28

456 79 58
                                    

Jimin mengeluh kesal. Ayam goreng yang digorengnya tadi dipandang penuh sebal.

"Buang je lah ayam ni." Pinggan berisi empat ketul ayam tadi ditolak ke tepi ruangan meja.

"Aip, tak baik membazir. Ni kan makanan juga, apa salahnya kalau kita habiskan?" Pinggan yang ditolak ke tepi tadi ditarik semula ke tengah meja.

Jimin menggeleng. "Kau nak makan ke ayam yang hangit macam ni? Goreng yang baru jelah. Buang, buang."

"Kenapa kalau dia hangit sekalipun? Tak sedap? Rasa geli nak makan? Cuba bayangkan kalau awak duduk dekat tempat dia. Orang sisihkan awak sebab kekurangan awak, apa awak rasa?" Tegur Haerin senafas. Geram.

Eii dia tahu tak mak kepada ayam tu penat-penat teran telur kepada bakal anak dia?

"Lain kali kau je lah yang masak. Aku tak nak tolong dah, nanti habis semua makanan jadi tak sedap." Rajuk Jimin. Nasi di dalam mangkuk dikuis-kuis dengan hujung chopstick.

Lauk yang dimasak isterinya diambil dan digaul bersama nasi. Sekarang ini, ayam goreng yang hangit sahaja tidak disentuh olehnya. Cuma Haerin yang berani ambil risiko makan ayam hangit, bukan dirinya.

"Siapa kata tak sedap? Sedap je ni." Puji Haerin, menaikkan semangat suaminya.

Jimin menjeling ayam hangit tersebut, "Kalau kau puji sebab tak nak kecilkan hati aku, baik tak payah. Sedap sangat ke makan ayat hangit?"

"Hangit-hangit ayam berisi, mana tahu tak sedap kalau tak cuba lagi?" Soal Haerin menaikkan kening.

"Dah ah. Kalau rasa membazir, kau je lah yang habiskan. Aku tak nak." Jimin enggan mengalah. Lauk yang dimasak oleh Haerin ditambah lagi ke dalam mangkuk.

Haerin berdiri kemudian menapak ke bahagian peti sejuk. Terkebil-kebil Jimin memandang, tapi tak pula dia bertanya.

Tidak sampai seminit, Haerin kembali ke meja makan bersama sepiring mangga yang sudah dihiris halus. Di sebelah mangga pula, ada tiga hirisan lemon sederhana kecil.

Jimin memandang isterinya.

"Tak sedap, bukan selama-lamanya tak sedap. Ayam hangit ni, kita boleh buat inovasi. Renovate supaya jadi makin sedap."

Hirisan mangga ditabur ke atas ayam hangit tadi. Setelah itu, lemon dicapai dan diperah ke sekeliling ayam.

"Cuba rasa."

Jimin berkerut. Ayam yang telah menjadi bahan inovasi tadi direnung atas bawah. Ragu-ragu dia.

Lama menunggu tindakan si suami, Haerin bertindak lebih pantas. Dada ayam perahan lemon tadi diambil dan diletakkan ke atas mangkuk milik suaminya.

Chopstick ditekan-tekan pada dada ayam. Sebelah lagi mencucuk ayam dan disuakan ke mulut. Membulat mata Haerin menunggu respon suaminya.

Satu kunyahan, dua kunyahan, tiga kunyahan.

Jimin tersengih busuk sambil mengangguk sedap. Ayam dicarik lagi dan lagi. Memang kunyah ayam je dia ni.

"Eh." Usik Haerin selepas melihat seketul lagi ayam diambil oleh Jimin. Takde dah yang tak sedap, hangit tadi tu.

Jimin menjeling dengan usikan Haerin. Haish, sombong!

⭐⭐⭐

"ERRKKK!" Sendawa Jimin kuat.

Haerin yang sedang melipat kain di atas lantai terkejut beruk. Terus dia berpusing ke belakang dan memukul dada suaminya dengan sehelai T-shirt hitam.

"Ha eloklah tu, lepas makan baring. Siap sendawa pakej meniarap atas sofa lagi. Amboi-amboi, kalau boroi nanti memang saya lari duduk rumah Halmeoni."

Jimin tergelak, lengan kanannya dihayun ke bawah sofa. Kalau boleh, dia nak tidur je sekarang ni.

