04

647 105 17
                                    

Skrin televisyen yang memaparkan drama Lagenda Crush Toyol itu ditonton penuh minat.

Haerin menggeleng-gelengkan kepala melihat kesadisan hidup Ma Daechung yang tidak di-notice oleh jejaka pujaan hatinya.

Jimin yang tiba-tiba datang dan duduk di sebelahnya menghancurkan fokus terhadap watak utama drama tersebut. Dia berganjak ke tepi sedikit.

Kaki dirapatkan pada dada. Jantung yang berdegup kencang digosok-gosok. Ah, sudah.

Derapan kaki yang terdengar di sebalik anak tangga membuatkan Jimin berpaling ke belakang. Ada Halmeoni dan Jaena.

Cepat sahaja kepala Haerin ditarik laju ke atas ribanya. Gadis itu yang duduk memeluk lutut hampir terjatuh daripada sofa. Wajah suaminya itu dijeling sesaat.

Jimin menjegilkan matanya ke arah Haerin. Jari telunjuknya diletakkan pada mulut Haerin. Shh, diam.

"Halmeoni, tengok orang tu. Jangan main-main, siap baring atas riba lagi tu. Kita bila lagi?" Tegur Jaena sambil menyenggol lengan Halmeoni.

Halmeoni tersengih dan menyambung langkahnya menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Palang tangga berwarna kuning keemasan itu dipegang erat.

"Iya lah, orang tu dah kahwin. Kita yang single ni mampu tengok je. Tak boleh nak buat lebih-lebih." Tambah Halmeoni setelah sampai ke bawah.

"Kita pun boleh buat la, Halmeoni. Halmeoni duduk macam Jimin, lepas tu biar orang baring atas riba. Cun tak cun?" Soal Jaena lagi.

"Jadah kamu la." Geleng Halmeoni.

Jimin menyampuk, "Ha kau kalau dah gatal sangat pergi la kahwin. Riba ni bukan setakat boleh baring tau--- ah ah adeh adeh."

"Tak payah nak gatal sangat eh. Saya hempuk dengan meja ni baru tau." Sambung Haerin selepas menghadiahkan sepit ketam kepada lelaki itu.

Jaena menjerit sambil memegang pipinya, "Aaaaa Halmeoni dia nak main hempuk-hempuk pula dah. Ni yang orang rasa nak ber-fangirling ni ha sudah la."

"Sabar eh, Jaena ku. Petang lagi Ahjussi Byun datang ambil kita balik. Biar diorang nak beromantik ada privasi sikit." Rambut Jaena diusap-usap. Aduh, kesian cucuku ini ya!

Haerin tersenyum dalam diam. Dengan kesempatan yang ada, pinggang suaminya itu didakap erat.

If this could be real for her.
But, accepting the fact that he'll never love her is damnly painful.

.
.
.
.
.
.
.

"Kemain eh kau peluk aku masa Halmeoni dengan Jaena ada tadi. Dah gatal sangat ke apa bawah tu?" Sinis lelaki itu bertanya.

"Kita dah kahwin, kan? Jadi suka hati saya lah nak buat apa. Plus, kalau bawah saya ni gatal sekali pun saya boleh garu sendiri lah. Tak perlu minta tolong awak pun." Bidas Haerin geram.

Jimin menjeling tajam, "Ha menjawab. Aku cakap sikit mula la nak menjawab. Tak kira, malam ni kau tidur atas lantai. Jangan tidur sekatil dengan aku."

Haerin mengetap bibir geram.

"Mata tu jaga. Aku cucuk dengan garfu baru tahu."

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now