BAB 4

4.7K 71 47
                                    

PAGI itu, aku tercegat di depan lobi dengan kertas plastik di tangan. Aku menunggu penuh harapan. Harap Mr. Monster tak mengamuk seperti kelmarin. Sesekali, aku memandang sekilas jam bulat besar yang terletak di depan lobi. Macam tunggu anak raja! Aku mula mengeluh apabila kakiku terasa lenguh setelah berdiri hampir dua puluh minit di situ.

"Good morning Miss Paranoid." Aku dikejutkan dengan satu sapaan. Aku berpaling. Fahim! Dia berdiri di belakangku dengan sengihan yang paling aku benci. Sengihan perli. Dulu, tak ada pula dia tersengih macam tu. Sejak dia gagal dapat apa yang dia nak dari aku, dia mula tayang sengih macam tu. Meluat aku.

"Selamat pagi tuan," jawabku bersahaja. Kemudian, aku mencebik.

"Kau ni memang tak beradab kan? Ucap selamat pagi, pandanglah muka aku." Fahim memagut daguku dengan jemari kasarnya. Wajahku ditolak agar memandang wajahnya. Hatiku mula membahang. Perlakuannya kasar sekali. Depan staff lain pula tu.

Aku tenung wajahnya, dia kacak seperti biasa. Aku akui, kekacakan itu yang buat aku hampir terbuai dulu. Tapi kini, aku pandang wajah itu dengan satu perasaan yang aku sendiri tidak pasti apa. Yang aku tahu, aku tidak suka dengan perbuatannya sekarang.

"Lepaskan aku!" ujarku perlahan tetapi nadanya keras.

"Kau masih berhutang dengan aku. Kau lupa..." Dia tayang sengihan perlinya lagi.

"Aku tak pernah berhutang dengan kau. Kau sendiri yang perasan tak sudah. Kau ingat semua perempuan kau boleh ayat? Kau silap! Lepaskan akulah! Sakit tau tak!" Aku menyeringa menahan rasa sakit hasil cengkaman jemari kasarnya.

"Aku seronok lihat kau sakit macam ni... Lawanlah kalau kau mampu."

"Lepaslah!" Aku mula menepis tangan kekarnya apabila melihat beberapa pasang mata sudah terarah ke arah kami.

"Kau ikut aku!" arahnya. Aku menggeleng.

"Let her go Fahim!" Suara garau yang tegas itu mengejutkan Fahim. Dia segera melepaskan cengkamannya dari daguku. Aku meraba daguku yang rasa sakit dan sedikit kebas akibat dicengkam kuat. Pandangan kami terarah kepada empunya suara.

Mr. Monster! Untung dia datang, kalau tak habis aku kena ngap dengan Mr. Crocodile. Dia selalu datang saat aku dalam fasa bahaya. Dia selalu jadi penyelamat, walaupun aku rasa dia juga punya aura bahaya.

"Huh! Dah dua kali kau selamat kat sini, takpe... Aku yakin, kita ada jodoh. One fine day, you will be mine. Wait and see!" bisiknya di telingaku sebelum dia buang pandangan pada Mr. Monster dan tayang sengihnya lagi lalu beredar.

"Inside my room now!" tegas Mr. Monster lalu beredar dari situ.

Dua-dua Hitler! Aku berlari anak mengejar Mr. Monster yang telah berada jauh di depan. Melangkah menuju ke lift, semua staff yang berada di perkarangan lift memberi laluan kepadanya. Aku turut masuk sama. Aku lihat, ada seorang dua yang berbisik sesama sendiri.

Apabila pintu lift tertutup rapat, suasana hening mula menyelubungi ruang dalam lift. Aku berdiri di belakang Mr. Monster. Perkara pertama yang aku perasan ialah ketinggiannya. Dia tinggi, aku tak dapat nak agak tingginya berapa. Aku yang berdiri, hanya separas bahunya sahaja. Bau minyak wangi mewahnya menusuk ke rongga hidungku, buat hidungku kembang kempis. Hendak bersih pula rasanya. Mataku mula jadi seperti mesin pengimbas. Dari atas ke bawah aku scan dia.

"Huh! Gatal! Macam tak pernah tengok lelaki," perlinya.

Shit! Mana dia tahu aku scan dia? Aduh... Kantoi. Aku segera alih pandanganku dari terus mengimbas tubuhnya. Apabila lift berhenti, aku turut keluar mengekorinya. Sampai di depan sebuah bilik, dia masuk. Aku pula tercegat di depan pintu sambil ralit memerhati nama yang tertera di depan pintu itu. Mr. Zack... Nama dia Zack. Cantik namanya. Aku masih lagi terpegun di situ.

RubyWhere stories live. Discover now