18

497 87 33
                                    

Di sebalik dinding, Jimin memerhati sosok tubuh isterinya yang sedang menghiris daun bawang di dapur.

Malam-malam buta pun nak masak lagi. Dah kebulur sangat ke? Tch, buang lauk je pun.

Baru dia ingin menyusun langkah, Haerin pantas menangkap lengannya dari belakang. Segera dia menepis laju.

"Awak." Panggilnya lembut.

Jimin menghiraukan panggilannya. Tangan disilangkan pada dada tanpa memandang wajah gadis di hadapannya sekarang ini.

"Awak nak makan?"

Jimin membuat muka menyampah. Dia menapak pergi menjauhi Haerin. Haerin mengikuti derapan kaki suaminya.

"Saya nak cakap something." Tuturnya dalam satu nafas.

Langkah lelaki itu terhenti. Muka serabut ditayangkan kepada Haerin.

"Kau nak cakap apa malam-malam buta ni? Kalau nak cakap pasal pembaziran tu amalan syaitan, baik tak payah. Buang masa aku je." Jawab Jimin kasar.

Nafas ditarik dalam. Gadis itu mendongak memandang suaminya.

"Kenapa awak layan saya macam ni?"

Jimin mengeluh berat, "Macam apa, kau ni? Kenapa? Sebelum ni aku panggil kau anak anjing ke? Takde, kan?"

"Pinjamkan saya sepuluh minit awak. Lepas tu, awak boleh buat kerja awak. Naik atas dan tidur."

Jimin menjeling tajam, "Tak payah memandai nak susun jadual hidup aku kalau kau sendiri pun menumpang dekat sini."

Haerin memekakkan telinga. Hujung baju suaminya diheret semula ke dapur.

Jimin menatap dengan penuh pandangan jijik. Sampai ke dapur, hujung baju ditarik kasar sebelum dia berlalu ke sinki untuk mencuci sedikit hujung baju yang dipegang oleh Haerin.

Haerin memandang atas. Air matanya ditahan sebaik mungkin daripada tumpah pada waktu ini.

"Kalau panggil aku hanya untuk tonton drama air mata kau, baik pergi mati la. Ingat aku simpati sangat la tu tengok drama tak berbayar kau ni?" Balas Jimin pedas.

Haerin diam tidak berkutik. Dirinya seakan kaku di situ.

"You're wasting my time, you fucking idiot." Tutur Jimin selamba seraya menapak pergi dari ruangan dapur.

Gadis itu yang sejak tadi berdiam diri mula membuka mulut.

"Saya tahu saya tak mampu nak belikan awak barang mahal-mahal, branded, limited edition semua tu. Tapi tak boleh ke kalau sekali, awak appreciate apa yang saya buat? Tak banyak pun, sekali je."

Jimin mengukirkan senyuman sinis. Dia faham maksud gadis itu. Dia faham. Namun dia memilih untuk terus berdiam, membiarkan Haerin menyambung lagi ayatnya.

"Saya bukan anak orang kaya. Saya bukan orang berada macam awak. Saya takde duit nak ganti semua yang awak bagi dekat saya sejak awal perkahwinan kita. Saya takde semua tu. I know my limit."

"... Luggage Polo. Kalau awak nak tahu, it was my first time beli benda semahal tu. Mungkin bagi orang berada macam awak, harga sebanyak tu setakat celah gigi je. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan hidup awak yang serba mewah ni. Betul tak?"

"... Tapi tu tak bermakna awak boleh layan saya macam sampah, Jimin." Suaranya mula bergetar.

"Who the hell are you to care about me? Stop doing all these shitty things sebab aku memang takkan layan kau dengan baik. Got it, little brat?" Jimin membalas lantang.

Wajah Haerin direnung dalam menyebabkan gadis itu menunduk ke bawah.

Jimin berjalan mendekat. Leher milik isterinya itu dicengkam sedikit kuat dan didongakkan ke atas.

He throws a fit.

"Pandang aku."

Mata Haerin yang mula memerah bersama mulutnya yang membulat ditatap tajam.

Baru sahaja dia ingin mengamuk, setitik cecair hangat mula jatuh mengenai hujung jarinya. Cengkaman tangannya pada leher gadis itu serta merta dileraikan.

"Aku suruh kau nangis ke? Kau sengaja, kan?! Sengaja nak biarkan aku rasa bersalah!" Tempiknya di hadapan Haerin.

"Even for once, can you treat me like a normal person?" Dengan air mata yang bercucuran, dia berkata.

Jimin memandang ke sekeliling dapur sehingga matanya tertancap pada sebuah periuk berisi sup daging yang dimasak oleh gadis itu.

"I will."

Ujarnya sebelum periuk tadi diambil dan dicurahkan ke dalam sinki. Semuanya.

Mata Haerin terbuntang luas. Itu sahaja lauk yang ada untuk dijadikan santapan malam ini, tapi--

"Jangan!" Laung Haerin sambil menarik-narik lengan suaminya.

"This is how to treat you like a normal person." Sambung Jimin lagi.

Tangannya diseluk pada poket untuk mengambil kunci kereta. Ada. Setelah itu, Jimin menapak ke arah pintu rumah sebelum bunyi enjin keretanya memecah keheningan awal pagi di kota Seoul.

⭐⭐⭐

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi mesej yang bertalu-talu menyedarkan Haerin daripada tidur. Dengan mata yang agak sembap, fon yang diletakkan di sebelah bantal dicapai.

Baru sahaja dia ingin membuka mesej tersebut, seseorang menelefonnya menyebabkan perbuatannya tadi terhenti.

Jaena
Reject | Accept

Skrin diseret ke sebelah kanan. Belum sempat dia bertanya, Jaena pantas memotong laju.

"Jimin accident. Datang hospital sekarang."

_____________

we still have a looooong journey to go.
stay tune!

aND KEPADA YANG VOTE
& COMMENTS, THANKYOUU
SEBAB AKU APPRECIATE GILA-GILAAA
💜

oh, promote jugak tau story sendu aku ni
dekat member korang yang lain
K DONE BATAK HAHAHHAHHHA

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now