Bab 17

1.5K 48 1
                                    

"Comelnya cucu nenek..." pipi gebu itu dicium berkali-kali. Aku hanya melihat ibu yang duduk bertentangan aku  dengan pandang sayu. Hampir setahun kami tidak bersua muka. Bukan aku buang keluargaku, tapi aku tidak mahu mereka mendapat malu. Sebab itu, aku pilih untuk untuk pergi dan tinggal sendiri. Walaupun saat itu aku sendiri sedang hancur dan tiada arah tujuan. Keputusan yang aku buat ketika itu adalah keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang. Orang kata, bila kita susah keluargalah tempat kita mengadu. Tetapi aku tetap aku, sangat complicated orangnya. Aku hanya mengasingkan diri dan bungkam ketika aku cuba menghadam segala kenyataan.

"Ruby, bawalah cucu mak ni balik ke rumah," ujar ibu sekaligus mengejutkn aku dari lamunanku. Aku pandang wajah ibu yang sudah berkedut itu. Terbit rasa bersalah dan kesian terhadap dia.

"Ibu, bukan Ruby tak nak bawa Amy balik sana. Tapi..." aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Pandangan yang terarah kepada ibu tadi jatuh ke lantai. Aku runsing memikirkan apa yang akan aku hadap bila aku ikut ibu balik.

"Tapi apa Ruby? Baliklah nak... Ibu ni ada Ruby seorang je anak perempuan ibu. Ruby tahukan ibu sayangkan Ruby. Walau apa pun terjadi,  Ruby tetap anak ibu. Kalau dulu Ruby terus-terang je dengan ibu pun ibu tak  akan marah. Tapi Ruby pilih untuk menghilang pula." Semakin serba salah aku apabila mendengar ibu berkata seperti itu.

"Ibu, Ruby minta maaf sebab tinggalkan ibu dulu. Semua Ruby buat bersebab. Bukan saja-saja Ruby nak pergi. Semua silap Ruby, percaya sangat dengan lelaki. Kalaulah Ruby tau dia cuma nak mempermainkan Ruby, Ruby tak akan pernah sesekali pun rapat dengan dia. Maafkan Ruby ibu," teresak-esak aku melepaskan tangisan. Rasa sebak yang aku tahan sudah tidak dapat dibendung lagi. Dalam pandangan kabur aku lihat ibu menyerahkan Amy kepada Kak Eli. Kemudian dia bangun dari duduk lalu melangkah ke arah aku. Ibu melabuh punggungnya di sebelahku. Beberapa saat kemudian tubuhku dipeluk erat. Aku melepaskan tangisan bersungguh-sungguh di dalam pelukan ibu. Jujur, aku rindu pada ibu. Ibu mengusap perlahan belakangku.

"Sudahlah Ruby, benda lepas jangan dikenang. Tapi, jadikan pengajaran. Ibu tau Ruby bukan seperti yang orang kampung canang. Ibu kenal anak ibu ni. Macam ibu cakap, apa pun jadi Ruby tetap anak ibu. Tak kisahlah sejahat mana pun Ruby. Ibu tak akan pernah menilai Ruby sebab ibu yang pelihara dan jaga Ruby dari kecil, bukan orang lain. Jadi peribadi Ruby tu macam mana ibu lagi kenal. Sekarang ni ibu nak Ruby berhenti nangis ya. Tak elok Ruby nangis macam ni, kan Ruby masih dalam pantang. Takut Ruby meroyan pula nanti. Emosi tu kena jaga sikit. Ibu tak nak nanti apa-apa jadi kat Ruby." Ibu mengeratkan lagi pelukannya. Aku hanya menangis dan terus menangis.

"Ruby, boleh ibu tanya sikit?" Ibu melepaskan pelukannya. Kemudian dia seka air mata yang tersisa di pipiku lalu dia renung wajahku yang sudah lencun dek air mata.

"Tanya apa ibu?" Aku mengesat lelehan hingus di hidung. Sedu sedan yang masih tersisa tadi aku redakan perlahan-lahan. Aku memandang wajah ibu dengan tekun sambil menunggu soalan yang dia mahu utarakan.

"Ibu nak tanya pasal ayah Amy tu, dia tahu ke pasal Amy? Ada kamu bagitahu dia?" Aku terkebil-kebil mendengar soalan ibu. Aku tidak tahu bagaimana hendak jawab.

"Ermm, dia tak tahu ibu. Dia tak pernah tahu pun pasal kandungan Ruby ni." Membuntang mata ibu melihat aku. Jelas terpancar reaksi terkejut di wajahnya.

DALAM samar cahaya lampu jalan yang menerobos masuk lewat celah jendela yang jarang, aku merenung tekun wajah yang membuat tidur malamku tidak lena, wajah yang membuat aku selalu rasa tidak keruan. Aku tatap lama-lama, seolah aku sedang menghafal setiap lekuk wajah itu. Deruan nafasnya yang hangat menampar kulit wajahku membuat aku semakin asyik dan terbuai seketika. Rasa mengantuk hilang begitu saja. Aku hela hafas panjang hasil rasa sesak saat menatap wajah itu. Kemudian, segaris senyuman terukir di wajah. Ya, aku rasa bahagia. Hanya itu yang aku mampu ungkapkan untuk menggambarkan perasaan aku saat itu. Walaupun aku sedar yang hubungan kami saat itu adalah tidak wajar. Sedang aku khayal dalam lamunan, aku rasa pipi ku dikucup. Aku mendongak, mata kami tertatapan. Dia memberi satu senyum manis.

RubyWhere stories live. Discover now