Bab 39

2.6K 98 1
                                    

             " ARGHHHHH!! ," terdengar jeritan Ayreen daripada bilik tidur mereka.

Amsyar bergegas pulang setelah dimaklumkan bahawa Ayreen perlu dibawa berjumpa dengan pakar perubatan Islam. Dia juga tidak tahu apa yang dilihat mamanya sehingga beliau mengarahkannya untuk bawa Ayreen buat rawatan.

Tepat pukul 7 pagi, aku memandu kenderaan ke sebuah tempat khas untuk perubatan Islam. Aku menahan rasa simpati terhadap Ayreen, tangannya diikat menggunakan kain. Begitu juga dengan kakinya.

Kalau dibuka, sudah tentu dia akan cuba melawan dan berkemungkinan kita sendiri akan kemalangan.

            " Kita dah sampai, ma ," ujar Amsyar kepada Tengku Lina.

            " Ma, Am rasa mama tunggu luar bilik rawatan lah ya? Am takut pula benda ni berpindah ," pinta Amsyar, dia serba salah mengatakannya.

Tapi kalau tidak dielak, sudah tentu benda tersebut akan cuba masuk dalam tubuh ibunya. Tambahan lagi, sama wanita dan semangatnya lemah. Kita semua tahu orang yang bersemangat lemah ni mudahhh.. sangat diorang tu nak masuk.

             " Haa yelah, Am. Nanti mama jumpa pakar tu dulu, jelaskan apa yang patut baru mama keluar okey? "

Amsyar mengangguk. Dia terus keluar dari kereta menuju ke bahagian penumpang di hadapan. Tubuh Ayreen dicempungnya sebelum bergegas masuk ke dalam bangunan tadi.

Pusat Pakar Perawatan Islam, Malaysia.

Kedatangan mereka disambut oleh seorang lelaki yang agak berusia, dia mengenakan jubah dan kopiah putih. Lelaki itu menjemput mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang agak luas dan kemas.

Amsyar sempat memperkenalkan dirinya dan juga ibunya. Lelaki tua itu katanya mesra dipanggil 'Haji Ismail'.

Bilik tersebut penuh dengan ayat- ayat suci yang tergantung rapi di dinding. Al-quran disusun elok. Tidak dilupakan juga dengan satu rak yang disedia khas untuk beberapa botol air. Kemungkinan air yasin.

            " Boleh saya tahu apa kena dengan adik kamu ni? ," soal Haji Ismail kepada Amsyar.

Amsyar hampir ketawa tetapi dia tahankan sahaja. Takkan nak ketawa masa orang tengah serius? Naya kang.

              " Ni isteri saya, cik "

              " Lahh yeke? Haa, boleh kamu terangkan apa yang tak kena dengan isteri kamu ni? ," soal Haji Ismail lagi.

               " Dah berapa hari ni dia demam, mual, loya semua tu buat kami semua risau. Kadang-kadang perangai dia lain macam, lebih suka menyanyi masa maghrib dan yang lebih ketaralah dia tak suka dengar azan. Bila azan berkumandang, dia akan meracau dan menjerit tak tentu arah ," jelas Amsyar teliti.

Haji Ismail terangguk-angguk memahami apa yang dijelaskan oleh Amsyar.

         " Pagi tadi, sekitar pukul 3 macam tu.. Mama solat dekat bilik kamu, selama ni mama buat solat awal pagi macam tu dekat bilik mama je. Tapi masa kamu takde tu, mama rasa lebih baik buat dekat bilik tu. Habis je mama solat, mama baca Quran. Baru je beberapa baris, tiba-tiba..

Terdengar bunyi orang mengerang, daripada perlahan menjadi semakin kuat dan kuat. Sebelum tu, ada bunyi seperti seseorang sesak nafas. Mama terus bangun, bila mama berdiri tu boleh nampak Am.. ," kata Tengku Lina .

          " Nampak apa, puan? ," soal Haji Ismail pula.

          " Lembaga hitam, benda tu tengah tarik-tarik satu persatu rambut Ayreen. Dia tarik lepastu dia makan. Tarik, makan. Bila mama berdiri tu, mata dia yang terbeliak terus memandang ke arah mama. Mama buat macam tak nampak benda tu, mama terus bangunkan Ayreen. Sejak tu, Ayreen mula meracau tak tentu arah ," cerita Tengku Lina bersungguh.

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now