45

423 76 51
                                    

Jimin mengerling susuk tubuh isterinya itu melalui pantulan cermin pada dinding yang memenuhi bilik tidurnya. Keluhan berat dilepaskan.

Pelik. Selalunya, walaupun diorang pernah bergaduh manja dulu tak pula dia rasa macam ni. Seisi rumah dirasakan kelam. Sunyi tanpa sebarang suara.

Sebelum ini, kalau diorang bergaduh pun, mesti Haerin yang akan mulakan perbualan. Macam semalam, dia balik rumah je terus Haerin tanya nak makan ke apa ke. Hari ni, tak.

Lain. Lain sangat.

Dia keluar je tandas tadi, terus ada sepasang baju tidur tergantung di luar almari. Padahal setiap hari, walaupun dia dalam mood tidak baik sekalipun, mesti ada kerja Haerin menempel tanya nak pakai baju apa, warna apa.

Tapi malam ini, Haerin seperti berjauh hati dengan dirinya. Nak bertembung mata pun susah.

Nak kata Haerin kecil hati sebab dua hari lepas, semalam nampak okay je tegur dia walaupun dia buat tak layan.

Dia balik rumah lewat petang tadi, ada lauk yang disimpan di dalam saji. Lauk pun ada sedikit, dia makan sampai habis jelah. Selalunya kalau Haerin tak makan pun, sekurang-kurangnya teman juga dia dekat dapur. Ini tak.

Dia makan di dapur, Haerin termenung di dalam bilik. Dia naik ke bilik, Haerin terus masuk ke dalam tandas.

Rasa macam suami yang dipalau pun ada.

"Kau suka ke kita macam ni?" Soal Jimin kepada Haerin yang mendiamkan diri.

Lelaki itu masih dengan muka datarnya tanpa memandang si isteri di sebelah. Haerin pula menutup mata rapat dengan muka yang ditekup pada bantal peluk. Selalunya, bantal peluk diletakkan di hujung katil. Tapi kali ini, menjadi dinding di antara mereka.

Walaupun dia terasa dengan Jimin, tak pula dia baring membelakangi suaminya. Masih ada rasa hormatnya kepada lelaki ini.

"Jangan buat tak dengar. Aku tahu kau tak tidur lagi, Hyerin." Sambung Jimin. Kali ini, kepalanya dipusingkan menghadap Haerin.

"Kalau kau terasa dengan aku, aku minta maaf. Tapi tolong jangan layan aku macam ni. Aku ni suami kau, dan aku wujud dalam rumah ni. Kita suami isteri, tapi hari ni aku rasa macam kita hidup asing-asing. Aku dengan cara aku, kau dengan cara kau. Kau ingat aku suka ke macam tu?"

"Jadi manusia yang matang, Hyerin. Kau ada mulut, ada suara untuk cakap apa yang kau tak puas hati dengan aku. Bukannya diam macam ni."

Habis dua hari ini Jimin ada ke bercakap dengannya? Dia sahaja yang beria.

"Kalau aku marah, kau sepatutnya sejukkan hati aku. Kalau aku jadi api, kau sepatutnya jadi air untuk aku. Bukannya sama sama jadi api dengan aku. Kau ingat dengan perangai kau macam ni, hubungan kita boleh pulih ke?"

Haerin tak marah, cuma dia kecewa. Kecewa selepas dia tahu segalanya. Jadi betullah Alessia masih di negara ini... bersama Jimin. Padahal dulu Jimin sendiri kata yang Alessia dah pulang ke Switzerland. Rupa rupanya, dia diperbodohkan oleh suami sendiri.

"Aku bukan nak kata apa... cuma sikap kau makin keruhkan hubungan kita." Kata Jimin buat kali terakhir sebelum lelaki itu turut menutup kelopak mata erat. Tangannya direhatkan ke atas dahi.

Mata Haerin mula panas dan berair. Hidungnya pula terasa pedih.

Asyik dia yang selalu dipersalahkan.

Hakikatnya, mereka sama-sama terasa. Dia terasa dengan penipuan Jimin. Jimin pula terasa dengan perangainya yang bagi lelaki itu, agak tidak matang. Terlalu kebudak-budakan.

"Awak perg---"

"---I've no time for this. Aku penat, nak rehat."

Selepas suaminya melontarkan ayat itu, Haerin memejamkan mata erat. Nafasnya ditarik dalam. Ya Tuhan, sakitnya hati dia.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now