BAB 9

3.6K 65 27
                                    

"RUBY, aku minta maaf. Bukan aku sengaja nak bagitahu Encik Zack pasal kau. Aku terbagitahu sebab dia tanya. Kau janganlah marah dekat aku. Ruby... Please... Maafkan aku." Bersungguh Sandra meminta maaf dari aku.

"Aku percayakan kau Sandra, sebab tu aku kongsi semuanya dengan kau. Tapi kenapa kau bagitahu dia. Selain dia, kau bagitahu siapa lagi?"

"Aku tak ada bagitahu sesiapa selain dia. Trust me Ruby. Aku bukan nak buat kau nampak buruk di mata dia. Dia yang bersungguh tanya aku pasal kau," terang Sandra.

"Kau tahukan, aku susah nak percaya orang. Bila aku kongsi semuanya dengan seseorang tu maknanya aku percaya dia. Aku percayakan kau San. Tapi kau... You ruin everything. Aku kecewa dengan kau San."

Aku berpaling, tidak ingin menghadap wajah Sandra. Apa lagi yang aku mampu harapkan dari Sandra setelah dia hancurkan kepercayaanku. Trust is like a mirror, once its broken its never seen the same again. No matter how hard you try to put it back together, the crack will always show.

"Ruby... Aku..."

"Cukup San. Kau masih kawan aku. Cuma... Mungkin kita tak akan serapat dulu." Aku hela nafas berat, kemudian aku berlalu meninggalkan Sandra yang masih termangu di situ.

AIR kuning di dalam gelas lut sinar itu aku teguk dengan rakus walaupun rasanya langsung tak sedap. Aku cuba kira berapa gelas yang aku sudah teguk sejak tadi tapi aku sendiri tak tahu berapa gelas yang sudah lalu kerongkongku.

Kepala yang ringan mula terasa berat. Rasa hangat mula menjalar ke seluruh urat sarafku. Selama dua puluh tahun aku hidup di dunia, aku tak pernah sentuh langsung air tu. Tapi malam ini, aku paksa juga diri untuk teguk sebab aku kecewa dengan Sandra. Selepas habis waktu kerja tadi aku telah mula minum. Aku nampak macam mana wajah mereka yang lain tengok aku. Macam nampak hantu, sebab mereka tak pernah nampak aku sentuh air itu.

"Mai... Aku nak lagi." Gelas yang sudah kosong aku sua kepada Mai.

"Kau dah minum banyak ni Ruby." Mai pandang aku, ada riak risau di wajahnya.

"Tambah je la. Aku minum banyak ke sikit ke kau sibuk kenapa? Cepatlah tambah!" atas meja aku tepuk beberapa kali. Minta Mai tambah semula air itu.

Mai hanya menggeleng. Malas hendak melayan aku agaknya.

"Ruby, kenapa kau ni? Kau mabuk ke? Haishhh... Siapa bagi dia minum ni?" soal Mona kepada Mai.

"Dia sendiri yang nak minum. Macam orang putus cinta pula."

"Ruby, enough... Kau pergi balik," arah Mona.

"Mona... Aku nak minum lagi. Segelas je lagi... Please..."

"No, kau pergi balik sekarang."

"Hmm... Yelah..." Aku bangkit dari tempat duduk, beg tangan aku sangkut di bahu. Aku memulakan langkah dengan payah sekali. Kepalaku pusing. Terasa berat.

"Ruby, kau boleh balik sendiri ke?" soal Mona lagi. Kedua bahuku disentuh.

"Aku okay Mona, kau tak payah risau la. Aku tahu kau sayang aku, aku pun sayang kau juga Mona..." Aku mula melalut.

Aku terus melangkah keluar walaupun Mona melarang. Aku tetap berkeras mahu pulang sendiri. Terhuyung hayang tubuhku melangkah. Aku teruskan juga langkahku walaupun aku rasa pening melampau. Sampai di bus stop. Aku duduk sekejap. Menahan rasa pening yang semakin menggila.

Tubuhku terasa membahang, rasa sakit menjalar ke seluruh sarafku sehingga ke kepala. Perut rasa memulas, tekak rasa loya. Aku tahan diri dari muntah, tetapi gagal. Akhirnya, rumput kering di tepi bus stop menjadi mangsa tempat aku memuntahkan semula air kencing setan itu tadi.

RubyWhere stories live. Discover now