55

363 65 57
                                    

nah nah nah aku kasi triple update sebab ff ni dah berhabuk berdebu pe semua HAHAHHAHAHAH
_____________________________

Selesai sahaja mesyuarat, Jimin merebahkan badan ke atas katil dengan wajah kepenatan. Nafas dihembus berat. Dalam posisi meniarap, iPhone di dalam poket seluar dikeluarkan dan di-onn-kan.

Penat betul dia sekarang ni. Ingatkan sampai je Berlin jam tujuh pagi tadi boleh la dia nak rehat kejap ke apa. Ini tak, keluar je dari airport tu terus orang ambik dan bawa dia pergi tempat meeting.

Lenguh dekat punggung pun tak hilang lagi. Walaupun dia booked seat mahal sekalipun, katil dalam rumah tetap menjadi pilihan. Lagi-lagi bila ada bantal peluk dekat sebelah.

Kalau boleh, lusa pun tak nak bangun. Kalau boleh la, sebab selalunya tak boleh. Nak peluk lama sikit pun dah dapat cubitan ketam.

Haih, rindu pulak dekat bantal peluk dia tu.

3 missed videocall from awek ♥
4 messages from awek ♥

Bibirnya tersungging sengihan kecil. Chat yang dihantar oleh isterinya itu ditekan dan dibaca.

< dah smpai ke tuu
< hellooo
< [image]
< saya makan nugget!!!
: 0832

Jarinya menari-nari pada keyboard iPhone sebelum ayatnya yang ditaip tadi dibaca semula.

smpai dah... nak nugget jugak,
nugget dekat sini tak sewdaaaap 😫

Okay dah ni, kan? Ke nak tambah apa-apa lagi? Nak bagi ayat berbunga pun, dia bukannya mat bunga yang berkepit je dengan payung pink 24 jam sehari.

Ikon biru kecil di hujung keyboard ditekan. Tapi belum sempat ditekan, skrin phonenya terlebih dahulu menjadi gelap.

Habis bateri. Wah, bagusnya.

Lelaki itu berdecit kuat sebelum bangun daripada katil dengan langkah yang teramatlah malas. Kot putih yang dilempar entah ke mana tadi dicari semula. Bingo! Powerbank yang terselit di dalam poket kotnya itu diambil.

Tok! Tok! Tok!

Jimin berdecit kuat sekali lagi. Phone yang telah disambung dengan cable powerbank dilempar ke atas katil. Kakinya diatur ke pintu bilik.

Baru je dia nak baring kejap, ada dah yang datang ketuk pintu. Nak duduk dengan tenang dan senang pun tak boleh.

Dahla tengah rindu awek dekat rumah tu. Ohoi.

"Chim! Less laparlah! Tahu tak, dari pukul tujuh tadi lagi Less tunggu Chim habis meeting. Sekarang ni masuk lunch dah. Less lapar ni, faham tak?" Bebel Alessia dengan bibir yang menjuih.

Jimin menguap besar. Alessia yang sedikit tinggi berbanding dirinya ditatap malas. "So?"

"So?! So jom la pergi makan!" Kakinya dihentakkan ke atas lantai seraya lengan Jimin dipaut manja. Hampir sahaja lelaki itu jatuh menyembah lantai tapi sempat ditahan dengan pintu bilik.

"Kau ni pun, pergi je la sorang-sorang. Bukannya ada hantu ke apa dekat sini. Kalau nak sangat perhatian dan duit, kau pergi mengurat mana-mana lelaki dekat sini and suruh dia belanja makan. Aku dah makan and aku still kenyang. Faham?"

"Let's have a lunch together, or else... You know what I mean, honey." Alessia tersenyum sinis. Jari telunjuknya dimainkan pada dada bidang lelaki itu yang masih tersarung dengan sehelai kemeja hitam.

Jimin mengetap bibir. Jari gadis itu yang berada pada dadanya ditolak ke bawah. Pintu bilik ditutup kasar. Tanpa mengambil iPhone yang dicas di atas katil, dia berjalan laju meninggalkan Alessia di belakang.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now