48

466 79 107
                                    

"Hello? Kenapa... awak call ni?" Haerin menyoal dengan jantung yang berdegup kencang.

Sejak suaminya itu 'melenting' siang tadi, Jimin langsung tidak datang ke sini atau bertanya khabar tentang dirinya. Sekarang ni, tiba-tiba pula telefon dia.

"Aku tak boleh ambil kau malam ni. Kalau kau balik dengan Grab tak apa? Aku dah call Grab suruh pick up kau dekat lobi hospital."

Haerin terkedu. Dengan keadaan dia yang baru sembuh macam ni, Jimin masih nak dia balik ke rumah dengan Grab?

"T-tapi kenapa?"

Suaminya di hujung talian mengeluh, "Dah tadi Jaena kata kau dah boleh balik malam ni. Aku busy sekarang, so macam mana sekalipun kau kena balik dengan Grab."

"Banyak sangat ke kerja awak dekat office tu? Sampai nak ambil saya dekat hospital ni pun tak boleh?" Lambat-lambat Haerin menyoal. Hujung selimut dikuis-kuis dengan hujung jarinya.

"Aku tak nak dengar soalan kau. Aku banyak kerja lagi ni, jadi tolong jangan tambahkan serabut dekat kepala aku. Bil hospital aku dah settle tadi, kau turun bawah sekarang. Lagi 15 minit Grab sampai." Jimin memberi kata putus.

Suasana diam sejenak di antara mereka. Hanya deruan nafas yang kedengaran.

"Cancel je lah Grab tu. Saya tidur hospital je malam ni. Nanti bila awak free, datang ambil saya tau. Lusa pun tak apa, saya tunggu." Haerin senyum tawar, walaupun hakikatnya Jimin langsung tidak nampak dirinya di sana.

Dia... tetap nak balik dengan suami dia.

"Jangan mengada, boleh tak? Apa orang akan kata dekat aku nanti? Tolong jaga sikit nama baik suami kau ni. Naik Grab, balik malam ni juga."

"Tapi saya tak biasa lah balik lewat malam macam ni dengan Grab. Dulu awak sendiri kata, bahaya. Lagipun saya mana kenal siapa driver Grab tu." Haerin masih membantah.

Dia ingat lagi dulu, Jimin selalu marah kalau dia nak balik dari rumah Halmeoni naik Grab. Sanggup suaminya itu berulang-alik dari pejabat tak pun ambil half-day terus.

Tapi... itu dulu.

"Takde apa pun lah. Boleh tak kau jangan bergantung harap sangat dengan aku? Kalau one day kita jauh, at least kau dah belajar hidup atas kaki sendiri. Takde la orang kata aku manjakan kau sangat sampai nak hidup sendiri pun susah."

Haerin terdiam. Bibir dikemam rapat.

"Bila awak nak balik?"

"Nanti aku balik lah. Turun sekarang, Grab dah nak sampai tu."

"Awak..."

"Apa lagi kau ni?" Jimin mula naik serabut. Argh, stress betul dia.

"Jaga diri tau."

Untuk saya, dan anak-anak kita.

"Hm." Jimin bersuara untuk kali terakhir sebelum punat merah ditekan.

Setelah itu, Haerin meletakkan fon di tepi bantal. Nafas dihela berat. Beg kertas berisi sepasang baju kotornya ketika di kubur semalam ditarik mendekat. Fon dipegang dengan sebelah lagi tangan.

Kaki diturunkan daripada katil. Dengan kepala yang sedikit pening, dia melangkah lemah dan keluar bersama seukir senyuman hambar pada bibir.

Kalau diikutkan hatinya, dah lama dia tawar hati dengan lelaki itu. Tapi demi anak dalam kandungan ini, luka pada hatinya sanggup diketepikan.

Kerana anak kembar ini, anak suaminya juga.

◾◽◾

"Kook, saya geram je nak siku muka dia tadi, awak tahu tak?! Eii dia tu kan memang bodo dah la bangang tak cerdik pula tu sia-sia je hantar study overseas tapi tetap bodo." Jaena bernafas geram. Tilam katil ditumbuknya sekuat hati bagi melepaskan geram terhadap Jimin.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now