09

498 84 11
                                    

Jaena mengaduh sakit apabila pahanya yang berlapikkan tight jeans ditampar kuat oleh Jimin. Dia menjeling tajam.

"Kenapa dengan kau ni, Jimin?" Soalnya sambil menggosok perlahan paha yang terasa berdenyut-denyut.

"Kau tu yang kenapa? Dah lah datang tak diundang, buat macam rumah sendiri, lepastu selesai melahap dekat rumah aku kau tinggal macam tu je pinggan kau? Pergi lah tolong bini aku kemas meja ke apa. Ni tak, memang patut pun kalau Jungkook tu palau kau."

Bebel Jimin sambil bersilang tangan memandang sepupunya. Tak padan dengan perempuan. Pemalas!

"Tch. Kau kan tuan rumah, kau la yang patut tolong bini kau basuh pinggan semua tu. Aku ni tetamu. Tetamu ni bawa rahmat, tahu tak? Ke tak tahu?"

"Tetamu tak tetamu, kau pergi tolong bini aku sekarang sebelum aku bagitahu Halmeoni yang kau ada dekat sini. Pergi cepat." Arah Jimin. Jarinya dituding tepat ke arah muka Jaena.

Dengan malas, Jaena bingkas bangun sambil mulutnya menyumpah seranah lelaki itu.

Sikit-sikit nak mengadu dekat Halmeoni. Ni kalau Halmeoni tahu dia datang sini, memang tidur luar rumah dia malam ni.

Lagi-lagi selepas dia terdengar Halmeoni bercakap dengan Jungkook melalui corong telefon siang tadi. Jungkook ingin datang ke rumah malam ini katanya. Nak buat sesi pujuk-memujuk lah tu.

Biar. Biar Jungkook sorang-sorang. Dinda malas mahu melayan!

"Aku kata pergi!" Laung Jimin seraya melempar kusyen betul-betul mengenai punggung Jaena.

"Sabarlah, syaitan!"

.
.
.
.
.
.
.

"Mana Haerin?" Soal Jaena kepada Jimin. Kerepek ubi di atas meja diambil dan disuapkan ke dalam mulut.

"Dalam bilik lah tu. Dia kata nak tidur awal malam ni. Kenapa tanya?"

Jaena menggelengkan kepalanya tanpa memandang lelaki itu. Kerepek ubi dikunyah lagi.

Skrin televisyen di hadapan ditonton penuh minat sebelum Jaena tersengih miang memandang Jimin. Lengan kiri Jimin disenggol-senggolkan dengan siku.

Jimin menatap aneh wajah satu-satunya sepupu perempuan yang dia ada. Dah kenapa tergedik-gedik macam ni?

"Kau kenapa? Nak makan siku aku?" Jelingnya sombong.

Jaena makin tersengih miang.

"Hee. Awal gila tidur. Ada jadi apa-apa ke malam semalam? Cerita lah, aku pun nak tahu jugak. Hehehe." Bekas kaca kerepek ubi diletakkan ke tepi. Dia membetulkan duduk. Semangat!

"Kau sedar tak yang kau tu masih mentah lagi? Tak payah nak menggatal sangat lah. Makin hari makin menjadi-jadi eh perangai gatal kau ni?" Marah Jimin. Tubuh Jaena ditolak menjauhinya.

Jaena mengeluh. Tanya sikit kena marah. Dia sedar tak yang semua tu pengetahuan umum bagi semua orang?

Macam mana dia nak kahwin kalau tanya sikit je habis semua orang nak marah? Tak kisah lah Jimin ke, Halmeoni ke, Jungkook ke, semua sama je.

"Um, kau borak apa dengan Haerin tadi?" Bicara Jimin tiba-tiba.

Jaena mengeluh berat. Tadi orang tanya nak marah, sekarang ni dia pula yang menyibuk tiba-tiba.

"Takde borak apa pun. Hal perempuan je. Any types of men aren't allowed." Balas Jaena sombong.

"Kau fikir aku tak dengar ke apa yang kau borak tadi? Suara kau tu kemain kuat macam harimau nak beranak lepastu nak cakap yang kau takde borak apa-apa pun omg. Macam tu?" Jimin mula menganjing.

Jaena membuat tidak dengar. Kerepek di sebelah dicapai semula dan diletakkan ke atas riba.

"Iblis, aku tanya ni." Jimin bernada geram.

"Dengar macam suara setan la tadi. Mana eh?" Jaena membuat muka mencari-cari seseorang. Siap pakej berkerut kening lagi tu.

"Pergi mati la."

"Fine. Aku tanya pasal zaman highschool dia je tadi. Bukannya apa pun." Jaena menggulingkan bebola matanya.

Jimin mengangguk-angguk. "Dia cerita apa?"

"Sibuk lah kau ni. Pergi la tanya dia sendiri. Tak nampak ke aku tengah busy makan kerepek ni?" Balang kerepek ditunjukkan kepada lelaki itu.

"Cerita je lah. Tak luak pun air liur kau tu."

"Okay, cerita dia macam ni. Masa zaman dia highschool, dia ada suka dekat sorang mamat ni. Mamat tu senior dia. And one day, dia dapat tahu kawan baik yang dia sayang gila-gila suka jugak dekat mamat tu." Ceritanya dalam senafas.

"... Dia pun biar je perasaan dia terkubur macam tu even kawan yang dia sayang tu pun tak tahu tentang perasaan dia terhadap senior diorang masa tu." Sambungnya lagi sebelum mencapai sekeping lagi kerepek ubi.

"... Nak dijadikan cerita, kawan baik dia tu pun pergi lah confess dekat lelaki tu and lelaki tu terima je dia. And setiap hari dia selalu nampak kawan baik dia tu keluar jalan-jalan or dating lah kot lepas habis waktu sekolah."

"... Alkisahnya, kenapa la bini kau tu bodoh sangat sebab biarkan perasaan dia terkubur macam tu je. Kalau tak, tak perlu lah dia nak kahwin dengan kau yang poyo nak mampus ni. Eii aku pulak yang geram." Permukaan sofa ditumbuk-tumbuk geram.

Jimin mengangguk faham. "Sekarang ni dia still sukakan---"

"---Ah, elo usah nanya lagi. Kalau kau nak detail, pergi dengar daripada mulut dia sendiri. Aku penat ni."

So beautiful, beautiful----

Masing-masing tersentak. Jaena memandang skrin fonnya yang bernyala-nyala.

Halmeoni
👵
Accept | Reject

Terus matanya terbuntang luas. Mati!

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now