Bab 34

3K 103 1
                                    

Kes kematian Darwish terlepas daripada siasatan lanjut pihak polis. Zaman semakin canggih, otak manusia juga semakin uptodate. Kalau ada duit, semuanya boleh selesai dalam sekelip mata.

Umpama orang yang mengantuk, disorongkan bantal.

Polis tak polis mahupun pihak berkuasa sesetengahnya akan tunduk apabila diupah dengan wang yang banyak. Manusia tidak pernah lari dari kesalahan.

Serpihan mayat Darwish ditanam begitu sahaja oleh orang upahan Amsyar. Hatinya diruntun rasa sedih apabila teringat kenangan manis mereka bersama, tetapi apakan daya?

Kalau sekarang bukan masa untuk dia pergi, mungkin dimasa akan datang orang lain pula menjadi mangsanya. Kita tidak pernah menjangka.

          AMSYAR menggenggam tangan isterinya. Dia bersyukur kerana pembedahan berjalan dengan lancar. Sudah hampir dua hari, isterinya masih tidak menyedarkan diri.

Masih terlantar di atas katil.

Dia hanya mampu berdoa untuk kesembuhan Ayreen.

           " Sayang, abang tahu sayang dapat dengarkan abang. Maafkan abang kerana datang lebih lambat sampai sayang jadi mangsa keadaan macam ni. Andaikan abang tahu lebih awal, semua ni takkan terjadi. Sayang, abang nak sayang tahu yang abang sayangkan sayang sampai akhir hayat abang ," ujar Amsyar sayu.

Air matanya mula mengalir. Ish, Am ni asyik nangis je. Muka brutal tapi hati ada taman hm . eh

          " Rasa sayang terhadap awak tak pernah berubah. Tolonglah bangun, sedarkan diri awak sayang. Demi cinta kita.. Abang rindukan sayang "

Teet.. teett.. teett..

Seakan boleh mendengar, kadar denyutan nadinya berubah dari normal menjadi pantas. Jarinya cuba digerakkan. Perlahan-lahan dia membuka matanya, sebelum Amsyar menjerit memanggil doktor.

Butang merah di sisi katil ditekannya.

Seorang doktor ditemani dua orang jururawat segera memeriksa keadaan Ayreen.

          " Alhamdulillah, dia stabil. Sekarang ni jangan biarkan dia bercakap dan bergerak terlampau banyak ," pesan doktor, dia menepuk bahu Amsyar beberapa kali.

Lelaki itu menadah tangan mengucap syukur kepadaNya.

          " Sayang! Alhamdulillah, sayang dah sedar.. Maafkan abang, sayang ," ujar Amsyar seraya dia mencapai tangan halus isterinya.

Dicium bertalu-talu tangan tersebut.

            " Abang, Reen ingatkan- "

            " No, sayang.. Jangan cakap dulu. Nanti dah okay sikit baru sayang boleh cakap ye? ," Amsyar segera menghentikan percakapan isterinya.

Bibir pucat gadis itu tampak pecah, mungkin kesan pukulan tempoh hari.

             " Tapi.. "

Cuppp

Amsyar mencium sekilas bibir isterinya.

             " Abang cakap tak boleh tu memang tak boleh ye "

♧♧♧

Riz tersenyum penuh makna. Gadis yang tekun membaca buku itu disasarnya sebelum dia terjengket lagak pencuri mendekati gadis itu.

         " Eh, Iz. Bila sampai ni? ," Ibu datang dari dapur terus menyapa Riz.

Lelaki itu berdecit kecil. Gagal pula rancangannya.

Stay With Me? ✔Where stories live. Discover now