Mata dikatup rapat, tangannya pula diangkat menyamai paras kepala Haerin. Rambut isterinya itu dielus lembut dari arah belakang.

"Yang boroi ni lah kau sayang, kan?" Jimin senyum lebar.

"Boroi-boroi pun, kalau pemalas buat apa? Bukannya nak tolong saya lipat kain ke, basuh baju ke, kemas rumah ke. Ni tak, makin sepahkan rumah ada lah." Bebel Haerin sambil menyusun beberapa helai baju mengikut warna.

Jimin memuncung, "Tadi kan dah tolong. Esok pulak. Sekali sehari je limit dia, takleh lebih takleh kurang."

Haerin memusingkan tubuh lantas perut suaminya dicubit geram. "Amboi! Kemas rumah sekali, sepahkan rumah sepuluh kali. Ha pandai la awak."

"Mestilah pandai. Suami siapa ni? Ha tak dengar la. Suami siapa?" Jimin mengangkat muka dan menghulurkan sebelah telinganya kepada Haerin.

Telinga lelaki itu dipulas lembut. "Suami saya la kalau pemalas tahap selipar Jepun ni."

Jimin menarik telinganya yang memerah dan menggosok perlahan. "Tahu tak? Seorang isteri boleh dikenakan saman cinta kerana memulas telinga suaminya. Nak ke kena saman? Lepastu masuk penjara, makan nasi dengan ikan kering je. Ha nak?"

Haerin membuat muka selamba. Beberapa pasang baju milik suaminya ditarik mendekat untuk dilipat. "Akta mengarut mana awak rembat tu?"

"Ada okay! Di bawah Akta 123 Cintaku Padamu Muah Muah ha. Cuba Google kalau tak percaya."

"Malas saya nak cakap banyak-banyak dengan awak. Bukannya membantu pun, makin peningkan kepala saya ada lah. Dah, berhenti main dengan rambut saya. Kalau botak saya nanti macam mana?" Kepalanya dijauhkan daripada tangan nakal Jimin. Sibuk je nak tarik rambut orang!

Jimin makin galak mengelus. "Biarlah. Kalau aku boroi, kau botak. Biar dua-dua tak laku. At last, kau pun pilih aku instead of other men. Bijak tak?"

"Tak nak saya orang pemalas macam awak. Dah la boroi, gigi rongak, suka sepahkan rumah. Ew tak nak tak nak." Geleng Haerin.

Jimin tercabar. Daripada meniarap, dia membetulkan duduk seperti biasa. Kali ini bukan di atas sofa lagi, tapi di sebelah isterinya.

"Come to me baby, biar abang sado tolong lipatkan pakaian."

Sebakul kain diangkat kepada Jimin. Dengan acahnya, lelaki itu menyambut bakul kain dengan jari telunjuknya sahaja.

Haerin menjeling tajam. Eleh, kalau bakul berisi lima helai baju dia pun boleh lah!

"Kena lipat yang ni ke?" Terkekek-kekek Jimin ketawa, sampai berguling-guling dia di atas lantai.

Haerin berpaling memandang suaminya dengan riak pelik. Tidak lama kemudian, habis merah mukanya menahan malu.

Bra aku!

"Jimin, bagi balik!" Lengan suaminya ditampar kuat.

Bra milik Haerin digenggam kemas sebelum dia berlari mengelilingi segenap ruang tamu rumah.

Tanpa menunggu lagi, Haerin berlari mengejar langkah suaminya. Sekejap lompat sofa, sekejap pusing meja.

"YAH! PARK JIMIN!"

Jimin makin lincah berlari. Bra tadi dipakai pada badannya dan ditayangkan seperti model. Tangan kanannya diposisikan pada pinggang dan berjalan lagak seorang model.

"Saya report dekat Halmeoni!"

Adoi! Pecah perut dia ketawa.

"Warna purple ek?" Makin galak Jimin mengusik, makin memerah wajah Haerin.

Ya Tuhan.

Sumpah dia malu! Kalau tahu akan memalukan dirinya seperti ini, dari awal lagi dia tak gelarkan suaminya ini pemalas.

Mana dia nak sorok muka lepas ni?!

[ H ] perfectly fall | pjmTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang