50

487 99 56
                                    

ohaiii lamanya tak jumpa jsjsjs.

act tak open promote pun,
cuma pegi la visit account dia; kimhacel

__________________

Haerin menggumam kecil sambil tangannya lincah memasukkan ketulan nugget ayam yang belum masak ke dalam kuali panas. Setelah itu, dia bergerak pula mengisi hot chocolate ke dalam cawan.

Tanpa sedar, Jimin sedang memerhatikan dirinya dari arah belakang. Dan dia yang belum sedar, masih khayal dalam imaginasi sendiri walaupun hot chocolate tadi kian memenuhi cawan.

Bibirnya automatik tersengih mengingatkan ketika Jimin membawa lari bra miliknya ke sekeliling rumah. Sumpah malu!

"Buat kerja tu jangan duk berangan sangat, boleh tak? Lepas tu mulalah air tumpah la apa la." Datar suara Jimin menegur tanpa memandang langsung ke arahnya.

"Eh, awalnya bangun. Saya tak siap lagi goreng-goreng ni." Senyum Haerin sebelum teko diletak semula ke atas dulang. Secawan coklat panas ditolak ke arah Jimin.

Wanita muda itu berjalan ke arah kuali lantas ketulan nugget ayam tadi dibalikkan pula ke belakang.

Ketika dia berpaling semula ke belakang, figura suaminya yang hanya memandang kosong ke arah cawan direnung pelik. Okay tak pelik pun kalau Jimin tak minum, sebab coklat panas tu masih lagi panas.

"Ni dah mandi ke belum? Ke tak gosok gigi pun lagi hm?" Pipi Jimin ditekan dan dicubit perlahan diiringi dengan tawa kecilnya.

Suaminya hanya menayangkan wajah kaku sebelum tangannya di pipi lelaki itu ditepis kasar. Gelak tawa Haerin serta merta terhenti.

"Kalau aku tak mandi sekalipun, apa masalahnya dengan kau? Aku gosok gigi ke tak ke, susahkan kau ke? Tak kan?" Jimin menjelingnya yang masih terpinga-pinga di sudut dapur.

Lelaki itu menyerabaikan rambut lantas punggungnya dihempas kasar ke atas kerusi. Haerin tergamam. Setapak demi setapak dia berundur ke belakang menjauhi suaminya.

"Nugget je? Rumah kemain mewah, tapi breakfast makan nugget je ke? Seriuslah? Wife jenis apa macam ni hidang suami dia makan nugget je?" Satu suara timbul dari arah belakang.

Haerin yang sedang mengangkat nugget ke atas pinggan kecil itu tersentak. Tanpa memusingkan tubuh, dia berpaling ke belakang dengan perasaan yang bercampur.

Alessia berpeluk tubuh sambil memandangnya atas bawah. Pandangan menghina, sama seperti kali pertama mereka bertemu di rumah Halmeoni dulu.

Bibir dikemam geram. Tanpa menghiraukan Alessia, pinggan berisi nugget dibawa dan diletakkan ke atas meja makan.

"Chim... Less tak nak lah makan dekat sini. Takde class langsung. Makan luar, jom?" Alessia cuba memujuk. Lengan lelaki itu yang sedang bermain fon ditarik-tarik.

"Ew casing apa macam ni? Mesti murah, kan?" Bersungguh-sungguh Alessia membelek fon Jimin dengan tawaan sinis. Sebelah bibirnya terjungkit ke atas, memandang tangan Jimin dan Haerin yang bersatu pada permukaan casing.

"At least kitorang ada. Awak cakap macam tu sebab awak takda, kan?" Haerin membalas geram.

Seketul nugget diambil dan dicelup ke dalam mangkuk mayonis sebelum dicelup pula ke dakam mangkuk cheese. Haerin mengunyah sambil matanya tak lepas membalas renungan tajam Alessia.

Dia berani dengan Alessia, tapi bukan dengan suaminya sendiri.

"Erk, casing murah macam ni berlambak la dekat kedai. Bukan setakat dua keping, satu kedai pun Less mampu borong." iPhone tadi dihempas perlahan ke atas meja.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now