12

501 88 13
                                    

Haerin memandang sekeliling. Suasana terlalu janggal memandangkan hanya dia seorang sahaja yang diam sejak tadi, langsung tiada topik untuk berbual.

Halmeoni yang galak ketawa bersama rakan-rakan seusianya ditatap lama. Teringat dekat suami sendiri. Wajah suaminya itu memang copy paste wajah Halmeoni. Lagi-lagi apabila Halmeoni ketawa.

Fuh, sama terus.

"Rin tak nak ambil makanan ke? Dari tadi duk minum air je, patutlah badan lawoo." Tegur Puan Jeon dari tepi. Puan Eun hanya tersenyum kecil sebelum duduk di sebelah Puan Jeon.

Haerin memandang makanan yang diambil oleh dua wanita disebelahnya, lauk macam sedap je tu.

"Ahah takde lawa mana pun. Rin pergi tengok dulu lah nak makan apa. Kejap lagi Rin datang balik." Pamitnya sebelum beredar pergi.

Ketika dia leka berjalan mendekati meja bulat di tengah-tengah dewan, laungan nyaring dari seorang gadis membantutkan niatnya.

"RIN UNNIE!"

Jerit Jaena dari atas pentas. Tangannya dilambai-lambaikan ke arah Haerin.

Tetamu mula memandang pelik ke arah Jaena. Begitu juga Jungkook yang turut terkejut dengan laungan maha dahsyat Jaena.

Haerin memandang pula ke arah Puan Eun yang sedang memberi isyarat supaya Jungkook mendiamkan isterinya. Jaena tersengih janggal dengan jelingan halus suaminya itu.

Ahaks, encik suami.

Haerin melangkah lagi tanpa menghiraukan Jaena yang sejak tadi melambai ke arahnya tanpa henti.

Sampai ke meja yang menyediakan pelbagai jenis makanan, dia memasukkan beberapa keping cheese cake dan strawberry pudding ke dalam pinggan.

Baru dia ingin memulakan langkah, lengannya ditarik oleh seseorang dari belakang membuatkan pinggan yang dipegang terpelanting ke bawah meja.

Lengannya ditarik kuat sehingga dia terpaksa menurut sahaja ayunan kaki seorang gadis bergaun hitam pekat paras paha di hadapannya.

Bibirnya seakan terkunci rapat. Dia keliru dengan keadaan sekeliling. Terlampau keliru.

Dia memandang ke arah Jaena ingin meminta pertolongan. Namun, Jaena sedang berbual dengan Halmeoni dalam keadaan membelakanginya.

Dia memandang pula ke arah tetamu yang hadir. Masing-masing melihatnya dengan riak biasa, langsung tiada niat ingin menolong.

"Cik nak apa?! Kalau nak duit, pergi minta dengan suami saya!" Marah Haerin setelah gadis itu berhenti mengheretnya sehingga tiba di belakang dewan.

Gadis itu berpeluk tubuh, "You're Park Jimin's wife, am I right?"

Haerin tidak membalas malah terus mengusap perlahan lengannya. Tak padan dengan perempuan, cengkaman punyalah kuat macam lelaki.

"Since kau ni jenis bisu, aku cuma nak cakap sikit. Aku bukan nak duit suami kau, tapi aku nakkan suami kau. Be alert, sebab aku akan goda dia sampai dia sendiri tinggalkan kau satu hari nanti." Bicaranya angkuh. Wajah Haerin dipandang atas bawah.

Diam je, langsung tak melawan. Mesti set-set bajet baik ni.

"Peminta sedekah nakkan duit. Same goes to you, nakkan suami orang. Memang dah tak wujud lelaki lain ke dalam dunia ni? Still nakkan suami orang? Hm?" Haerin membalas sinis.

Wajah gadis seksi di hadapannya mula berasap panas, "Hey, at least aku anak orang kaya. Bukan macam kau, setakat bapak mati sejak kecil, aku boleh jentik dengan hidung je lah."

Haerin mengherotkan bibir, "Harap je anak orang kaya, tapi mulut sebusuk longkang."

"Kau nak apa, perempuan?!" Tengking gadis itu. Lantang.

"Celah gigi pun terselit lada, ada hati nak tengking orang. Pergi korek buang dulu, kang tak pepasal habis tetamu aku lari." Balas Jaena tiba-tiba sambil menahan tawanya daripada meletus.

Haerin pula sembunyi senyum melihatkan perwatakan gadis itu yang panas punggung. Malu.

Sempat lagi Jaena ber-highfive dengan Haerin. Ingat dia tak perasan ke tadi kemunculan perempuan seksi yang tidak diundang ke majlis perkahwinannya?

"Dah? Meh sambung balik. Cakap apa lagi yang kau tak puas hati dengan dia?" Sambung Jaena.

Gadis tadi mendengus geram. Jarinya dituding ke arah Jaena, "Kau jangan masuk campur, perempuan. By hook or by crook, aku akan dapatkan juga apa yang aku nak."

"Rampas lah suami dia kalau kau mampu." Cabar Jaena lagi.

Haerin berbalas pandangan dengan Jaena. Dia mengenyitkan sebelah matanya ke arah Jaena, Jaena pula mengangguk kecil sambil tersenyum sinis.

Ayuh kita mulakan!

Kedua-dua isteri orang itu membuat muka miang masing-masing sambil menatap wajah gadis tadi dengan pandangan menggoda.

"Uwuu, seksinya akak." Usik Jaena.

Gadis tadi mula berasa aneh dan mengundur sedikit demi sedikit ke belakang.

"Akak nak pergi mana..?" Soal Haerin pula.

Gadis tadi menggeleng dan mengundur laju ke belakang sehingga belakang badannya terlanggar sebuah meja usang.

Krakkk!

Gaun paras paha yang dipakai oleh gadis itu terus terkoyak luas di bahagian sebelah punggung.

"Spender kaler biru, eee tak malu..."

Tutur Haerin dan Jaena serentak sebelum ketawa kuat. Semakin kuat lagi apabila gadis tadi terus berdesup laju menghilangkan diri di sebalik ruangan parking lot belakang dewan.

Orang buat jahat ni, terus Tuhan bayar cash atas dunia.

Itulah, kacau lagi isteri orang.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now