BAB 10

3.5K 60 42
                                    

MASUK hari ini, sudah seminggu aku tidak melihat kelibat Zack di kelab malam. Aku menghitung hari dari malam terakhir kami bertemu. Malam yang tak terlupakan. Masih terasa hangat hembusan nafasnya menampar wajahku. Masih terasa bibir kami bertaut. Hangat sentuhannya juga bagai masih memeluk jasadku hingga kini.

Sejak seminggu yang lalu juga, aku bagai tidak cukup udara untuk bernafas. Rasa sesak dadaku menahan asakkan yang menggila. Aku sentiasa menanti dia muncul bila malam menjelma. Tapi penantian itu berakhir dengan rasa kecewa. Aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasa. Sepatutnya, aku gembira kerana dia tidak lagi mencari aku. Tapi sekarang, aku rasa sebaliknya.

Rindu... Aku rasa itu perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan apa yang aku rasa sekarang. Gigih aku search tanda-tanda rindukan seseorang di google semalam, dan tanda-tanda yang para blogger senaraikan semuanya ada pada aku sejak seminggu yang lalu. Rasa bodoh pula, hendak tahu erti rindu pun search google. Bila baca tanda-tanda yang disenaraikan, boleh pula aku tersengih-sengih sendiri. Gila! Adehhh... Memang parah dah ni.

Malam ini pun dia tiada, rasa menyesal pula aku tolak dia malam tu. Macam manalah aku boleh ter-rindu dia ni. Hmm... Mesti dia kecewa sangat dengan penolakkan aku malam itu. Pastilah dia kecewa. Kalau aku di tempat dia pun, rasanya kecewa juga. Walaupun aku tidak pernah berada dalam situasinya, apa yang aku rasa sekarang sudah cukup untuk menggambarkan apa yang dia rasa malam itu.

Sekarang, aku keliru dengan apa yang aku mahu sebenarnya. Mahukan dia atau tidak? Pening aku fikir soal hati dan perasaan. Aku congak semuanya sejak seminggu yang lalu, gagal juga aku ketemu jawapan yang tepat. Aku tak congak habis sebenarnya, bagaimana hendak dapat jawapan yang tepat. Aku simpan sedikit rasa insecure dalam diri, mungkin itu yang selalu buat congakkan aku kurang tepat. Hendak aku luahkan rasa rindu itu, tapi aku takut. Aku takut dia permainkan aku.

Pada siapa aku nak luahkan rasa ni... Tiba-tiba, aku teringat pada Sandra. Tempat aku luahkan semua yang aku rasa dulu. Sekarang, hubungan kami renggang. Rasa jauh sangat, walaupun rumah kami tak jauh mana pun... Rumah dia dan rumahku selang dua buah rumah saja.

Kalau, aku jumpa dan tanya pada Sandra pasal Zack rasanya dia boleh bagi jawapan tak pada persoalan aku? Hmm... Nak tanya Sandra, tapi aku segan pula. Sebab aku sendiri yang menjarakkan persahabatan kami.

"You kenapa? Termenung dari tadi," sapa Mona yang tiba-tiba muncul di belakangku.

"Erm... Tak ada apa-apa," jawabku bersahaja.

"You tunggu dia?" tebaknya.

"Siapa? Aku tak tunggu sesiapa pun." Aku melarikan pandanganku ke arah lain. Tidak mahu ditenung lama-lama oleh Mona.

"Dia lelaki baik... Kenapa you tolak dia?" Aku terpaku sekejap. Macam mana Mona boleh tahu pasal ni.

"Maksud kau?" soalku tidak mengerti.

"Zack ikhlas nakkan you. Dia tak sama macam Fahim. Mereka berbeza. I tahu you pernah couple dengan Fahimkan?"

What? Aku termanggu terus di situ. Mona tahu semuanya. Termasuk hubungan aku dan Fahim yang telah lama berlalu. Macam mana dia tahu. Mona pun, macam kenal rapat dengan Zack. Siapa Mona, Zack dan Fahim sebenarnya...? Mereka saling mengenali.

"Fahim told me everything. Tapi i tak kisah, as long as you tak ada niat nak rampas Fahim dari i. Tapi i tahu, you memang tak suka pada Fahim sekarangkan...? Walaupun, Fahim sibuk nak dapatkan you." Lagilah terbuntang mataku mendengar ayat yang keluar dari mulut Mona.

"Mona... Aku..."

"It's okay Ruby, i tak salahkan you. Sebab i tahu Fahim tu macam mana. Cuma i diamkan sahaja because i love him. I just nak nasihatkan you, supaya berhati-hati dengan Fahim. Dia tu... Unforeseen."

RubyWhere stories live. Discover now