Bab 14

3.6K 57 56
                                    

RASA dingin yang menggigit sehingga ke temulang buat aku merengkot seperti bayi kecil. Selimut nipis yang membalut tubuh aku tanpa seurat benang itu tidak cukup untuk meredakan rasa dingin yang semakin mencengkam. Dalam keadaan separuh sedar, aku rasa ada tangan yang menjalar dari belakangku. Terus ke perut lalu lengkap melingkar pada pinggangku. Aku kecut perut. Tubuhku mengeras apabila ingatan aku terimbas pada bayang tangan ghaib yang selalu menghantui aku suatu masa dulu. Dengan pantas, aku capai tangan itu lalu aku tepis sekuat hati.

"Shhh... It's me Ruby... Kenapa ni?" Perlahan suara Zack berbisik di telingaku. Menegak terus bulu romaku.

"Aku dekat mana?" soalku dengan nada cemas. Aku masih lagi kemas di dalam pelukannya.

"Kau dengan akulah, kau lupa?" bahuku dikucup lembut. Rambut yang mengurai menutupi hampir seluruh wajahku dia selit ke belakang telingaku. Aku pula cuba untuk ingat semula apa yang terjadi beberapa jam sebelumnya. Saat dia menarik aku untuk mengikuti dia ke apartmentnya, sampailah saat kami bersatu dalam satu hubungan terlarang. Babak-babak intim antara kami terlayar kembali dalam ingatanku. Serta-merta, aku rasa telingaku seperti sedang mengeluarkan asap. Rasa panas... Seluruh wajahku juga turut terasa hangat. Memerah kerana darah menyerbu apabila adrenali memacu.

"Kau lupa? Atau kau nak aku cerita satu persatu apa yang kita buat tadi?" What? Gila nak suruh dia cerita satu persatu.

"Aku ingat, kau tak perlu cerita," tuturku gugup. Segan rasanya, aku tahu dia usik aku. Aku telan air liur berkali-kali. Sungguh, kerongkong aku rasa kesat sekali saat itu. Aku cuba kumpul balik segala rasa yang aku rasa apabila bersama Zack beberapa jam lalu sebelum aku terlelap. Benar kata orang, sesuatu yang terlarang itu ada nikmatnya tersendiri yang buat kita tidak bisa menolak walaupun pada dasarnya, kita cuba untuk elak tetapi tetap terjadi. Yang haram selalunya indah apabila kita mencuba. Itu yang terjadi tadi. Entah bagaimana, aku gagal menolak sesuatu yang aku selalu elak selama ini. Aku mabuk dengan perasaan yang aku rasa pada Zack.

"Thanks sayang... You are amazing," aku hanya mendengar pujian Zack buat aku. Fikiran aku kosong saat itu. Aku mula berfikir tentang apa yang aku lakukan tadi. Benar atau salah? Sememangnya salah, aku tahu itu. Timbul rasa menyesal dalam hati. Kalau Zack cuma permainkan aku bagaimana? Aku hela nafas berat apabila aku sedar akan kebodohan aku sendiri.

"Kenapa ni?" soal Zack. Dia masih lagi memelukku erat. Aku menggeleng kecil tanda aku okay walaupun dalam hati aku saat itu telah mula bersarang rasa pelbagai perisa. Seperti biasa, aku pilih untuk tidak meluahkan apa yang aku rasa. Aku tetap aku, terlalu banyak menyimpan rasa.

"Ruby... Kenapa ni? Maafkan aku kalau kau tak suka dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Aku sayangkan kau," bisiknya lagi di telinga aku seakan merayu.

"Tak ada apa-apa, cuma... Semuanya terjadi cepat sangat. Maksud aku, hubungan kita macam mana sebenarnya?" Aku hela nafas berat sebab aku sendiri sudah mula pening fikirkan semua persoalan yang berlegar dalam fikiranku. "We are lover right now Ruby. Kau jangan risau, aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku buat pada kau sebab aku sayangkan kau." Zack elus lagi rambut panjang milikku.

Buat beberapa ketika, kami masing-masing diam. Aku masih lagi terfikir tentang apa yang aku dan Zack tengah buat sekarang. Aku keliru dengan persaan sendiri, keliru dengan keinginan sendiri dan keliru dengan segala apa yang telah kami lalui tadi. Semua yang aku sangka akan jadi moment indah buat kami, mula buat aku rasa kacau-bilau. Selama beberapa minit itu, akalku bekerja keras untuk mencerna semuanya. Apabila akal sudah mampu mencerna kejadian tadi, ada satu persoalan yang mula berlegar-legar di dalam kepalaku. Dengan pantas, aku mula membuka mulut untuk bertanya.

"Zack..." seruku.

Kring... Kring... Kring...!

Bunyi deringan telefon membantutkan niat aku untuk bertanya. Tangan Zack yang erat melingkar pada tubuhku terus longgar lalu dia bangkit menjauhi tubuhku. Aku cepat-cepat tutup mata, tidak sampai lima saat, aku buka semula mata. Aku lihat Zack yang siap berseluar pendek corak pokok kelapa ala Hawai sedang tekun memandang dinding kosong dengan telefon pintarnya melekap di telinga. Sebelah lagi tangannya sedang meraup rambut hitam pekat tebal serta beralun sedikit miliknya. Aku pula terpegun sekejap menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan yang bernama Zack. Tanpa aku sedar, aku telan air liur seteguk. Apabila aku sedar mataku semakin galak mencabul sejungkur tubuh milik Zack yang nampak sangat seksi di depanku, aku cepat-cepat bangun. Tubuhku dibalut dengan selimut tadi, mataku meliar pandang ke seluruh ruang bilik itu. Pakaian yang bersepah di atas lantai aku kutip semuanya. Namun seperti ada yang kurang. Dengan dahi yang sedikit berkerut, mataku terus meliar pandang kiri pandang kanan. Tidak berpuas hati, bawah katil pun aku tilik juga. Aku tertanya, mana benda tu?

RubyDove le storie prendono vita. Scoprilo ora