak pelik dengan kehadiran Liya?

Ah, tak penting.

Yang penting, Liya masuk dan memastikan apa yang tak kena ketika ini.

Stay With Me? ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora