BAB 1

9.4K 94 111
                                    

AKU Ruby. Aku sama saja seperti gadis lain yang seusiaku. Nampak menarik. Nak kata aku cantik sangat, tak juga. Bentuk badan, bolehlah. 34-28-36. Ukuran yang sempurna untuk gadis seperti aku. Kerana pada aku, kesempurnaan tidak terletak pada bentuk tubuh semata-mata. Sempurna lebih dari itu.

Hari ini, aku bangun lambat lagi. Sudah hampir sebulan begini. Sejak aku mula berkerja di Hotel Merlin. Ada sesuatu yang menggangguku, yang buat aku tak lena tidur malam. Bukan aku sengaja nak tidur lambat, tidur ke namanya bila mata kau tertutup tetapi fikiran kau berkerja. Siksa!

Di bawah pancuran air, aku bersihkan tubuh. Mata aku pejamkan, serta-merta terbayang satu tangan melekap pada kulit putih mulus milikku. Tangan itu merayap dari pangkal dada, turun ke payudara mekar milikku. Singgah sekejap di situ sambil diramas lembut sehingga aku mendesah tanpa aku sedar.

Kemudian, sepasang tangan tadi beralih ke perut, bermain lagi di situ. Kali ini, aku rasa seperti ada kupu-kupu berterbangan di dalam perutku. Puas bermain di sekitar perutku, perlahan-lahan tangan itu turun ke ari-ari. Saat ini, aku rasa seluruh tubuh aku bagai sudah di awangan.

Nikmat yang tidak pernah aku rasa. Aku menanti dengan penuh sabar sehingga sepasang tangan itu berlabuh pada titik ghairahku. Badanku terasa panas di bawah pancuran air. Hasil penerokaan sepasang tangan itu benar-benar memacu adrenalinku.

"Ruby! Apa kau buat dalam bilik air ni lama sangat? Cepatlah sikit. Adik kau pun nak mandi tu!"

'Arghhh! Ibu ni memang sengaja nak potong stim!'

Bayangan sepasang tangan tadi hilang. Aku segera menyudahkan mandi. Pili air aku tutup. Tubuh aku balut dengan tuala bersih. Masuk dalam bilik, aku tidak terus pakai baju. Tapi, aku berdiri sebentar di depan cermin. Tuala yang membaluti tubuh aku tanggalkan. Lama aku merenung tubuh bogelku di depan cermin. Saat aku pejam mata, sepasang tangan itu hadir lagi. Mula mengusap dan membelai tubuhku. Aku kembali ke awangan. Rasa nikmat.

"Ruby! Apa lagi kau buat tu? Dah jam berapa ni? Kau masuk kerja pukul 9 kan?" Lagi dan lagi ibu matikan anganku. Aku merenggus kasar.

"Ruby dah siap ni... Kejap lagi Ruby keluarlah," jawabku bersahaja.

Selepas bersiap ala kadar. Aku melangkah ke dapur. Aku lihat ibu sedang masukan nasi dan lauk ke dalam bekas makanan untuk adik. Adik bawa bekal ke sekolah, sama seperti aku dulu. Kami bukan datang dari keluarga senang. Ibu buat kuih dan membuat kerja mengemas atau memasak jika ada yang perlukan bantuannya. Ayah pula entah ke mana sejak aku berusia 15 tahun.

Kesian ibu, sara kami adik beradik tanpa suami. Dia ibu, dia juga ayah. Aku harap, ayah tak pernah pulang. Untuk apa pulang kalau hanya buat ibu sakit hati. Aku tak pernah lihat ibu senyum semasa ayah ada. Yang aku selalu lihat, air mata yang hampir kering pada matanya. Aku tahu, ibu menangis. Sebab itu, aku lagi suka ayah tak balik. Aku benci dia.

Aku duduk di sebelah Hadi, adik aku yang nombor dua. Jarak usia Hadi dengan aku jauh sikit. Sepuluh tahun. Aku sekarang berusia 20 tahun dan Hadi 10 tahun. Adik yang bongsu pula berusia 8 tahun. Lelaki juga. Dia duduk berhadapan dengan aku. Aku hanya melihat dia menjamah nasi lemak yang ibu buat penuh selera. Hadi pula sibuk mengatur bajunya yang sudah sempurna aku lihat.

Aku tuang air kopi panas yang ibu buat ke dalam cawan bulat yang ada di atas meja. Kepulan asap yang keluar dari kopi panas itu aku tenung lama. Kepulan asap itu membawa ingatanku kembali pada seseorang yang pernah dekat di hati aku. Seseorang yang aku pernah rindu dan sayang.

Fahim. Nama itu kembali menjengah fikiranku. Kepulan asap dan Fahim bagai pantai dan lautan. Tidak boleh dipisah langsung. Kalau ada sesuatu yang mampu pisahkan mereka sekejap, sesuatu itu namanya tidur. Sebab hanya bila tidur, Fahim lupa pada rokoknya.

RubyWhere stories live. Discover now