BAB 2

6.2K 61 50
                                    

SEJAK kejadian memalukan tempoh hari, aku jarang sendirian di tempat kerja. Aku rela berkepit dengan Sandra ke mana saja dia pergi. Biarlah orang nak kata apa, yang penting aku berteman. Fahim pula, bila terserempak denganku dalam kawasan hotel mesti tayang sengih seolah-olah perli aku.

Aku tak pasti sebenarnya maksud di sebalik sengihan dia. Cuma, aku pasti yang dia perli aku sebab aku cakap tak serupa bikin. Sekejap aku cakap aku tak nak, sekejap aku hampir langgar janji sendiri. Nampak tak betapa rapuhnya aku? Aku benci bila aku sendiri tidak tetap pendirian.

I admit, it was my bad sebab biarkan lelaki macam Fahim masuk dalam hidup aku. Aku tak sepatutnya biarkan dia terus sebati dengan diri aku, walhal aku tahu peribadi seorang Fahim itu bagaimana. Aku pun bukannya bodoh sangat sampai tak tahu seorang Fahim itu mahunya apa dari seorang perempuan macam aku.

Hampir sepuluh bulan lepas, semasa aku mula kenal Fahim. Aku pernah beritahu dia yang aku tidak seperti gadis lain. Aku mungkin nampak liar pada luaran. Tapi jiwa aku tidak seliar tingkah laku aku. Dalam jiwa aku, bagai ada tembok yang buat aku rasa macam aku bukan manusia normal. Ada sesuatu yang sangat sulit untuk aku kongsi bersama orang lain.

Aku alah pada sentuhan. Aku sendiri tak tahu kenapa. Itu yang aku selalu beritahu pada Sandra, aku tak tahu kenapa aku alah pada sentuhan. Lebih-lebih lagi sentuhan dari lelaki. Aku boleh tak tidur malam jika lelaki sentuh aku. Semasa aku masih kanak-kanak, semuanya normal sahaja. Aku seperti kanak-kanak lain juga. Tapi, semuanya berubah apabila aku meningkat dewasa dan berlarutan hingga sekarang. Cuma, sekarang aku sudah mampu kawal diri aku. Tidak seperti masa aku mula sedar terhadap alahan aku itu.

Pada mulanya, Fahim cakap dia tak kisah pun dengan alahanku itu. Malah, dia kata dia terima aku termasuklah semua kekuranganku. Masa tu, aku rasa bagai dunia aku yang punya. Bayangkan, aku yang terlalu banyak cacat cela diterima oleh Fahim tanpa skeptikal. Aku rasa amat bertuah sekali.

Namun, semua itu tidak kekal lama apabila aku sendiri yang mula rasa skeptikal terhadap Fahim. Segalanya bermula pada satu malam yang dingin.

"Im, kita nak pergi mana malam ni?" soalku kepadanya yang tekun memandu dengan tangan sebelah. Sebelah lagi tangannya genggam erat jemari runcingku. Sesekali, jarinya bermain di tapak tanganku.

"Kita tengok wayang nak?"

"Erm... Boleh juga." Aku mengiakan semua rancangan saat itu tanpa aku sedar niat sebenar Fahim.

Selepas hampir 15 minit kami duduk menonton, Fahim mula tunjuk belang. Langkah pertama yang dia buat ialah memeluk bahuku dan menarik aku rapat dengannya. Alasan yang dia beri ialah mahu memberi kehangatan kepada aku. Aku hanya menurut sedangkan saat itu jantung aku sudah tidak normal berdetak.

Selang beberapa minit, aku rasa tangan Fahim yang memeluk bahuku mula turun ke belakang tubuh dan meramas tepi dadaku. Aku mula tidak keruan. Aku resah, aku tidak selesa diperlaku begitu.

"Fahim..."

"Shhh... Im tahu, don't worry sebab Im tak sentuh lebih-lebih. Im tahu sayang tak sukakan." Aku angguk kecil dan hela nafas panjang. Cuba meredakan resah di hati.

Selama 1jam 30minit cerita itu di layar, aku hanya menahan rasa demi Fahim. Aku takut kehilangan dia. Aku terlalu sayang dia. Benarlah kata orang, cinta itu buta dan aku dibutakan oleh cinta aku pada Fahim.

Habis saja cerita yang kami tonton, aku tarik nafas lega. Aku memberi ruang antara tubuhku dengan tubuh Fahim. Sebab aku lagi selesa begitu.

"Im, kita balik ya. Dah lewat ni." Jam di tangan aku pandang sekilas.

"Awal lagi sayang, kita hang out sekejap ya. Kejap je. Im janji tak lama."

Di situlah segala konflik dalam hubungan kami bermula. Aku ingat hang out yang dia cakap tu, hang out yang biasa aku dan dia buat selama ni. Maksud aku, kami cari port yang sesuai, lepas tu dia dan aku duduk berbual kosong atau berbual soal hati dan perasaan selama berjam-jam sehingga idea kami tandus untuk merangka cerita. Ternyata, malam itu aku silap.

RubyWhere stories live. Discover now