" Wei korang, dengar tak? "
Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian pada pengumuman itu . Cikgu Radi bagi pengumuman ni selalunya penting .
" Saya tahu kamu semua dah merdeka kononnya . Jadi, dua hari lagi, pihak sekolah dah bersetuju nak adakan perjumpaan terakhir buat pelajar tingkatan lima memandangkan kamu semua tak nak adakan jamuan akhir tahun ," kata Cikgu Radi .
Wajah Aliff sudah bersinar penuh makna .
" Kau okay ke, Am? Pergi? ," soal Riz perlahan .
Amsyar menaikkan kening kemudian mengangguk kepalanya .
~~~
Amsyar POV
Aku mematikan enjin kereta sebelum keluar mengambil satu port untuk duduk . Teringat semula dengan perbualan di antara Tengku Azfar yang mengakui dia adalah papa kandung aku .
Aku anak orang kaya ke ? Ni kereta aku?
Flashback..
Aku melangkah masuk ke dalam rumah baharunya . Taklah baru sangat , yang pastinya Riz cakap..
" Kau beli rumah ni sebab kau tak nak Tengku Lina dan suami dia tu ganggu kau . Kebetulan , perempuan yang kau suka tu tinggal area sini je "
Aku tinggal seorang diri oleh disebabkan Riz ada rumah sendiri . Telefon dikeluarkan dari kocek seluar .
Knockk..knockk..knock..
Pintu utama rumah diketuk beberapa kali . Takkan Riz datang jam ni? Aku terus membuka pintu rumah . Terpacul wajah seorang lelaki dan wanita yang agak berusia .
" Encik siapa? Nak cari siapa? ," soalku sopan .
" Am tak kenal papa? ," lelaki itu bersuara .
Aku menggaru kepala yang tidak gatal .
" Am, mama tahu kamu marahkan mama dan papa sebab asyik sibuk dengan kerja . Tapi janganlah buang kami macam ni, sayang ," kata wanita itu .
YOU ARE READING
Stay With Me? ✔
RomancePREVIOUSLY KNOWN as SUAMIKU ROMANTIK Status: COMPLETE ✔ Salahkah anak yatim piatu untuk dicintai? dikasihi seperti orang lain? Ayreen Imani, seorang anak yatim piatu yang hanya menumpang kasih dengan mak saudaranya sahaja selepas kematian neneknya...