Bab 16

2.6K 98 0
                                    

4 Oktober

Sekolah..

Amsyar POV

            Aku mengambil tempat di port biasa kami menghabiskan masa . Hazri, Riz dan yang lain entah menghilang ke mana selepas waktu rehat tadi .

Wajah gadis yang bernama Ayreen itu sejak kebelakangan ni sering mengganggu fikiranku .

         " Amsyar "

Aku terus menoleh ke arah suara itu .

          " Saya tak habis cakap lagi dengan awak semalam .. "

          " Apa lagi? ," aku bersuara , haih malasnya nak layan dia ni. Tangan di bahu mata ke atas.

Tak pandai serik?

Gadis itu mengambil tempat di sebelah ku . Dia memandang diari berwarna hitam yang ada di tanganku tika itu . Dengan segera aku berpura-pura ingin bangun dari kedudukan .

        " Ehh, duduk je . Saya tak kacau pun, cuma nak borak sikit ," dia menegah, tangannya sempat menahan lenganku.

Dah agak dah..

         " Macam mana kau tahu aku ada dekat sini? ," aku menyoal tanpa memandang wajahnya.

Ya , memang dia cantik..

           " Hazri hehe..  Hm, saya pulak tanya awak . Kenapa awak tak ingat saya siapa? ," dia mengerutkan dahi kemudian pipinya dikembungkan.

            " Entah, kemalangan kot ," jawabku ringkas.

Dia terangguk-angguk.

            " Amnesia "

Aku hanya diam membisu.

             " Sungguh ke awak tak kenal saya? Haish awak ni . Awak pernah bawa saya pergi satu tempat ni, sebelum awak menghilang tu . Takkan awak tak ingat? Ni rantai ni awak yang bagi . Teddy dekat rumah tu awak yang bagi . Phone dekat rumah tu awak yang bagi ," bebel Ayreen panjang lebar .

Aku yang mendengar bebelan gadis itu hanya mampu menyembunyikan senyum .

flashback..

Amsyar dipimpin oleh Hazri dan Aliff menuju ke arah port biasa .

           " Dahlah tu , aku berlakon je . Aku tak ingat siapa perempuan tu , sebab tu aku berlakon hahaha ," ujar Amsyar lalu berdiri seperti biasa .

Hazri menjeling tajam .

             " Bazir tenaga aku je , bodoh ," marah Aliff.

Riz ketawa kecil .

          " Siapa budak tu? ," soal Amsyar kepada Riz.

          " Budak lawa yang kau pernah suka. Dia tu awek Amin ," jawab Riz elok saja .

Stay With Me? ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum