27

451 83 26
                                    

Jimin mengintai sosok tubuh isterinya yang sedang memasak di dapur. Langkah diaturkan perlahan-lahan, bibirnya pula tersinggung sengihan mengusik.

Terjengket-jengket kakinya berjalan sehingga sampai di belakang si isteri. Haerin yang ralit menumbuk bawang dengan lesung itu dijerkahnya kuat.

"BAAAAA!"

"Argh!" Jerit gadis itu lantang. Ulu lesung di genggaman tangannya serta-merta tercampak ke dalam sinki.

"Yah! Awak ni kenapa, Jimin?! Kalau saya tertumbuk dahi awak dengan ulu lesung tadi macam mana?! Haish!" Bebelnya geram.

Orang tengah memasak ni, boleh pula dia nak ajak bergurau.

Jimin tergelak memandang wajah cemberut si isteri. "Alah nak gurau sikit pun tak boleh. Dulu boleh je, kenapa sekarang ni makin emo pula? Mengandung ek? Ke perio---"

"Jangan mengampu, boleh tak? Takda maknanya saya nak---"

"Mengampu apanya? Tak mustahil, kan? Kita kan dah kahwin, apa salahnya kalau kau mengandung. Tak ingat ek janji kita dulu? Nak ada anak sebelum first anniversary wedding kita. Tapi sekarang dah berapa bulan eh?" Jimin mula mencongak usia perkahwinan mereka dengan jari.

Haerin memandang hadapan. "Dah lah, awak pergi duduk luar sana. Jangan ganggu saya."

Dada suaminya ditolak menjauh. Dia memandang semula ke hadapan, membelakangi suaminya. Ulu lesung yang terjatuh ke dalam sinki tadi dikutip dan dibasuh.

Jimin menjuihkan bibir. Pinggang si isteri didakap dari arah belakang. Dagunya pula ditongkatkan ke atas bahu Haerin.

"Janganlah marah."

Kaku Haerin dibuatnya. Tindakan lelaki ini benar-benar mengunci segala gerak-gerinya sekarang ini.

Nafas dihela berat. Tangan Jimin yang melingkari pinggangnya dileraikan ke bawah. "Tak marah, cuma jangan tanya soalan mengarut macam tu lagi. Ada baiknya kalau awak pergi tengok tv dekat ruang tamu ke, ataupun main game dalam iPad awak tu."

"Tch, bosan. Kena duduk macam ni baru tak bosan." Pinggang Haerin dipeluk sekali lagi.

"Ayat manis awak tu, kalau saya campur dengan Sunquick, memang tak payah tambah air gula dah. Itu pun dah cukup manis." Geleng gadis itu.

Jimin makin mengetatkan pelukan bersama senyuman bahagia terukir di bibir. "Ayat aku memang manis, sayang. Sebab tu kau boleh jatuh hati dengan aku, kan?"

Haerin mengiyakan sahaja segala bicara suaminya. Bawang ditambah sedikit lagi ke dalam lesung kemudian dia sambung menumbuk bawang sehingga hancur.

"Kenapa tak blend je semua bawang tu? Makin cepat lumat kalau dibandingkan dengan tumbuk macam ni." Soal Jimin pelik.

Haerin tersenyum mendengar soalan yang diutarakan suaminya. "Kalau buat dengan air tangan sendiri, ikhlas pula tu, makin bertambah aroma sedap dia. Sama lah dengan gosok gigi. Awak sendiri atau orang lain yang gosokkan gigi awak, mana lagi rasa bersih dan cuci? Sendiri, kan?"

"Tapi kalau orang lain tu kau, aku sanggup je." Sengaja Jimin mengusik. Rambut isterinya dibetulkan dan diikat semula.

"Maaf, saya tak makan pujian. Network error." Jimin tergelak besar. Siap angkat ulu lesung ke atas lagi tu, error betul ni.

Jimin melepaskan pelukan setelah melihat pergerakan isterinya seakan-akan terbatas. "Need help?" Soalnya lagi.

"Awak pandai ke masak?" Kening Haerin terjungkit memandangnya.

"Hello, this is Park Jimin okay. I can do anything, especially pro in reaching my special Hyerin's heart." Acah Jimin dengan riak bangga. Apron biru cerah disarungkan pada tubuh.

Haerin senyum nipis mendengar ayat suaminya.

Bawang yang siap ditumbuk tadi dimasukkan ke dalam periuk separa panas. Sebuah lagi kuali diambil daripada kabinet dapur kemudian dibilas dengan air bersih sebelum dituangkan minyak dan dipanaskan.

"Keluarkan ayam daripada peti. Tunggu minyak ni panas, lepas tu masukkan ayam yang saya dah perap tadi perlahan-lahan. Jangan lempar." Terangguk-angguk Jimin mendengar arahan si isteri.

"Macam mana nak tahu minyak tu panas ke tak? Kena celup jari dulu ke?" Jimin bertanya lagi. Polos.

Haerin menggeleng laju. Orang gila je buat kerja gila macam tu.

"Agak-agak je. Kalau rasa panas tu, boleh lah masukkan."

"Kalau tak dapat nak agak?"

Haerin facepalm. Bertuah betul dia dapat suami perangai macam ni. Tak pernah goreng ayam keeee!

"Tak apalah. Awak tolong tengok je lah." Arahnya pasrah.

Jimin mengemam bibir. Sedikit kecewa dengan dirinya yang langsung tak reti nak goreng ayam. Itu pun kira bernasib baik dia tahu beza ayam dengan itik.

"Tak payah nak sedih sangat. Mari sini, saya ajar cara-cara goreng ayam." Ajak Haerin. Kesian betul, dengan muka sebeknya tengah renung kuali depan mata.

Jimin menggeleng. Pandangannya dialihkan ke arah lain, "Tak apalah. Kalau hangit ayam tu nanti, siapa nak makan?"

Dia berundur ke belakang. Pengepit yang berada di tangan dihulurkan kepada isterinya.

Haerin mengheret apron yang dipakai suaminya. Jimin mengangkat wajah. Lain yang dihulur, lain yang disambut.

"Kalau tak belajar, macam mana nak pandai?" Pujuknya lembut.

Lengan suaminya ditarik mendekat, memaksa Jimin untuk berdiri di sebelahnya.

"First, tengok dulu tekstur minyak tu macam mana. Kalau dia bergerak-gerak macam ni, tandanya minyak tu dah panas."

"Second, ambil seketul ayam and put it inside. Ayam ni bukan bola, so jangan sesekali lempar. Kalau rasa nak lempar jugak, tanggung sendiri."

Seketul dada ayam diambil dan dimasukkan perlahan-lahan ke dalam kuali menggunakan tangan. Jimin memandang dengan penuh terpegun.

Wah, tak meletup ek tangan?

"Cuba buat." Mangkuk yang berisi perapan ayam tadi dihulurkan pula kepada suaminya.

"Pegang pengepit tu macam ni. Awak jangan ikut saya buat macam tadi, tadi tu set-set pro macam saya je boleh buat. Awak ni set-set noob lagi. Ingat, jangan cuba aksi ini di rumah tanpa pantauan saya." Pesan Haerin serius. Bukan boleh kira sangat Jimin ni.

"Hwaiting!"

Jimin mengangguk. Dengan semangat berkobar-kobar, seketul ayam dikepit dan ditolak ke dalam kuali. Habis berdesing bunyi minyak.

"Masukkan dua lagi. Letak slow-slow, bukan macam tadi. Letak, bukannya tolak."

Sambil Haerin menyiapkan lauk di periuknya, sambil-sambil itu juga dia menjenguk kuali sebelah. Haih, risau benar dia.

"Pusing ayam, dah nak hangit dah tu."

Terketar-ketar tangan Jimin membalikkan ayam. Seketul tu pun, dah ambil masa hampir dua minit nak pusing.

Tak boleh buka restoran lagi ni.

Kalau buka pun, Jimin yang masak, dia yang makan. Korang pulak jadi tukang complain.

[ H ] perfectly fall | pjmWhere stories live. Discover now