Bab 30

3.4K 98 5
                                    

            [ MEDIA : TENGKU AMSYAR ISKANDAR ]

Ayreen POV

        AKU terbangun dari lena saat pancaran matahari menyapa wajahku. Tangan meraba-raba di sebelah tetapi . Kosong.

          " Abang? ," aku terus duduk memerhati sekeliling bilik.

Tiada sesiapa. Kosong.

           " Mana abang ni? "

           " Abang! "

Aku segera turun ke tingkat bawah . Oh ya pasti korang tertanya mana perginya Ibu kan? Dia balik rumah sendiri sebab Liya nak periksa tahun ni.

Semua bilik dan kawasan rumah aku mencari suamiku. Sehinggalah aku kembali semula ke bilik tidur kami.

Masuk sahaja pintu bilik, aku baru terpandang sebuah beg kertas serta sepucuk surat terletaknya di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

Aku menghampiri barang tersebut.

         " Tudung? ," saat membuka beg itu, isinya ternyata adalah beberapa tudung shawl serta bawal .

Siapa bagi?

Suratnya segera aku baca. Serta merta beg kertas serta surat tersebut jatuh ke lantai . Ya Allah, kenapa? Tak satu satu pula yang tinggalkan aku?

Aku terus memeriksa almari pakaian. Tiada baju lain selain milikku yang tergantung rapi di dalamnya.

Amsyar?

Apa semua yang aku buat selama ni terlalu kasar? Dia buat semua ni sebab dia tulus sayangkan aku.. Kenapa aku boleh tak sedar?

        " Abang, maafkan Reen.. Selama ni Reen cuba menafikan semua perasaan Reen terhadap abang. Jangan tinggalkan Reen ," tanpa disedari air mata jatuh berlinangan di pipi.

            Amsyar duduk di bangku yang tersedia. Tinggal beberapa minit sahaja lagi, dia akan menaiki pesawat untuk menuju ke Dubai. Mungkin hanya seketika sahaja dan mungkin untuk selamanya.

Dia menatap wajah isterinya yang terpapar di skrin telefon.

Flashback..

Amsyar POV

Seusai mencuci pinggan, aku terus masuk ke bilik bacaan. Tempat penyembunyian hadiah yang aku sempat beli untuk Ayreen beberapa hari lepas. Sumpah, aku tak dapat menahan diri daripada terus membisu dengannya.

Pada awalnya niat hanya mahu menghadiahkan barangan tersebut sebagai tanda minta maaf tetapi ya, mungkin sekarang barangan ini akan dijadikan sebagai tanda pemergian serta minta maaf .

Aku duduk di meja komputer. Dengan menggunakan sehelai kertas dan pensil, aku mula menulis segala yang terbuku di dalam hati.

Assalamualaikum sayang,

Kalau sayang jumpa surat ni, mungkin abang dah jauh daripada sayang. Memang cara abang ni tak gentlemen macam orang lain, macam Amin tu tapi ni je cara abang untuk tenangkan hati dan pemikiran abang. Maafkan abang kalau terpaksa ambil keputusan macam ni. Abang tinggalkan sayang sebab abang rasa abang tak layak jadi suami Reen. Mungkin dengan pemergian ni dapat buat Reen happy. Tetapi maaflah sebab abang tak sanggup lagi nak lepaskan sayang .Satu je permintaan abang, jangan pernah minta dilepaskan. Wait for me . I really love you, Ayreen Imani.

Your Hubby






I will leave my heart at the door

Stay With Me? ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें