Bab 20

3.2K 98 4
                                    

Dua bulan kemudian..

Ayreen POV

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, aku seolah baru semalam ambil result PT3. Siapa sangka sekarang ni dah tiba masanya untuk aku ambil result SPM?

Umi.. Walid.. Reen gementar nak tengok result kejap lagi.

Aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Sepanjang cuti tunggu result ni , aku hanya mampu kerja dekat kedai runcit dekat dengan rumah Maklong tu je .

Amin langsung tak khabarkan aku apa-apa. Adalah jugak dia reply mesej aku tapi sepatah macam tu je . Tipu cakap aku tak kecil hati dengan layanan dia. Pernah haritu aku nampak Amin dengan budak-budak Riz lepak dekat kawasan taman hujung lorong Taman Ria tu.

Entah kenapa banyak tempat situ jugak dorang pilih.

         " Huh, goodluck . Aku takut pulak kau sedih lepas ni hahaha ," ujar Tasha sinis .

Bahu Ayreen dilanggar kasar .

Gais, korang nak tahu? Tasha sejak kebelakangan ni asyik tersenyum je menghadap phone . Aku tak berani lagi nak bukak phone pemberian Amsyar tu , dah berapa bulan bawah katil aku lupa hahaha. Balik pada Tasha, dia tersenyum lepastu asyik bergayut je tahu setiap malam.

Bingit telinga aku dengar dia ketawa.

Kalaulah Amin boleh call aku setiap malam macam tu.. Okay, dah enough k.

           Sekian lama menunggu , akhirnya selesai juga urusanku di sekolah ini . Smk Permata Desa, aku takkan rindu kau . Siapa sangka result aku cemerlang siott , okaylah asalkan SEJARAH dan bahasa melayu aku lulus hahaha. Alhamdulillah!

Umii! Reen pandai laa ehek.

Kaki terus melangkah keluar dari dewan sekolah menuju ke arah kantin .

Lapar tho, aku tak makan lagi .

Baru beberapa langkah maju, aku terlihat seseorang yang amat aku kenali . Dia sedang tertawa riang , berbual mesra dengan seorang gadis . Inikah balasan aku? Selepas aku tunggu dia , inikah yang aku dapat?

Aku segera mendekati mereka.

        " Awak buat apa ni? ," soalku perlahan , menahan getaran suara.

Amin tersentak , begitu juga dengan Tasha. Ya, itu Amin dan Tasha. Tidak asing lagi, aku tak salah tengok . Memang kenyataannya begitu.

          " Well.. well.. well.. Kita tengok siapa ada dekat sini ," kata Tasha sinis , dia menyilang kedua tangannya .

           " Ayreen , tak ni bukan macam yang.. "

           " Aku dah cakapkan? Aku akan buat apa je nak dapat Amin balik hahaha, tengoklah siapa yang sedih sekarang ni .. Oloo , kesiannya dia ," Tasha memintas percakapan Amin .

Lelaki itu hanya mampu terdiam sahaja. Kenapa dia boleh senyap macam ni, mula-mula dulu dia juga yang aku lihat gagah tak mudah kalah dengan seorang perempuan . Terutama gadis seperti Tasha.

           " Kau ingat selama ni , dia ikhlas dengan kau? Tolonglah, cermin sikit muka kau tu . Dasar anak yatim piatu," Tasha. Sepupu dia sendiri menghinanya sebegitu.

Pakk!

            " Amin , apa semua ni? Ni ke yang saya dapat lepas saya tunggu awak lama? Kenapa awak tak jujur je dengan saya, kenapa perlu sakitkan hati saya? "

Stay With Me? ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz